Memaparkan catatan dengan label BuKu PiLiHaN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BuKu PiLiHaN. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mac 2012

| PRiNSiP PeRaKauNaN: SaSBaDi KeRTaS SoaLaN SPM TaHuN-TaHuN LePaS 2005-2011 |

Alhamdulillah, dapat lagi buku percuma dari Sasbadi. Subjek Prinsip Perakaunan, soalan-soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas. Memang tengah cari buku-buku rujukan, untuk menyiapkan tugasan bagi kerja rumah anak murid.

Buku untuk bulan mac 2012

Kandungan dia, kertas soalan tahun-tahun lepas, yang disediakan dengan jawapan dan dibukukan.
Sekian.

Li- harga dia RM8.90, En. Andy Goh yang beri. No h/p dia 013-7549058. Dia beritahu boleh bagi 15% diskaun.

Jumaat, 20 Januari 2012

| PRiNSiP PeRaKauNaN: NeXuS SPM A+, BooSTeR A+ TiNG 4 & 5 |

Alhamdulillah, segala puji yang layak hanyalah untukNYA, yang menguasai hari pembalasan.

Buku kali ini 100% daripada Sasbadi (kerana dapat percuma dari pembekal, alhamdulillah), yang diberi oleh En. Andy Goh (013-7549058; andygoh@sasbadi.com).

3 buku daripada Sy. Sasbadi Sdn. Bhd.

Li rasa tidak perlu li huraikan lebih lanjut, kerana sebelum ini pun li ada beri sedikit penerangan berkaitan syarikat buku Sasbadi ini. Secara keseluruhannya, buku aktiviti KBSM Booster A+ tingkatan 4 dan tingkatan 5 Prinsip Perakaunan tidak jauh berbeza dengan buku Axis KBSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Prinsip Perakaunan (kerana penulisnya pun orang yang sama).

Buku Nexus SPM A+ Prinsip Perakaunan pula lebih kepada buku rujukan, yang menghuraikan lebih lanjut kandungan buku teks. Memberi lebih nota dan kefahaman untuk li menerangkan kepada murid-murid.

Kesimpulannya, buku teks adalah keluaran Sasbadi, oleh itu rujukan yang paling sesuai untuk tujuan peperiksaan juga seharusnya keluaran Sasbadi, namun bagi tujuan meluaskan pengetahuan, rujukan-rujukan lain juga diperlukan terutamanya untuk mereka bergelar guru. Wassalam.

li- Jimat li bulan ni, terima kasih Sasbadi Sdn. Bhd. :)

Rabu, 30 November 2011

| APaBiLa HaTi RiNDu MeNiKaH |

Bismillah, segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Pada kali ini, li memilih buku APaBiLa HaTi RiNDu MeNiKaH, karya Mas Udik Abdullah, berkaitan dengan bab Munakahat. Dengan muka hadapan berwarna merah jambu, dihiasi bunga mawar dan cincin di jari kelingking, menarik minat li untuk lebih mengetahui isi kandungannya.

Buku pilihan bulan ini...

Buku yang mengandungi 5 bab ini berharga RM15, keluaran PTS Millennia Sdn. Bhd. Antara kekuatan buku ini yang berjaya menarik hati li untuk memilikinya adalah berkaitan bab 4, iaitu 'Apabila Hati Ragu Mahu Menikah dan Cara Mengatasinya' kerana alasan-alasan ini ada dalam diri li.

Kesimpulannya, menuntutlah ilmu walaupun ilmu itu diluar bidang tugas kita, kerana ianya tetap berguna dan dapat digunakan apabila tiba masanya.

li- Buku oh buku, amalan oh amalan...

Khamis, 20 Oktober 2011

| EFFeCTiVe PRaCTiCe : MaTHeMaTiCS F2, MaTeMaTiK T4, PRiNSiP PeRaKauNaN T4 & PRiNSiP PeRaKauNaN T5 |

Alhamdulillah, li telah mendapat naskah contoh buku keluaran Oxford Fajar jenis latihan tropikal. Buku ini diberi oleh Kedai Pontian Book Centre, melalui En Sam.

NaSKaH PeRCuMa... SYuKuR

Keempat-empat buku keluaran Oxford Fajar ini diterbitkan kali pertama untuk tahun 2012, mengandungi nota ringkas, diikuti soalan objektif dan diakhiri soalan subjektif bagi setiap bab. Buku ini juga mengandungi soalan penilaian akhir tahun satu set dan diakhiri dengan skema jawapan.

Secara keseluruhannya, buku ini membantu li 'menyediakan' soalan dan latihan kepada pelajar li untuk tahun hadapan. Wassalam.

Li- Syukur, jimat li bulan ini...:)

Selasa, 13 September 2011

|1201 Question Bank Mathematics Form 2 & Hybrid Max Revision Guide Mathematics PMR|

Alhamdulillah, seperti yang dijangkakan, li telah membeli buku rujukan Matematik bagi tingkatan 2 untuk tujuan P&P. Buku yang menjadi pilihan li ialah buku 1201 Question Bank Mathematics Form 2 yang diterbitkan oleh Pan Asia Publications Sdn. Bhd. dan buku Hybrid Max Revision Guide Mathematics PMR keluaran Federal - Marshall Cavendish Education. 

RuJuKaN MaTHs F2

Buku pertama merupakan buku latih tubi, beserta dengan nota ringkas. Kandungan buku ini baik dan mudah difahami. Buku kedua pula ialah buku rujukan PMR, iaitu mengandungi silibus tingkatan 1, 2 dan tingkatan 3. Buku ini ditulis dalan dwibahasa, menarik dan mengandungi rumusan keseluruhan setiap bab di setiap permulaan bab.

Kesimpulannya, usah sayang duit untuk membeli buku (ilmu) kerana dengan membaca, ilmu itu dapat ditingkatkan dan dikembangkan. Wassalam.

Li- Buku teks Matematik tingkatan 2 li tak dapat lagi, syukur ada buku rujukan, boleh dijadikan panduan untuk mengajar hari ini.


Jumaat, 9 September 2011

|YouNG PeoPLe's SCieNCe DiCTioNaRY|

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

D-i-c-t-i-o-n-a-r-y... Kamus? Kenapa li pilih kamus sebagai buku pilihan pada bulan ini (September 2011)? Siap ada gambar belalang, bunga, berkulit tebal dan yang sensitifnya, warna hijau (sensitif ke?).

DiCTioNaRY

Hendak dijadikan cerita, buku ini li beli di Benut, semalam (yup, waktu malam). Li temankan Hatta untuk beli cerek air (dia tak nak kongsi, katanya senang nak pindah nanti, dia bawak terus, tak perlu dibahagi dua). Olh itu, terlanjur pergi ke sana, li terlihat sudut buku-buku. Dan yang menarik minat li untuk membeleknya kamus inilah. Harganya RM5 sahaja.

Kamus ini berketebalan 128 muka surat, berajah dan bewarna. Berkulit tebal dan menyenaraikan definisi bagi Astronomi, Biologi, Kimia, Geografi, Geologi, Matematik, Perubatan, Fizik, Ruangan Sains dan Zoologi. Kandungannya menarik (sebab itu li beli) dan memang kategori kamus (mengandungi definisi dari A hingga M, kiranya tidak lengkaplah kan).

Untuk mendapatkannya? Li pun tidak pasti, tetapi sudah jadi koleksi buku-buku yang li telah miliki. Walau apapun, selamat membaca (tak kiralah buku apa sahaja pun). Wassalam.


Selasa, 16 Ogos 2011

|Pakej Istimewa- e-BooK KaeDaH JiBRiL|

Assalamualaikum...

Pakej Istimewa iaitu memahami & menghafaz surah Al-Quran cara mudah melalui 3 ebook dan 1 video telah selamat li terima pada 15hb Ogos 2011. Pada mulanya, li sangkakan pakej ebook ini diberikan melalui email secara link, namun rupa-rupanya diberi sebuah cd melalui Pos Ekspress. Alhamdulillah, lega rasanya sudah memiliki ebook berkenaan.

Pakej Istimewa


Secara ringkasnya 3 ebook tersebut adalah e-Book 145fakta, e-Book quranology dan e-Book kaedahjibril, serta video penerangan praktikal Kaedah Jibril secara step-by-step. Setelah li buat scanning, e-Book 145fakta berkaitan dengan isi kandungan Al-Quran yang kelihatannya soalan-soalan biasa, tetapi tidak mampu kita menjawabnya. E-Book quranology pula berkaitan perkara-perkara yang berlaku disekeliling Al-Quran, bermula dengan penurunan Al-Quran, pengumpulannya hinggalah kepada cara pembacaannya (bonus- kuiz yang dapat mengukur tahap iman kita).

E-Book kaedahjibril pula sudah pastinya berkaitan dengan kaedah menghafal Al-Quran yang mudah dan menyeronokkan. Apa yang menariknya, pakej ini juga memberikan tiket percuma untuk hadir ke seminar yang insyallah akan diadakan pada tahun 2013.

Kesimpulannya, RM45 untuk pakej tersebut adalah sangat berbaloi, insyallah, jika dibandingkan dengan pengalaman dan belanja yang telah ustaz keluarkan untuk memiliki ilmu tersebut.

Li- Pengalaman (termasuk kaedah cuba jaya) memerlukan masa bertahun-tahun, jadi nak mudah beli je RM45. Insyallah, target li, pada umur 28 tahun li dah hafal ayat-ayat Al-Quran. Amiiin.


Ahad, 14 Ogos 2011

| ISRaK MiKRaJ : TiNJauaN SaiNTiFiK Di SeBaLiK KoNTRoVeRSi|

Alhamdulillah...

