Rabu, 30 Mei 2012

APLiKaSi BaJeT dari AKPK

Dengan nama Allah dan selawat serta salam buat Rasulullah s.a.w.

Cuti sekolah, cikgu pun bercuti, alhamdulillah. Kepada anak murid cikgu, jangan lupa untuk siapkan latihan bagi cuti sekolah.

Hari ini, li ingin berkongsi pula mengenai aplikasi baget yang disediakan oleh Agensi Kauseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

LaMaN UtaMa APliKaSi BaJeT

Bentuknya menarik dan mudah untuk difahami. Cuma perlu masukkan nilai anggaran dan nilai sebenar wang kita perolehi. Setelah siap, tekan butang kira. Aplikasi ini akan mengirakan Jumlah Pendapatan kita, Jumlah Perbelanjaan Kita dan lebihan atau kurangan (defisit). Bagi memudahkan pengguna aplikasi, disediakan carta pai bagi memudahkan kita melihat pembahagian duit yang kita terima.

Disamping itu, disertakan juga aplikasi ini dalam versi komputer meja, boleh dimuat turun di laman sesawang AKPK. Beginilah rupa aplikasinya (dalam bahasa inggeris).


Selamat mencuba. Wassalam.


Selasa, 15 Mei 2012

CeRiTa BuLaN APRiL 2012


Dengan nama Allah, pada setiap perbuatan.

Bulan April berlalu dengan pantas sekali. Hampir setiap minggu li berada di luar sekolah.  Antara programnya seperti Taklimat Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS) Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, taklimat Hari Koperasi Sekolah(HKS) 2012, Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba dan Penyelamat dan Bengkel Penulisan Kajian Tindakan.

Taklimat PBS Pendidikan Sivik

3 hari berlangsung (2-4 April 2012). Selain Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, PBS juga untuk Pendidikan Seni dan Pendidikan Islam yang bertempat di PKG Benut. Bermula tahun 2014, Penilaian Menengah Rendah(PMR) digantikan dengan PBS yang menggunakan keputusan band 1 hingga 6, dinilai bermula dari tingkatan satu.

Taklimat HKS 2012

9-10 April 2012, diadakan di The Zon Lagency Hotel. Dengan tema HKS iaitu Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat, aktiviti ini akan dilangsungkan selama sebulan, bermula 11 Jun sehingga 10 Julai 2012. Selain itu, taklimat juga mendedahkan kepada peserta kaedah untuk membuat Rancangan Perniagaan, konsep ‘Host dan Tamu’, Busana dan sebagainya.

Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba dan Penyelamat

No 3... SMKTK Top 5..

Bertempat di SMK Tan Sri Othman Mohd Saat, pada 17 April 2012 (Selasa), sebanyak 7 acara dipertandingkan. 5 daripada acara yang dipertandingkan iaitu Brain & Brown lelaki, Brain & Brown perempuan, ikatan tali, Kawad kering perempuan dan Asas Pertolongan Cemas lelaki memenangi pingat gangsa dan sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta.

Bengkel Penulisan Kajian Tindakan

Pada hari Rabu (25 April 2012), SMK Dato Penggawa Barat mengadakan taklimat Kajian Tindakan dengan harapan untuk menggilap bakat penulisan yang ada di kalangan guru-guru baru di daerah Pontian. Dengan itu, secara rasminya setiap peserta yang hadir dikehendaki menyiapkan Kajian Tindakan mengikut subjek yang diajar di sekolah masing-masing.

Wassalam.
Li- Laporan aktiviti untuk bulan April 2012, baru berpeluang untuk mengemaskini blog ini. Buat-buat sibuk sebenarnya... emm.