Rabu, 30 Mac 2011

~SeMoGa KaMu DiRahMaTi ALLaH~

Bismillahirrahmanirrahim

Seronok rasanya malam tadi, mendengar lagu Baraka Allahu Lakuma daripada Maher Zain. Namun ada masanya ketika mendengar lagu tersebut, rasa berdesing telinga, samada perasaan ataupun memang lagu itu muziknya boleh mendesingkan telinga, wallahu'alam.

Baiklah, mari kita hayati lirik lagu tersebut sambil-sambil mendengarnya...


Wassalam.

Selasa, 29 Mac 2011

KiSS M?

Alhamdulillah, li sudah menghadirkan diri ke taklimat KISSM di SMK Senai kelmarin. Walaupun pada mulanya terlajak hampir ke lapangan terbang Senai, namun sampai jua ke destinasi yang dituju kira-kira jam 2.15 petang.

KiSS M

Terdapat dua tugasan, individu dan berkumpulan. Tugasan individu yang li perolehi berbunyi 'Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah *menghindarkan diri daripada memberi atau menerima 'suapan'. Nyatakan takrifan 'suapan'.' manakala tugasan berkumpulan terbahagi kepada dua soalan, iaitu "Apakah peranan penilaian Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam yang perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan" dan "Terdapat 7 prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Jelaskan peringkat-peringkat tindakan yang terkandung dalam 4 daripada prinsip-prinsip ini.".

*Tugasan individu kelihatannya mudah, namun berkumpulan agak sukar sedikit. Namun, tiada masalah sebenarnya. Yang penting, 'rajin dan usaha tangga kejayaan' (li amik ayat ini dalam buku teks Pendidikan Moral tingkatan 2, yelah, hari nie kena ngajar bab tu pada budak2..he)

Wassalam.


PS : simbol * menunjukkan li tersilap ejaan, namun telah diperbetulkan. Maaf.

Isnin, 28 Mac 2011

|Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit|

Bismillah.

Bulan ini, cuma sebuah buku sahaja yang sempat li capai di kedai buku, itu pun beli di Kedai Buku Popular, sambil-sambil membeli buku latihan untuk Ateh dan Dila (adik li yang bungsu dan kedua bungsu). Buku yang dibeli bertajuk "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan permakanan, rahsia puasa, gerakan dalam solat dan sebagainya.

Buku + majalah bulan ni


Selain daripada itu, ada juga li beli buku, tetapi dalam kategori majalah iaitu Majalah Pengantin keluaran April 2011 dan Majalah Al-Islam keluaran April 2011. Pemilihan majalah Pengantin kerana majalah ini sarat dengan maklumat tentang hantaran-hantaran yang pelbagai serta gaya tudung bagi pengantin (tapi mama li kata cantik lagi tudung biasa daripada tudung-tudung yang dililit ntah ape fesyen ntah).

Majalah Al-Islam pula li pilih kerana terdapatnya rahsia bunga mawar yang jarang kita ketahui, iaitu tentang kelopaknya. Selain itu, wasiat yang diselewengkan serta rahsia malam jumaat yang sering dimomokkan dengan cerita-cerita hantu. Untuk maklumat lanjut, carilah di kedai-kedai buku yang berhampiran. Selamat membaca.

Wassalam.

Sumber:

Khamis, 24 Mac 2011

~PeRMaTa YaNG DicARi~

Laisalaha mindunillahi kaashifa...



Kenapa sejak dua menjak ini rasa tidak tenteram. Adakah kerana dia, ataupun kerana diri ini yang tidak sebegitu sempurna. Dan adakah terlalu banyak tugas kena selesaikan, makanya mengusutkan kepala. Dan adakah aku tidak bersyukur dengan pemberianMu, ya Allah?

Kesimpulannya, jangan putus asa. Wassalam.

Rabu, 23 Mac 2011

SuRaT UNTuK Li (21 Mac 2011)


Alhamdulillah, li dengan ini dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 P1T4, syukur terhadapNya.

Surat lantikan li

tarikh lantikan li


:D
Wassalam.

Selasa, 22 Mac 2011

JaDuaL Li 2011 (4)

Bismillahirrahmanirrahim

Jadual berubah lagi. Kali ini, li diarahkan untuk mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, 4 waktu bagi tingkatan 2. Oleh itu, waktu bagi subjek sivik dikurangkan sebanyak 4 waktu juga, menjadikan waktu mengajar li seminggu sama seperti yang lepas, 25 waktu, alhamdulillah.

JaDuaL MiNi Li 2011 (4)

Menjadi persoalan sekarang (takde masalah pun sebenarnya) adalah mencari Huraian Sukatan dan Sukatan Pelajaran PJK. Mudah rasanya untuk dicari iaitu di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Wassalam.

Jumaat, 18 Mac 2011

KaD KreDiT Li

La haula wala quwata illa billah...

Kad Kredit li

Cantikkan kad kredit ini. Inilah kad kredit yang li terima pada tahun lepas (kalau tak silap, bulan 12 kot). Li sebenarnya tidak ada keperluan untuk menggunakan kad kredit ini, dan li tidak minta pun kad kredit ini untuk li simpan. Jadi, macamana li boleh terima kad kredit ini?

Ceritanya begini, li mendapat panggilan daripada Maybank center, mengatakan li terpilih untuk menggunakan kad kredit Visa Maybank Petronas. Memang pada mulanya li tidak berminat, namun mungkin waktu itu li jahil, terpengaruh dengan kata-kata promoter, boleh disimpan dahulu dan digunakan waktu terdesak, li pun memberikan alamat rumah li (sebenarnya alamat sekolah) dan kata li setuju. Oleh itu, li pun dapat kad kredit, walaupun li sudah ada kad debit Maybank (yang ada gambar epal tu).

Penyata 1

Babak yang tidak menyeronokkan, li telah menerima penyata kad kredit tersebut, mengatakan li perlu membayar RM50. Terkejut juga li, belum pun li menggunakan kad kredit tersebut, sudah di caj RM50. Kemudian li terfikir, andai li menggunakan kad tersebut, memang pasti kena caj juga.

Penyata 2

Jadi, pilihan li sekarang, li perlu pulangkan kad tersebut dan meminta penjelasan, mengapa perlunya li di caj RM50 sedangkan li belum menggunakannya (kalau tak caya, kad kredit tu pun masih kat kertas dia lagi, bergam lagi dan li tak usik pun, pelik3).

Kesimpulannya, seperti yang selalu diperkatakan oleh penyampai IKIM.fm lebih kurang berbunyi, "Jika anda bijak menggunakan wang tunai, mengapa perlunya menyusahkan diri menggunakan kad kredit". Wassalam.