Jumaat, 30 Mac 2012

BoRaNG PoST MoRTeM & PeNCaPaiaN SPM 2011


li- Dapat tugas baru untuk mengkeyin data murid yang telah meningggalkan sekolah. Dugaan, dugaan...

Isnin, 26 Mac 2012

3756/3 : PRINSIP PERAKAUNAN (TiNGKaTaN 5- SPM 2012)

Assalamualaikum...

Maklumat penting dan terkini (26 Mac 2012) bagi para pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil SPM Prinsip Perakaunan pada tahun 2012, soalan kertas 3 sudah dikeluarkan. Sila layari:


bagi mengambil soalan kertas 3 yang jangka hayatnya bermula dari 1 April 2012 hingga 31 Mei 2012.

Wassalam.

Khamis, 8 Mac 2012

| PRiNSiP PeRaKauNaN: SaSBaDi KeRTaS SoaLaN SPM TaHuN-TaHuN LePaS 2005-2011 |

Alhamdulillah, dapat lagi buku percuma dari Sasbadi. Subjek Prinsip Perakaunan, soalan-soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas. Memang tengah cari buku-buku rujukan, untuk menyiapkan tugasan bagi kerja rumah anak murid.

Buku untuk bulan mac 2012

Kandungan dia, kertas soalan tahun-tahun lepas, yang disediakan dengan jawapan dan dibukukan.
Sekian.

Li- harga dia RM8.90, En. Andy Goh yang beri. No h/p dia 013-7549058. Dia beritahu boleh bagi 15% diskaun.

Rabu, 7 Mac 2012

2012- PeRaRaKaN TeRBaiK PeRiNGKaT SeKoLaH

Alhamdulillah, tahun ini, Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Telok Kerang telah menerima pengiktirafan bagi Perarakan terbaik peringkat sekolah. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli yang berkenaan, yang berusaha untuk melakukan perarakan yang sebaik-baiknya, sambil berarak, sambil berselawat ke atas Baginda s.a.w.

Masih belum dibuka lagi hadiahnya...

Berikut adalah antara wajah-wajah pelajar yang terlibat dan mengambil bahagian dalam perarakan peringkat sekolah sempena Maulidurrasul 1433H.









Sekian.

li- Allahumma solli'ala syaidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wassallam.


Ahad, 4 Mac 2012

MauLiDuRRaSuL PeRiNGKaT SeKoLaH 1433H

Bismillah wal hamdulillah...

Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah berjalan dengan lancarnya. Majlis yang berlangsung pada 29 Februari 2012 (tarikh yang jarang ditemui), bersamaan dengan 17 Rabiul Akhir 1433 H (sebulan lebih dari ulangtahun kelahiran Baginda), pada hari Rabu, bermula dengan mengambil kehadiran pelajar oleh guru tingkatan masing-masing. 

Kemudian, pelajar belum Islam diasingkan untuk acara mereka sendiri manakala pelajar Muslim bersedia dalam kumpulan unit beruniform, untuk perarakan. Didahului oleh unit beruniform kadet polis, kadet remaja sekolah, pengakap, kadet bomba, pandu puteri, puteri islam dan persatuan bulan sabit malaysia (juga dari unit pendidikan khas). Jika dibandingkan dengan tahun yang lepas iaitu pada hari sabtu, kehadiran adalah sangat baik dan memuaskan (mungkin kerana hari persekolahan, tiada alasan untuk tidak ke sekolah).

Acara seterusnya adalah makan. Seperti yang ustaz telah sebutkan, biasanya dalam majlis maulidurrasul, makan tidak pernah dikecualikan. Sama ada berzanzi (selawat ke atas Baginda) dan makan, ceramah dan makan ataupun berzanzi, ceramah dan makan. Alhamdulillah, makanan adalah nasi beriyani daging berairkan asam boy.

Acara yang seterusnya adalah bacaan berzanzi, dan bacaan Al-Quran. Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Sunhaji bin Haji Selamat. Ustaz memulakan ceramah dengan pemberian gula-gula, katanya untuk mengelakkan daripada mengantuk. Juga kata-kata semangat "are you ready" yang mengkehendaki pelajar menjawab "yes" sebanyak tiga kali.

Antara inti pati ceramah beliau adalah setiap kata-kata itu adalah doa, termasuk lirik lagu. Oleh itu berhati-hatilah dengan kata-kata. lagu-lagu yang negatif perlu dihindarkan, seperti lagu cari jodoh yang antara kandungannya mengakui bahawa diri sendiri tidak 'laku', dikhuatiri akan menjadi doa kerana disebut berulang-ulang kali.

Selain itu, ustaz menceritakan bahawa suatu ketika, malaikat bertanya kepada Allah s.w.t., mengapakah hambanya yang beriman hanya dikabulkan satu sahaja permintaan daripada 10 permintaan yang dimohon, sedangkan si bukan Islam meminta satu sahaja permintaan, tetapi diberinya 10 nikmat. Jawabnya adalah kerana Aku tidak mahu hambaKu yang bukan Islam memohon lagi kepada patung yang dipersekutukan denganKu, kerana hambaKu itu akan disibukkan dengan 10 nikmat yang diterima, manakala bagi yang beriman, Aku hanya makbulkan satu sahaja nikmat yang diminta, kerana Aku rindu dengan tangisan dan harapannya setiap malam.

Majlis diakhiri dengan 10 quiz agama dan selepas itu, pelajar pun bersurai. Sekian.

li- Tugasan yang li terima adalah pengemasan terakhir dan rewang malam (habis jam 3 pagi).

Petikan Quran [ DiHaRaMKaN BaBi, BaNGKai, DiSeMBeLiH BuKaN KeRaNa ALLAH ]

(Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 173)
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


(Surah 5 - Al Maidah : Ayat 3)
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.


(Surah 6 - Al An'am : Ayat 145)
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


(Surah 16 - An Nahl : Ayat 115)
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


li- 4 ayat yang menceritakan makan babi itu haram, jadi berhati-hatilah.


Rujukan:
1 Ad Deenul Haq
2. Quran Explore
3. E-Bacaan