Selasa, 10 November 2009

KiDS WeB JaPaN




Assalamualaikum dan bertemu kembali.

Li suka belajar bahasa jepun, kerana ada impian dan angan-angan untuk menjejakkan kaki ke negara jepun. Kenapa? Suka-suka sahaja. Sambil melancong, sambil menambahkan pengetahuan. Jadinya, kenalah belajar sedikit-sedikit untuk berbahasa jepun. Oleh itu, sambil melayari internet semalam, li terjumpa sebuah laman web yang menarik. Jadi, li ingin berkongsi dengan rakan-rakan.

Laman yang li maksudkan ialah Kids Web Japan. Walaupun berbahasa inggeris, namun bahasanya mudah untuk difahami,kerana laman ini untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kita yang dewasa ini tidak salah jika ingin mengunjunginya, apatah lagi belajar bersama-sama kanak-kanak. Kan pepatah mengatakan "Belajarlah hingga ke akhir hayat".

Laman ini boleh di lawati dalam bahasa inggeris, jepun, arab, francis, spanyol, cina, korea dan bahasa german. Terdapat beberapa paparan utama, antaranya Explore Japan, Play, Learn, Try, User Services dan Site Info. Li akan fokuskan kepada ruangan Learn kerana di dalam ruangan ini terdapatnya Language (bahasa) yang hendak kita pelajari (bahasa jepun) dengan mudah. Apabila butang Language ditekan, akan keluar laman web yang menjurus kepada pembelajaran, iaitu Lesson.


Pada laman ini, rakan-rakan boleh mencuba belajar setiap satu daripada Lesson yang disenaraikan, iaitu daripada ucapan pertemuan, sistem tulisan hinggalah kepada mempekenalkan keluarga. Rakan-rakan juga boleh belajar daripada animasi jepun (Animated Japanese), belajar secara cepat (Quick Japanese), menulis secara mudah (Quick Kanji), carta dan bunyi Hiragana (Hiragana Chart and Sounds), carta dan bunyi Katakana (Katakana Chart and Sound) dan belajar mengenai nombor-nombor jepun (Numbers).


Rakan-rakan boleh mencubanya setiap satu. Li lebih suka ambil kaedah belajar secara cepat, kerana ianya menunjukkan 20 perbualan yang ringkas dan mudah digunakan dalam kehidupan harian. Ianya dilengkapi dengan animasi yang bersuara dan ejaannya dibaca seperti membunyikan ejaan dalam bahasa malaysia.


Tanpa menangguhkan masa lagi, silalah rakan-rakan berkunjung di laman Kids Web Japan ini. Pasti berbaloi pembelajaran saudara. Sekian, berjumpa lagi. Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan