Ahad, 19 Februari 2012

PeNGeSaHaN DaLaM PeRKHiDMaTaN

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Surat  yang bertajuk PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN bertarikh 10 Jan 2012 telah selamat li terima. Antara kandungan dalam surat tersebut berbunyi:

Suratnya...

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah meluluskan tuan/puan disahkan dalam Perkhidmatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 mulai 29-04-2011 dengan memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.


2. Semoga tuan/puan akan menjalankan tugas-tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. (Insyallah)

li- Kenapa li memilih KWSP berbanding skim pencen? Jawapan li ringkas sahaja, kerana diberi dua sahaja pilihan, antara skim pencen dan skim KWSP. :)
Sebelum li buat pilihan, li ada buat sedikit rujukan dan li dapati li lebih selamat untuk memilih skim KWSP. Lain orang, lain pendapatnya. Wassalam.


Khamis, 2 Februari 2012

~SeTuLuS DiaN~



"Setulus Dian"

Antara kenangan yang paling kurindu,
Saat-saatku bersamamu,
Kita sama berlari,
Mengejar pantasnya waktu yang berlalu

Daerah ini menjadi saksi bisu,
Jatuh dan bangunku denganmu,
Kita redah bersama,
Segala cerita suka dan duka

Manisnya hari-hari yang ditempuhi,
Biarpun kadangkala mencabar hati,
Tetap kita lalui,
Menguatkan langkah kaki

Ada kala kita hampa,
Terduduk tahan kecewa,
Tapi bukan penamat cerita

Dan ada masa-masanya,
Kita ketawa gembira,
Berjaya menjulang yang dicita

Di sini mimpi bermula,
Diseri pelbagai ragam dan warna,
Selalu jadi rindu...
Indah....

Dendangan : Dian

li- Patutlah ada terdengar gabungan suara lelaki dan perempuan, rupanya daripada kumpulan Dian, gabungan pensyarah, staf dan bekas pelajar Politeknik Melaka. Tahniah diucapkan kepada mereka, berjaya menghasilkan lagu yang berirama rancak dan termasuk dalam carta ikim.fm. Tahniah.