Memaparkan catatan dengan label LoGo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LoGo. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Ogos 2012

LoGo 55 TaHuN KeMeRDeKaaN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tahun ini, logo kemerdekaan kita ada dua. Satu dari pihak kerajaan (BN), dan satu lagi dari pihak lain (PR). Kedua-duanya unik. Kedua-duanya ada bendera Malaysia, dan kedua-duanya ada nombor 55.

BN punya

PR punya

Wassalam.

Li: Tak kisahlah mana-mana logo pun, yang penting, 'saya anak Malaysia', saya berbangga jadi anak Malaysia.

Sumber:

Sabtu, 14 Mei 2011

KaDeT BoMBa SMKTK - lirik dan logo

Alhamdulillah, segala pujian hanya layak untukNya, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Dikesempatan kita kali ini, li ingin berkongsi lirik lagu kadet Bomba dan Penyelamat di sekolah li, dan juga di sekolah-sekolah yang lain (jikalau li tak silap). Berikut adalah liriknya:

Lagu Kadet Bomba


Kadet Bomba Bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara


Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia


Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya


Kadet Bomba Bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha


Ikrar kami sahutkan
Berani beretika
Harum nama
Malaysia jaya

Li pilih untuk menyiarkan lirik ini kerana pada pertandingan kecekapan kadet bomba yang lalu, anak-anak buah li (termasuk li) hanya mengajuk sahaja sewaktu lagu kadet bomba dikumandangkan. Malu juga dibuatnya, kata anggota kadet bomba, tetapi lagu kadet bomba sendiri pun tidak tahu.

Oleh itu, sambil berkongsi dengan rakan-rakan, sambil itu li cuba menghafal dan menyanyikan berseorangan. Kemungkinan perjumpaan unut beruniform akan datang, li mahu anak-anak buah li menyanyikannya beramai-ramai.

Tidak lupa juga, li telah mencari logo bagi kadet bomba. Ini dia logonya:

Berikut adalah penerangan bagi setiap simbol dan warna:

Bulan sabit dan bintang - nilai-nilai Islam & murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Topi keledar - memberikan perlindungan dan keselamatan kepada ahli

Kapak bersilang - Salah satu alat perkakas yangg dapat menggandingkan antara ilmu akademik dengan kebombaan. Semangat juang dalam mencegah kebakaran dan mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda.


Bunga padi - kerjasama antara pasukan kadet bomba dan penyelamat dengan jabatan bomba dan penyelamat serta kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.


Warna merah - semangat keberanian yang tinggi

Warna kuning - menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan

Warna biru - air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.

Download lagu kadet bomba.

Baiklah rakan-rakan, bertemu lagi di lain waktu. Wassalam.

Rujukan:
1. kadetbomba.blogspot.com
2. bombateknikpd.tripod.com

Rabu, 10 Februari 2010

LaGu SMK TeLoK KeRaNG

Sekolah Menengah Telok Kerang,
Sekolah kami bersama,
Berusaha belajar,
Demi kemajuan.

Pandulah bimbinglah,
Ke arah kejayaan,
Bekerjasama bermuhibbah,
Ke arah perpaduan.

Taat kepada sekolah,
Berbakti kepada bangsa,
Berusaha berbakti,
Demi kemajuan negara.

Isnin, 25 Januari 2010

SuRaT TaWaRaN PeLaNTiKaN SeBaGai GuRu SaNDaRaN TeRLaTiH SiSWaZaH


Bismillahi Rahmani Rahimi.

Berikut adalah sebahagian isi kandungan surat yang li terima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, yang berkait langsung dengan diri li.

- Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran, bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan ini melantik tuan/puan sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSST) dengan dibayar elaun bulanan sebanyak RM 1901.80 dalam tangga elaun DC41:T5 RM 1901.80 - T10 RM2354.05.

- Tawaran pelantikan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat pelantikan dan perkhidmatan seperti di Lampiran 'A'.

- Bagi melengkapkan urusan pelantikan ini, tuan/puan adalah dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut:-

i) meneliti syarat-syarat pelantikan dan perkhidmatan yang dinyatakan di Lampiran 'A';

ii) melapor diri kepada Pengetua/Guru Besar Sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Negeri;

iii) melengkapkan Surat Akuan Penerimaan Pelantikan (5 salinan) dan Surat Akuan Sumpah (1 salinan) yang disertakan bersama-sama ini;

iv) mengemukakan satu Surat Akuan Penerimaan Pelantikan dan Surat Akuan Sumpah ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tuan/puan melapor diri ke sekolah;

v) mengemukakan satu salinan Surat Akuan Penerimaan Pelantikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua/Guru Besar sekolah di mana tuan/puan berkhidmat;

vi) mengemukakan satu salinan Surat Tawaran Pelantikan kepada pihak pentadbiran sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi urusan pembayaran elaun; dan

vii) menyimpan salinan asal Surat Tawaran Pelantikan untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran semasa sesi temuduga untuk pelantikan tetap.

Begitulah antara isi kandungan surat pelantikan yang li terima, masih lagi 'sandaran', dan masih belum diiktiraf mendapat gaji. Walau bagaimanapun, syukur kepadaNya, sekurang-kurangnya li telah dapat tugasan dan tanggungjawab yang memang ingin li pikul, bertujuan untuk membina anak-anak bangsa yang boleh dijadikan sumber manusia kelas pertama dan juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara; dengan pokok pangkalnya, ikhlas keranaNya.

Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.

Rabu, 30 Disember 2009

LoGo SeKoLaH Li


SMK Telok Kerang

Bismillah.

Inilah dia logo sekolah li, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.

Minggu ini, penuh sahaja dengan mesyuarat. Semalam mesyuarat Kurikulum Sekolah, hari ini dan esok mesyuarat Panitia. Jumaat, sudah tentu pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan sabtu, ada LDP 1: SM-TAG.

Sebenarnya, teringin balik ke rumah, kerana jumaat petang ada buat kenduri berkhatan, adik li, Mohamad Amirul Fateh dengan sepupu li, Mohamad Amirullah bin Mohamad. Majlis diadakan di Pondok Polis Parit Bunga. Embah sudah diambil pada hari isnin lepas. Nampak gayanya, li tidak dapat balik ke rumah, atas sebab-sebab kerja.

Walau bagaimanapun, semoga berjalan dengan lancar majlis itu nanti.

Sekian, wassalam.