Ahad, 13 Februari 2011

LaRiaN PeRDaNa & SeKKoP123

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, li telah berjaya menyempurnakan 'Larian Perdana Mahkota Johor' yang diadakan di sekolah li. Sungguh penat rasanya, mana tidaknya, lama sudah tidak berjogging, apatah lagi berlari. Namun, li berjaya memenangi tempat pertama di kalangan guru-guru (yelah, semua yang masuk bertanding senior-senior li dan ada yang dari kategeri warga emas..hehe..jangan marah).
sijil li

Kemudian, li terlibat dengan bengkel SEKKOP123, iaitu bengkel bagi memudahkan guru-guru koperasi dan juga Ahli Lembaga Koperasi (ALK) sekolah menyediakan Penyata Kewangan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. ANGKASA pula adalah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, sebuah badan yang mengumpulkan koperasi-koperasi yang ada di Malaysia di bawahnya bagi perkongsian ilmu (maklumat lanjut, cari di internet).

li telah mengikuti 'Kursus Wajib Koperasi' yang telah diadakan di hotel paling popular di Batu Pahat (kerana kes skandal) pada 28 - 30 Julai 2010, iaitu selama 3 hari. Untung sungguh dapat mengikuti kursus di bawah ANGKASA ini, serba serbinya mewah (mewahlah, sebab li dapat bilik hotel yang ada tub, tapi bimbang jugak, mana tau ada kamera, malas fikir, buat tak tahu je).

SEKKOP123

Berbalik kepada SEKKOP123, perisian ini memudahkan koperasi sekolah (li rasa SEK untuk sekolah dan KOP untuk koperasi kot) menyediakan Penyata Kewangan dengan memasukkan data-data urus niaga yang telah berlaku sahaja. Mudah kata, pengguna perisian ini hanya perlu memasukkan maklumat mengenai urus niaga yang berlaku sahaja dan selebihnya, perisian yang akan menganalisa, memberi kesimpulan dan laporan.

SEKKOP123

SEKKOP123 Perakaunan merujuk kepada kemasukan data urusniaga manakala SEKKOP123 Anggota pula merujuk kepada syer-syer ahli di dalam koperasi. Secara keseluruhannya, perisian ini mudah dan mesra pengguna. Terima kasih kepada saudara Faizal kerana mengajar kami cara menggunakan SEKKOP123 ini. Dan terima kasih juga kepada cikgu Zaiton, kerana telah menyediakan Penyata Kewangan secara manual dengan lengkapnya (jadi li cuma pindahkan data yang dah disediakan oleh cikgu Zaiton ke dalam perisian je, tak perlu kira-kira lagi..he).

Baiklah, itu sahaja laporan merangkap pengalaman li untuk hari kelmarin (Sabtu, 12 Februari 2010, 9 RabiulAwal 1432H). Jumpa lagi, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan