Selasa, 30 Ogos 2011

~LaW KaNa BaiNaNa~

Tiada lafaz yang paling Agong, Lailahaillallah, Muhammadarrasulullah.


Jika Baginda berada di hadapan anda, walaupun 1 minit, apa yang anda ingin katakan padanya?


Li- Menusuk kalbu bila mendengar lagu ini, tapi bila memahaminya, sayu rasanya. Apa yang li akan lakukan jika li berpeluang berjumpa dengan Baginda s.a.w.? Subhanallah.


Sumber:
1. Youtube
2. ANa FaRHa


Jumaat, 19 Ogos 2011

QuRaN FLaSH

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.

Tanggal 17 Ramadhan setiap tahun, akan diadakan sambutan Nuzul Quran. Kerana kebesaran hari tersebut, ada beberapa buah negeri di Malaysia mengistiharkan bahawa cuti umum, menggantikan awal Ramadhan yang kebanyakkan negeri yang lain bercuti padanya.

Catatan kali ini ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai Al-Quran dalam desktop. Terdapat beberapa laman sesawang yang memberikan kemudahan kepada pengguna dengan memaparkan Al-Quran secara maya seperti QuranFlash, QuranExplore, Tanzil dan sebagainya, namun memerlukan pengguna melayarinya secara dalam talian (online). Oleh itu, untuk memudahkan li yang tidak selalu berada dalam talian (offline), li mencari alternatif lain, iaitu dengan memuat turun Al-Quran yang boleh dibaca tanpa perlu berada pada talian.

Keputusannya, li temui di QuranFlash, terdapatnya alternatif tersebut.

Terdapatnya 12 butang muat turun, dimana 6 butang pagi pengguna perisian Window, dan selebihnya bagi pengguna perisian Mac. Setiap butang mempunyai kelebihan masing-masing.

Perisian [Download] English Transliteration

Perisian [Download] Tajweed Quran

Perisian [Download] QuranFlash

Selamat memuat turun dan beribadah.

Li- Membacanya secara 'berkitab' lebih afdhal daripada secara perisian kerana memegang kitab Al-Quran itu secara langsung mendapat pahala, insyallah, jika li tak silap.


Selasa, 16 Ogos 2011

|Pakej Istimewa- e-BooK KaeDaH JiBRiL|

Assalamualaikum...

Pakej Istimewa iaitu memahami & menghafaz surah Al-Quran cara mudah melalui 3 ebook dan 1 video telah selamat li terima pada 15hb Ogos 2011. Pada mulanya, li sangkakan pakej ebook ini diberikan melalui email secara link, namun rupa-rupanya diberi sebuah cd melalui Pos Ekspress. Alhamdulillah, lega rasanya sudah memiliki ebook berkenaan.

Pakej Istimewa


Secara ringkasnya 3 ebook tersebut adalah e-Book 145fakta, e-Book quranology dan e-Book kaedahjibril, serta video penerangan praktikal Kaedah Jibril secara step-by-step. Setelah li buat scanning, e-Book 145fakta berkaitan dengan isi kandungan Al-Quran yang kelihatannya soalan-soalan biasa, tetapi tidak mampu kita menjawabnya. E-Book quranology pula berkaitan perkara-perkara yang berlaku disekeliling Al-Quran, bermula dengan penurunan Al-Quran, pengumpulannya hinggalah kepada cara pembacaannya (bonus- kuiz yang dapat mengukur tahap iman kita).

E-Book kaedahjibril pula sudah pastinya berkaitan dengan kaedah menghafal Al-Quran yang mudah dan menyeronokkan. Apa yang menariknya, pakej ini juga memberikan tiket percuma untuk hadir ke seminar yang insyallah akan diadakan pada tahun 2013.

Kesimpulannya, RM45 untuk pakej tersebut adalah sangat berbaloi, insyallah, jika dibandingkan dengan pengalaman dan belanja yang telah ustaz keluarkan untuk memiliki ilmu tersebut.

Li- Pengalaman (termasuk kaedah cuba jaya) memerlukan masa bertahun-tahun, jadi nak mudah beli je RM45. Insyallah, target li, pada umur 28 tahun li dah hafal ayat-ayat Al-Quran. Amiiin.


Ahad, 14 Ogos 2011

| ISRaK MiKRaJ : TiNJauaN SaiNTiFiK Di SeBaLiK KoNTRoVeRSi|

Alhamdulillah...

Sedang asyik memilih buku yang hendak dibeli keluaran PTS, li telah dilencongkan ke bookcafe membuat promosi bagi bulan Ramadhan. Bookcafe merupakan kedai buku online PTS. Bila dilihat harga promosi sehingga 25%, terasa ingin mencuba membeli secara online. Buku pilihan li ialah Israk Mikraj : Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi, nurkilan Armansyah. Buku ini berketebalan 203 muka surat (ikut pandangan li) dan setelah promosi, berharga RM12.

BuKu PiLiHaN OGoS 2011

Li pun cuba mendaftar sebagai ahli bookcafe (daftar dulu, baru boleh beli), dan untuk langkah seterusnya, li ikut sahaja arahan yang diberikan. Hasilnya, dalam masa 3 hari, li sudah terima buku tersebut melalui pos laju, Alhamdulillah.

Buku ini berkisar kepada mukjizat Baginda yang menjadi perbualan masyarakat pada zaman dahulu lagi selain mukjizat pembelahan bulan (seperti sinopsis yang ada di bookcafe. Mempunyai 27 bab di dalam 3 bahagian. Untuk maklumat lanjut, layari PTS. Wassalam.

PoS LaJu

Li- Pengalaman pertama membeli buku secara online di bookcafe, Alhamdulillah, tiada masalah. Total bayaran RM20 je, termasuk kos penghantaran. Dapat penanda buku lagi.

Khamis, 11 Ogos 2011

SaHKaH SoLaT ANDa



E-book yang sungguh menarik, malah percuma pula! Jangan ketinggalan untuk memilikinya.


Laman milik Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz ini menawarkan e-book percuma kepada mereka yang ingin menambah pengetahuan agama terutama dalam bab solat, khususnya bacaan Al-Fatihah.

Apa yang perlu rakan-rakan lakukan ialah layari laman beliau, dan masukkan nama dan email rakan-rakan di ruangan paling bawah, untuk diberikan pautan ke e-book percuma tersebut. Ikuti panduan yang diberikan pada email, dan Insyallah, rakan-rakan akan memperolehi e-book tersebut. Semoga jasa ustaz mendapat ganjaran pahala yang berganda-ganda, amiiin.

Li: Sudah membeli pakej e-book kaedah jibril, insyallah, akan cuba mengamalkan marathon 30 tu.


Isnin, 8 Ogos 2011

3756/3 : PRINSIP PERAKAUNAN (TiNGKaTaN 4- SPM 2012)

Assalamualaikum...

Maklumat penting dan terkini (2 Ogos 2011) bagi para pelajar tingkatan 4 yang akan mengambil SPM Prinsip Perakaunan pada tahun 2012, soalan kertas 3 sudah dikeluarkan. Sila layari:


bagi mengambil soalan kertas 3 yang sedang dan telah bermula pada sejak awal Ogos yang lalu.

Wassalam.


SAPS

Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Kebelakangan ini, li yakin dan cukup yakin, rakan-rakan guru seluruh Malaysia sedang berjuang untuk mengisi markah peperiksaan murid-murid secara online di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (lebih dikenali sebagai SAPS).

Ini dia portalnya

Markah-markah yang perlu diisi

Li pun tidak mahu mengulas lebih lanjut, yang li tahu, beban guru semakin bertambah, Alhamdulillah.
Wasalam.

Li- Semoga segala pengorbanan para guru membekalkan maklumat ini digunakan secara maksimum.


Rabu, 3 Ogos 2011

KePuTuSaN KiSSM

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana memberi keizinan kepada li untuk mencoret lagi pada kali ini. Syukur padaMu ya Allah.

Ada berita gembira untuk li, dan juga rakan-rakan yang lain, yang telah berinduksi pada bulan April yang lalu. Keputusan sudah dikeluarkan. Ini link dia Semakan Keputusan Kursus Induksi.


KePuTuSaNnya... :)

Alhamdulillah, li sudah lulus KiSSM... Bagi rakan-rakan yang masih belum ber'KiSSM' lagi, jangan segan andai mahu berkongsi idea tentang KiSSM dan ujiannya. Wassalam.