Jumaat, 19 Mac 2010

PeRMaTa HiJRaH


Assalamualaikum..

Bertemu kita pada kali ini. Sudah lama rasanya tidak dikemaskini blog ini. Hendak kata sibuk, semua orang pun sibuk, tetapi masih mampu (boleh) mengemaskini blog mereka. Baiklah, li ingin berkongsi dengan laman pilihan li kali ini iaitu laman Pemata Hijrah.

Sebenarnya, kisah li terpanggil untuk berkongsi laman ini kerana kerap benar li melihat iklan di televisyen mengenai slogan mereka yang lebih kurang berbunyi "Kenapa massage kaki, massage badan orang sanggup beli? Tetapi massage mata..." (terima kasih Sya, li amik dari laman Syaza, lupa sebenarnya bunyi ayat dia..he)

Baiklah, li cuma ingin berkongsi secara seimbas lalu sahaja, dan seterusnya, terpulanglah kepada rakan-rakan untuk mengunjunginya.


Laman ini sebenarnya berkaitan dengan produk (kecantikan / pemulihan) mata, disampaikan dalam bahasa Malaysia (Melayu) dan bahasa Inggeris. Terdapat dua ruangan butang utama, di bahagian atas dan di bahgian kanan laman. Bahagian atas adalah bebutang Laman Utama, Lokasi (kedudukan pusat rawatan utama), Galeri (gambar-gambar), Stokis (terdapat 17 stokis yang boleh dihubungi), Tempahan (untuk ditempah secara pos-online) dan Hubungi kami (sama ada melalui email mahupun melalui telefon).

Butang di bahagian kanan pula memaparkan Menu Utama, iaitu Laman Utama, Tentang Kami (info terkini dan penerangan), Jadual Expo, dan yang lainnya berkaitan dengan produk keluaran Permata Hijrah. Banyak juga produk keluaran mereka, terutamanya berkaitan dengan penjagaan mata. Selain itu, terdapatnya butang Testimoni Pelanggan, Muat Turun, Carian dan Video.


Untuk keterangan lanjut, layarilah laman web Permata Hijrah.

Sekian. Wassalam.


Ps: Li dalam perancangan untuk membeli produk mereka, terutamanya Permata Terapi dan Bedak Resdung, itu pun tunggu gaji...he

Isnin, 1 Mac 2010

SeLaMaT uLaNGTaHuN KeLaHiRaN BaGiNDa & MaMa


Assalamualaikum...

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 49, ditujukan khas untuk bondaku yang disayangi, Salbiah Binti Ahmad, semoga sihat sejahtera dan bergembira selalu.

Walaupun kelihatannya seperti lewat untuk mengucapkannya, namun li dapat menyambut bersama-sama keluarga di rumah. Bila? Pada 26hb Febuari 2010 yang lepas, bersamaan 12 Rabiul Awal 1431H, bersaingan dengan ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.

Dalam mengharungi kehidupan ini, pelbagai ranjau dan cubaan yang dilalui. Oelh itu, kita tidak seharusnya mengeluh mahupun berputus asa, kerana perjuangan kita belum selesai. Apakah dia perjuangan tersebut? Sama-samalah kita fikirkan.

Wassalam.