Sabtu, 14 Mei 2011

KaDeT BoMBa SMKTK - lirik dan logo

Alhamdulillah, segala pujian hanya layak untukNya, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Dikesempatan kita kali ini, li ingin berkongsi lirik lagu kadet Bomba dan Penyelamat di sekolah li, dan juga di sekolah-sekolah yang lain (jikalau li tak silap). Berikut adalah liriknya:

Lagu Kadet Bomba


Kadet Bomba Bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara


Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia


Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya


Kadet Bomba Bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha


Ikrar kami sahutkan
Berani beretika
Harum nama
Malaysia jaya

Li pilih untuk menyiarkan lirik ini kerana pada pertandingan kecekapan kadet bomba yang lalu, anak-anak buah li (termasuk li) hanya mengajuk sahaja sewaktu lagu kadet bomba dikumandangkan. Malu juga dibuatnya, kata anggota kadet bomba, tetapi lagu kadet bomba sendiri pun tidak tahu.

Oleh itu, sambil berkongsi dengan rakan-rakan, sambil itu li cuba menghafal dan menyanyikan berseorangan. Kemungkinan perjumpaan unut beruniform akan datang, li mahu anak-anak buah li menyanyikannya beramai-ramai.

Tidak lupa juga, li telah mencari logo bagi kadet bomba. Ini dia logonya:

Berikut adalah penerangan bagi setiap simbol dan warna:

Bulan sabit dan bintang - nilai-nilai Islam & murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Topi keledar - memberikan perlindungan dan keselamatan kepada ahli

Kapak bersilang - Salah satu alat perkakas yangg dapat menggandingkan antara ilmu akademik dengan kebombaan. Semangat juang dalam mencegah kebakaran dan mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda.


Bunga padi - kerjasama antara pasukan kadet bomba dan penyelamat dengan jabatan bomba dan penyelamat serta kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.


Warna merah - semangat keberanian yang tinggi

Warna kuning - menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan

Warna biru - air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.

Download lagu kadet bomba.

Baiklah rakan-rakan, bertemu lagi di lain waktu. Wassalam.

Rujukan:
1. kadetbomba.blogspot.com
2. bombateknikpd.tripod.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan