Jumaat, 6 November 2009

CiTCaT.com



Assalamualaikum.

Bersyukur kita kerana dipertemukan lagi pada coretan kali ini. Li ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai sebuah laman web yang dapat menterjemahkan bahasa inggeris ke dalam bahasa malaysia. Dengan kata lain, laman ini memudahkan rakan-rakan dalam memahami sesuatu ayat yang samada sukar difahami, juga bagi yang malas untuk memeningkan kepala memahami bahasa inggeris.

Laman ini dikenali dengan nama citcat. Mempunyai 5 tetingkap utama iaitu explore, translate, interact, lifestyle dan the mall. Explore berkaitan dengan mencari sesuatu perkara, tajuk, perkataan dan sebagainya di internet. Translate pula mengubah bahasa inggeris ke dalam bahasa malaysia dan juga bahasa malaysia ke dalam bahasa inggeris.

Interact pula adalah untuk berkongsi idea (dengan kata lain, interaksi sesama ahli konti). Lifestyle pula membicarakan tentang cara hidup pelawat yang sudi berkongsi di dalam laman ini, merangkumi makanan, cerita filem (movie), sukan, trend, kereta dan penjagaan. Untuk the mall pula, difokuskan kepada pembelian nada dering dan wallpaper.


Li hendak memfokuskan pada tetingkap translate, kerana li lebih kerap menggunakan tetingkap ini. Di dalam tetingkap translate, terdapat 2 sub tetingkap iaitu textbox dan learn. bagi rakan-rakan yang mempunyai sejumlah ayat yang kurang difahami, atau keseluruhannya tidak difahami, gunalah tetingkap textbox. Salin dan tampal (copy and paste) ayat yang hendak diterjemahkan itu di ruang kosong dan pastikan, perkataan yang hendak diterjemahkan itu tidak melebihi 100 perkataan.

Selain itu rakan-rakan boleh menukar bahasa inggeris ke dalam bahasa indonesia, bahasa cina serta menukar bahasa malaysia ke dalam bahasa inggeris. Caranya dengan mengubah menu translate ke bahasa yang rakan-rakan mahukan.

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan li pada kali ini. Sehingga bertemu kembali.

Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan