Rabu, 4 November 2009

MeNGuLaNGKaJi 5 ASaS RuKuN ISLaM


Rukun Islam lima perkara:

(1) Mengucap dua kalimah syahadat.
- Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

(2) Mendirikan sembahyang lima waktu.
- Mengandungi 13 rukun, merangkumi perkataan, perbuatan dan niat. Iaitu Maghrib (mempunyai 3 rakaat), Isyak (4 rakaat), Subuh (2 rakaat), Zuhur (4 rakaat) dan Asar (4 rakaat).

(3) Mengeluarkan zakat.
- Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

(4) Berpuasa sepanjang bulan ramadhan.
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu.

(5) Mengerjakan haji.
- Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang mampu (cukup syarat-syaratnya).

lslam diumpamakan sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Sumber:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan