Rabu, 4 Mei 2011

KaWaD KeCeKaPaN KaDeT BoMBa DaeRaH PoNTiaN 2011

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti kawad kecekapan yang telah berlangsung di SMK Tan Sri Othman Mohd Saat. Acara bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Sekolah yang mengambil bahagian sebanyak 7 buah dan sekolah li menghantar peserta bagi kelima-lima acara yang dipertandingkan.

Keputusan bagi sekolah li, tempat kedua bagi acara Kawad Basah Perempuan, tempat ketiga acara Kawad Kering Lelaki dan juga tempat ketiga acara Kawad Kering Campuran. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat li 'tangkap' dengan menggunakan hP baru li (nak habaq jugak guna hP baru...hehe).

Mencari tempat untuk berteduh di waktu pertandingan

Berkumpul sebelum meneruskan misi

Acara Kawad Basah Lelaki

Acara Kawad Basah Perempuan

Acara Kawad Kering Campuran

Acara Kawad Kering Lelaki

Acara Kawad Kering Perempuan

Wassalam.

PS: hP kong, xsempat nak amik gambar bebudak amik hadiah.


3 ulasan:

  1. Tahniah kpd plajar2 kadet bomba SMKTK & guru2 penasihat...huh..mencabar juga kawad bomba ni, ada kawad basah&kering ya...satu pengalaman yg bermakna...semoga terus maju

    BalasPadam
  2. Terima kasih... Pengalaman baru jugak bagi li.. Cikgu lotfi bile nak wat blog pulak... ;)

    BalasPadam
  3. sama2..mm..pasal buat blog ni, tgh blajar ni..masih tak pakar lagi..sbb tu status "under construction" lagi..entah bila la boleh siap.. ;-)

    BalasPadam