Khamis, 8 Julai 2010

SMK TeLoK KeRaNG SeKoLaH BeSTaRi

Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Kemunculan pada kali ini, ingin rasanya berkongsi mengenai status sekolah yang li berada sekarang ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian, telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Bestari Kategori Luar Bandar. Memang mengkagumkan. Mana tidaknya, Li ditempatkan di sekolah Bestari, sungguh membanggakan, walaupun Li belum 'menyumbangkan apa-apa kepada sekolah, setakat menumpang sahaja.

Oleh itu, setiap kali perhimpunan, akan berkumandangnya tiga (3) rangkaian lagu, iaitu Negaraku, Bangsa Johor dan Sek. Men. Telok Kerang, disertai lagu keempat, Jiwa & Minda.

Berikut adalah lagu Jiwa & Minda (lagu bagi Sekolah Bestari):
[Jom menyanyi]








“JIWA DAN MINDA”

Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya

Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan

Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T

Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.

(Muzik) La..la..la..la..la..
Du..du..du..du..du..du (Ulang)

Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T

Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya

Ciptaan Gubahan : Anuar Dahalan

Oklah, jumpa lagi di lain ketika. Wassalam.

Selasa, 6 Julai 2010

Jadual li 2010 (4)

Bertemu kembali...


Jadual terkini, berkuatkuasa bulan Jun.



Ok, Ini sahaja.
Wassalam.


Jadual li 2010 (3)

Bismillah



Alhamdulillah, syukur kepadaNya, dapatlah li mencoret sedikit untuk hari ini. Ini sebenarnya jadual 'lama'. Kenapa li kata lama? Li kata lama kerana (cara jawab soalan dengan betul dan sempurna..he) sudah kedapatan jadual terkini.


Sekian.