Isnin, 2 Mei 2011

HF BaRu

Alhamdulillah, syukur, thanks dan sewaktu dengannya kerana dengan rahmatNya, li dapat membeli telefon bimbit (hP) baru. Kenapa li kata sedemikian? Sebenarnya, dalam perjalanan hendak membeli hP Nokia X3 ini, banyak juga cabaran yang li harus tempuhi. Tapi tidaklah sampai hendak hilang nyawa, cuma penat sahaja.

Baiklah, sebenarnya sudah lama hendak membeli hP baru, mana tidaknya, hP yang 'hilang' itu li beli sewaktu li belajar di UUM dahulu, semestar 3 kalau tidak salah. Kesnya pun sama, hP hilang dahulu, baru beli lain. Hitung punya hitung, sudah hampir 4 tahun li menggunakan hP yang sama, cuma tukar housing sahaja. Dahulu beli warna hitam, kemudian tukar warna kelabu, ungu dan terakhir hijau. Namun tidak berkesempatan nak pamirkan di sini.

HP ini li beli di Summit Perade, Batu Pahat. Li pergi ke sana menaiki kereta proton iswara merah li (kereta papa li, li guna je), dan sampai sahaja di sana, selepas puas mencari hP yang dikehendaki, tetapi belum lagi membelinya, kereta pun meragam. Tidak mahu hidup enjinnya. Waktu itu, hP memang tiadalah, li pun cari public phone. Mujur terjumpa, dan mujur juga bawa syiling banyaklah juga, dalam RM3, li call parents dan minta parents call sepupu li. Sebabnya, li ingat nombor hP parents je, dengan nombor si Dia, nombor orang lain, memang tidak terlintas pun hendak dihafal.

Dan yang memeranjatkan, adalah hamba Allah yang meninggal di kawasan tangga bergerak (jatuh dari atas kot, li xamik tahu sangat, takut kena badi... Lemah semangat sikit li nie... Li cuma tahu cermin pecah, surat khabar, orang berkerumunan, unit forensik datang siap kamera, pengusung, itu je). Jantina, umur, bangsa dan sebagainya, li tidak amik butir pun. Yang lebih li risaukan, kereta li rosak. Zaman sekarang, nafsi nafsi (li bukan sombong, tapi li kalau pi tengok pun, bukannya li dapat tolong wat pape, makin mengacau unit forensik nak wat keje je).

Dan lagi, sepupu li pun datang, dan keputusan diambil, li pun beli hP Nokia X3, pada awalnya hendak beli Sony C901, namun tiada di pasaran lagi. Inilah dia hP baru li. Cantikkan...

CaNTiKKaN... :)

KoTaK Dia

BeNDa NiE DaLaM KoTaK

Sampai sini sahaja laporan li. Wassalam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan