Memaparkan catatan dengan label 1MaLaYSia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MaLaYSia. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Ogos 2012

LoGo 55 TaHuN KeMeRDeKaaN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tahun ini, logo kemerdekaan kita ada dua. Satu dari pihak kerajaan (BN), dan satu lagi dari pihak lain (PR). Kedua-duanya unik. Kedua-duanya ada bendera Malaysia, dan kedua-duanya ada nombor 55.

BN punya

PR punya

Wassalam.

Li: Tak kisahlah mana-mana logo pun, yang penting, 'saya anak Malaysia', saya berbangga jadi anak Malaysia.

Sumber:

Ahad, 2 Oktober 2011

KeM 1 MuRiD 1 SuKaN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perjalanan ke Tanjung Piai Resort (TPR) mengambil masa lebih kurang 30 minit dari SMK Telok Kerang. Dua orang guru (pengiring) bersama 8 orang murid diminta pergi ke sana bagi menghadiri Kem 1 Murid 1 Sukan daerah Pontian selama 3 hari 2 malam.

Setiba kami di sana, kami melakukan pendaftaran. Namun, 7 orang murid sahaja yang dapat menghadiri kem tersebut kerana seorang murid menarik diri pada saat-saat akhir. kira-kira jam 3 petang, taklimat diberikan kepada peserta termasuk guru, namun peserta ditaklimatkan oleh jurulatih utama sukan daerah Pontian manakala guru ditaklimatkan oleh wakil JPNJ dan wakil PPD Pontian (nama-nama mereka dirahsiakan).

Seterusnya, aktiviti-aktiviti berjalan seperti di dalam jadual berikut:

Jadual KeM 1 MuRiD 1 SuKaN

Kami pulang pada jam 2 petang, 28 September 2011. Murid-murid dihantar ke rumah masing-masing.

li- 2 pengalaman yang menarik, yang jarang-jarang dan baru li perolehi ialah 'paintball' dan 'hujan ribut'.

Bergaya tak li dengan baju tentera?


Dibahagi kepada 2 kumpulan, hitam dan merah. 4 orang untuk kumpulan hitam (4-4 kali pertama main) dan 3 orang untuk kumpulan merah (3-3 rasanya pernah main kot). Jadi keputusannya, kumpulan li 3 kali permainan, 3-3 kalah, walaupun lebih sorang ahli. Permainan pertama kalahkan kumpulan lawan, kedua mengambil bendera dan permainan ketiga mempertahankan ketua. Syukur, takde yang tercedera, cuma yang lebam kena tembak tu adalah.

Bumbung dari asrama bersebelahan menimpa ke atas bumbung bilik tempat li menginap.

Akibatnya, mentol lampu jatuh kat sebelah li waktu li baring. Syukur tak kena kepala. Waktu itu, li tengah tengok tv dengan rakan. Rakan pula ngadap li, dan dia beritau nyaris-nyaris petir menyambar kat li, tapi li xperasan pun. Alhamdulillah, li masih bernyawa sehingga ke hari ini. Rakan li kata mujur dah solat Isyak. Murid-murid pula dipindahkan sementara di dewan sehingga hujan ribut reda. Risau jugak kat budak-budak li, yelah, dah jadi guru pengiring mereka, jadi apa-apa hal, li jugak kena jawab kat ibu bapa mereka. Bila reda, li dipindahkan ke bilik lain, kerana bilik asal bocor dan bergenang air.

Wassalam.


Sabtu, 16 Julai 2011

KuRSuS GuRu PeNaSiHaT KeLaB SuKaN SeKoLaH

DaSaR 1 MuRiD 1 SuKaN

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah yang baru-baru ini diadakan di MRSM Pontian. Hampir tiga hari jugalah li berulang-alik dari rumah ke MRSM, jaraknya kira-kira 26km sehala. Itu sehala, jika enam hala? Congak jelah.

Jika diperhatikan di sekolah li, belum lagi ditubuhkan kelab Ping Pong, ahlinya pun tiada lagi. Namun li percaya, tahun depan selewat-lewatnya, sekolah li mempunyai kelab Ping Pong, insyallah (yelah, guru penasihat sudah ada, cuma cari murid je, kalau tak, sia-sialah kursus tersebut li pi).

PeNGiSiaN KuRSuS 1M1S

Seperti jadual di atas, hari pertama dipenuhi dengan teori dan ucapan. Duduk sahaja di dewan, mendengar, mendengar dan mendengar. Masuk hari kedua, mengenali peralatan dengan lebih dekat, kemahiran asas, kepengadilan dan pengiraan markah. Hari ketiga pula diisi dengan merancang aktiviti tahunan, mingguan dan aktiviti kelab. Disamping itu juga diberi pendedahan untuk membuat kertas cadangan serta menguruskan kejohanan.

Selain sukan Ping Pong, terdapat 9 lagi sukan yang diberi perhatian iaitu Olahraga, Badminton, Bola Sepak, Bola Baling, Bola Jaring, Bola Keranjang, Bola Tampar, Sepak Takraw dan Hoki. Mudah kata, seronok dapat menyertai kursus ini. Banyak benda yang dapat dipelajari dan sekaligus menambah lagi keyakinan li untuk terus menguruskan sukan.

SiJiL PeNYeRTaaN

Baiklah, itu sahaja laporan li berkaitan Dasar 1 Murid 1 Sukan, yang mengkehendaki setiap murid sekurang-kurangnya menyertai satu jenis sukan. Ini berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan yang seimbang dari segi bukan sahaja intelek, juga jasmani, emosi dan rohani (serta sosial).

Wassalam.


li- lambat diupdate kerana xbyr bil broadband, xdpt online...:)


Ahad, 13 Februari 2011

LaRiaN PeRDaNa & SeKKoP123

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, li telah berjaya menyempurnakan 'Larian Perdana Mahkota Johor' yang diadakan di sekolah li. Sungguh penat rasanya, mana tidaknya, lama sudah tidak berjogging, apatah lagi berlari. Namun, li berjaya memenangi tempat pertama di kalangan guru-guru (yelah, semua yang masuk bertanding senior-senior li dan ada yang dari kategeri warga emas..hehe..jangan marah).
sijil li

Kemudian, li terlibat dengan bengkel SEKKOP123, iaitu bengkel bagi memudahkan guru-guru koperasi dan juga Ahli Lembaga Koperasi (ALK) sekolah menyediakan Penyata Kewangan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. ANGKASA pula adalah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, sebuah badan yang mengumpulkan koperasi-koperasi yang ada di Malaysia di bawahnya bagi perkongsian ilmu (maklumat lanjut, cari di internet).

li telah mengikuti 'Kursus Wajib Koperasi' yang telah diadakan di hotel paling popular di Batu Pahat (kerana kes skandal) pada 28 - 30 Julai 2010, iaitu selama 3 hari. Untung sungguh dapat mengikuti kursus di bawah ANGKASA ini, serba serbinya mewah (mewahlah, sebab li dapat bilik hotel yang ada tub, tapi bimbang jugak, mana tau ada kamera, malas fikir, buat tak tahu je).

SEKKOP123

Berbalik kepada SEKKOP123, perisian ini memudahkan koperasi sekolah (li rasa SEK untuk sekolah dan KOP untuk koperasi kot) menyediakan Penyata Kewangan dengan memasukkan data-data urus niaga yang telah berlaku sahaja. Mudah kata, pengguna perisian ini hanya perlu memasukkan maklumat mengenai urus niaga yang berlaku sahaja dan selebihnya, perisian yang akan menganalisa, memberi kesimpulan dan laporan.

SEKKOP123

SEKKOP123 Perakaunan merujuk kepada kemasukan data urusniaga manakala SEKKOP123 Anggota pula merujuk kepada syer-syer ahli di dalam koperasi. Secara keseluruhannya, perisian ini mudah dan mesra pengguna. Terima kasih kepada saudara Faizal kerana mengajar kami cara menggunakan SEKKOP123 ini. Dan terima kasih juga kepada cikgu Zaiton, kerana telah menyediakan Penyata Kewangan secara manual dengan lengkapnya (jadi li cuma pindahkan data yang dah disediakan oleh cikgu Zaiton ke dalam perisian je, tak perlu kira-kira lagi..he).

Baiklah, itu sahaja laporan merangkap pengalaman li untuk hari kelmarin (Sabtu, 12 Februari 2010, 9 RabiulAwal 1432H). Jumpa lagi, wassalam.

Khamis, 5 November 2009

MeNGuLaNGKaJi 5 ASaS RuKuN NeGaRa


Rukun Negara

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Matlamat Rukun Negara
- Mengukuhkan perpaduan.
- Memelihara corak hidup demokratik.
- Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
- Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
- Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

Prinsip-prinsip Rukun Negara

(1) Kepercayaan kepada Tuhan.
- Setiap rakyat di Malaysia mempunyai kepercayaannya (menjurus kepada agama) masing-masing. Oleh itu, perlembagaan menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

(2) Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.
- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu (juga digelar Sultan) merupakan ketua negeri. Raja (Sultan) adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

(3) Keluhuran Perlembagaan.
- Perlembagaan merupakan undang-undang utama. Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul. Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.

(4) Kedaulatan Undang-Undang.
- Undang-undang perlu diterima oleh setiap warganegara. Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

(5) Kesopanan Dan Kesusilaan.
- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Sumber :


Rabu, 4 November 2009

Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 (PIPP) mempunyai 6 teras iaitu:

(1) Membina Negara Bangsa
- Dengan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

(2) Membangunkan Modal Insan
- Dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

(3) Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
- Melalui peluasan program prasekolah, pemantapan kepimpinan pengetua / guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

(4) Merapatkan Jurang Pendidikan
- Dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.

(5) Memartabatkan Profesion Keguruan
- Melalui menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

(6) Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
- Dengan pemilihan guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.


Jumaat, 30 Oktober 2009

Kabinet Malaysia 2009

Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri
Menteri Kewangan

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri

Datuk Seri Nazri Azizi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen)

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Datuk Dr S Subramaniam
Menteri Sumber Manusia

Datuk Seri Dr Rais Yatim
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Datuk Ong Tee Keat
Menteri Pengangkutan

Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan II

Tan Sri Dr Koh Tsu koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Prestasi)

Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Anifah Aman
Menteri Luar Negeri

Tan Sri Bernard Dompok
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan

Datuk Douglas Uggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Datuk Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Datuk Noh Omar
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Datuk Seri Maximus Ongkili
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Menteri Perlancongan

Datuk Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan

Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kerja Raya

Datuk Kong Cho Ha
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi)

Datuk Seri Shafie Afdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah



6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA:

*NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan;
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
(Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

*NKRA mengurangkan kadar jenayah;
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
(Menteri Dalam Negeri)

*NKRA memerangi rasuah;
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

*NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah;
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

*NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman;
Datuk Seri Shafie Apdal.
(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

*NKRA menambah baik pengangkutan awam;
Datuk Seri Ong Tee Keat.
(Menteri Pengangkutan)

Sumber :