Isnin, 16 Mei 2011

SeLaMaT HaRi GuRu

Assalamualaikum.

Ku ucapkan SeLaMaT HaRi GuRu kepada semua yang telah membimbing, mengajar, mendidik dan mencurahkan segala ilmu dan pengetahuan, sehingga membawa diriku kearah bidang pendidikan.

Ucapan syukurku yang utama ku tujukan kepadaMu ya Allah kerana memberikan keizinan kepadaku untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, seperti termaktub di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 31 iaitu:

(Al Baqarah : 30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (30)

Juga kerana memberikanku nikmat yang tidak terhitung banyaknya terutamanya nikmat Islam dan Iman, semoga diakhir hayatku, termasuk di antara golongan yang dikatakan khusnul khatimah.

Ucapan terima kasih guru yang pertama ditujukan kepadamu ya Rasulullah s.a.w, kerana telah memberikan kepadaku ilmu untuk mengenal tuhan, tujuan ku dihidupkan di dunia, matlamatku dan destinasi yang harus aku pilih dan tuju untuk bersama-samamu di akhirat sana. Semoga diriku termasuk dikalangan umat-umat yang mendapat syafaat darimu.

Terima kasih guru juga ku ucapkan kepada kedua ibu bapaku, Mohammad Angawam dan Salbiah kerana sudi menjadi perantara bagi membolehkan diriku menghirup udara segar di dunia ini. Jasamu sentiasa ku kenang. 





Ucapan seterusnya ku tujukan kepada si dia, Siti Nor Khairunisa kerana memberiku kekuatan untuk benar-benar digelar sebagai seorang lelaki. Engkau mengajarku apa itu harapan, cinta, benci, rindu, tabah, sabar dan sebagainya, yang sukar ku hadapi sendirian tanpamu.

Kepada guru-guru rasmiku, dimulakan di sekolah Taska Taman Maju, Tadika Kemas Parit Raja, Sekolah Kebangsaan Pintas Puding, Sekolah Agama Parit Raja, Sekolah Menengah Tun Ismail serta Kolej Matrikulasi Johor, dimana kesemuanya berada di negeri Johor. Juga guru-guru (tenaga pengajar) yang mengajarku di Universiti Utara Malaysia, iaitu pensyarah-pensyarah di bidang pendidikan serta di bidang perakaunan, para ustaz di Masjid Badlishah, tenaga pengajar Kor Suksis Polis serta tenaga pengajar Seni Silat Cekak Malaysia.

Tidak dilupakan, kepada guru ngajiku, Ustaz Ramli dan Mak Norsah, rakan-rakan sepejuangan, rakan sekelas, rakan sekuliah, rakan sebilik, rakan sepermainan, juga rakan-rakan yang lain, yang secara langsung dan tidak langsung mengajarku erti hidup didunia ini.

Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu, terima kasih cikgu.

Ps: Suka dengar gurindam yang diucapkan oleh adik istimewa kita di tv3:

"Oh cikgu Wan,
Oh cikgu Wan,
Oh cikgu Wan, cikguku,
Rupa cantik, baju batik,
Oh cikgu Wan,
I love u "

2 ulasan:

  1. cikgu... cikgu dh xmelawat blog ke??? ke tukar nama?? xnmpak dh pun... neway... slmat hari guru... senior pun cikgu jugak kan... sebb penah ajar junior... hehehehe~

    BalasPadam
  2. Terima kasih... Adalah jgk melawat..
    Em, betul jugak, senior pun guru jugak. Kategori rakan-rakan kot.
    Trima kasih kunjung ke sini... :)

    BalasPadam