Jumaat, 1 Jun 2012

JaDuaL PuaSa SuNaT 2012

Assalamualaikum wa bismillah.

Rindu rasanya apabila di universiti dahulu, li ada menampal di dinding jadual puasa sunat tahun 2007 (kalau tak silap tahun). Ketika di universiti, hendak kata rajin berpuasa, tidak juga. Cuma seronok bila tengok jadual tersebut.

Dan kini, ketika mencari jadual bagi tahun 2012, li pun jumpa jadual puasa sunat ini di laman Iza Teratak Usang

Jadual Puasa Sunat 2012

Rupa jadual ini tidak ada bezanya dengan jadual puasa yang li miliki tahun lepas. Oleh itu, li pun dengan sengajanya mengambil jadual itu bagi panduan li (juga rakan-rakan li). Insyallah, pahala untuk perkongsian ini masing-masing dapat.

Anda buat, anda dapat (ambil kata-kata Ustzh Siti Nor Bahyah Mahmood)

Wassalam.