Selasa, 3 April 2012

5 MiNiT BeNCi ZiNa???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan. "5 minit benci zina", bunyinya seolah-olah hanya perlukan masa 5 minit sahaja benci, minit yang lain pula tidak perlu benci. SALAH! TIDAK BETUL!


Sebenarnya, "5 minit benci zina" adalah sebuah modul yang telah diterbitkan oleh Jabatan Pelajaran Johor pada 2010, bertujuan bagi menjelaskan, memberi penerangan dan maklumat tentang zina, daripada definisi zina itu sendiri hinggalah kepada keburukan (dah pasti tiada kebaikan) serta langkah mengatasinya. Modul ini boleh dimuat turun dari laman rasmi Jabatan Pelajaran Johor.

Modul ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah tentang pentingnya menjauhi gejala seks bebas atau zina yang memberi kesan yang amat buruk baik dari aspek agama mahupun saintifik. Masa yang diperlukan adalah 5 minit (seperti judulnya) dan hendaklah disebarkan dalam bentuk ucapan, agar murid-murid (tidak terkecuali kepada orang dewasa) sentiasa berwaspada dan menjauhi perlakuan ini (apatah lagi melakukannya) seperti yang termaktub dalam Al-Quran dalam surah Al-Israk ayat 32:

ÇÌËÈ Wx‹Î6yuä!$yur Zpt±Ås»sù tb%x. ¼çm¯RÎ) ( #oT9$# (#qç/tø)s? Ÿwur
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang jahat.

Antara kandungan yang terdapat dalam modul ini ialah:
a)    Definisi zina
b)   Statistik zina di Malaysia
c)    Fahami dosa besar zina
d)   Punca-punca zina (diri sendiri, keluarga, masyarakat dan persekitaran)
e)   Langkah-langkah awal mencegah zina
f)    Peranan rakan sebaya
g)   5 teknik bagi menjauhi zina
h)   4 usaha bagi mencegah zina
i)     Cara pergaulan mengikut syariat Islam
j)    Penjagaan solat menjadi benteng zina
k)   Panduan memilih rakan
l)     Menutup aurat vs menutup urat
m)  Peranan diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam menjauhi zina
n)    Kesan zina terhadap sendiri, keluarga dan masyarakat
o)   Prosedur dan tatacara menghadapi kes zina

Modul yang ringkas dan padat ini, sewajarnya dimiliki oleh setiap individu. Bukan sekadar memilikinya sahaja, perlu dibaca dan diambil pelajaran serta pengajaran agar masalah sosial dapat dibendung. Memang benar, antara tanda-tanda hari Qiamat semakin hampir adalah berleluasanya penzinaan, oleh itu, bertaubatlah dan manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang sentiasa nasihat menasihati kearah kebaikan, berkata yang benar dan sabar.

li- Hidup di bagai lampu dinding, yang dinyalakan di malam hari, apabila minyak sudah kering, ia pasti akan padam sendiri.