Sedang asyik memilih buku yang hendak dibeli keluaran PTS, li telah dilencongkan ke bookcafe membuat promosi bagi bulan Ramadhan. Bookcafe merupakan kedai buku online PTS. Bila dilihat harga promosi sehingga 25%, terasa ingin mencuba membeli secara online. Buku pilihan li ialah Israk Mikraj : Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi, nurkilan Armansyah. Buku ini berketebalan 203 muka surat (ikut pandangan li) dan setelah promosi, berharga RM12.

BuKu PiLiHaN OGoS 2011

Li pun cuba mendaftar sebagai ahli bookcafe (daftar dulu, baru boleh beli), dan untuk langkah seterusnya, li ikut sahaja arahan yang diberikan. Hasilnya, dalam masa 3 hari, li sudah terima buku tersebut melalui pos laju, Alhamdulillah.

Buku ini berkisar kepada mukjizat Baginda yang menjadi perbualan masyarakat pada zaman dahulu lagi selain mukjizat pembelahan bulan (seperti sinopsis yang ada di bookcafe. Mempunyai 27 bab di dalam 3 bahagian. Untuk maklumat lanjut, layari PTS. Wassalam.

PoS LaJu

Li- Pengalaman pertama membeli buku secara online di bookcafe, Alhamdulillah, tiada masalah. Total bayaran RM20 je, termasuk kos penghantaran. Dapat penanda buku lagi.

Isnin, 27 Jun 2011

|Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad|

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, selesai sudah membuat laporan mingguan di Dataran Nilam, SMK Telok Kerang waktu perhimpunan tadi. Nama pun dah laporan, makanya li membaca sahajalah, tidak perlu dihuraikan.

BuKu PiLiHaN BuLaN JuN 2011
Buku pilihan li kali ini ada berkaitan dengan kerasulan baginda, walaupun ditentang, namun diakui oleh musuh-musuh baginda. Dimulai dengan pengakuan kitab-kitab daripada kepercayaan, bukti al-Quran itu benar dan pengakuan tokoh-tokoh bukan Islam tentang kebenaran Baginda. Buku ini sesuai untuk semua, tiada halangan bagi sesiapa yang ingin menambahkan keimanan dan pengetahuan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman PTS.

Wassalam.

Rujukan:
PTS Publications & Dustributors Sdn Bhd

Isnin, 9 Mei 2011

|AXiS KBSM TiNGKaTaN 4 PRiNSiP PeRaKauNaN|

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Latihan PA

Bulan ini, tiada buku cerita, novel mahupun majalah yang ingin li beli terutama selepas membeli hP baru (mana taknya, habis RM510 sebab beli sebiji hP, nasib baik sebiji je kena beli, kalau dua biji, tiga biji, conform kebulur li bulan ni..he). Namun, sebagai rujukan dan 'kepentingan lain', li pun beli buku Axis: Prinsip Perakaunan Tingkatan 4.

Setelah selak sehelai demi sehelai, dan membuat perbandingan dengan Bravo!: Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, tiada perubahan diantara kedua-dua kandungannya (yelah, dua-dua terbitan Sasbadi, tahun je yang lain). Namun yang buat li berkerut, keluaran Bravo! lebih baik daripada Axis (maaf dimohon sekiranya tersilap), mungkin kesilapan teknikal, ruangan jawapan bagi jurnal am di muka surat 36 dibuat dalam format jurnal khas. Walau bagaimanapun, tiada masalah sebenarnya, cuma risau dengan pelajar-pelajar yang baru menjinak-jinakkan diri dengan subjek Prinsip Perakaunan terkeliru.

Kesimpulannya, li suka buku-buku terbitan Sasbadi, kerana hampir semua rujukan li keluaran Sasbadi. Terima kasih Sasbadi menerbitkan bahan-bahan yang bermutu.

Sebelum li akhiri coretan li kali ini, li nak kongsi gambar hP li dahulu dan yang sekarang. Namun bukan yang li rakam gambarnya, tetapi li edit dan lebih kurang bentuk dan warnanya. Wassalam.

1 hP, warna je tukar..

hP terkini...

PS: Harap-harap lepas nie kalau ada suku sakat Sasbadi terlencong ke laman li, depa boleh bagi buku percuma kat li sebab promotekan buku depa...he

Isnin, 11 April 2011

|Hadis + Pasport|

Assalamualaikum...

Dua buah buku menjadi pilihan li pada bulan ini iaitu Biografi Muhammad Rasulullah s.a.w (dalam bentuk pasport dan berwarna) dan Hadis 40 Imam Nawawi (dihuraikan dengan intisari padat dan ringkas serta bergrafik warna penuh).

Buku bulan April 2011

Kedua-duanya buah buku ini mempunyai tarikan tersendiri sehingga menyebabkan li teringin untuk memilikinya. Buku yang berbentuk pasport ini iaitu buku Biografi Muhammad Rasulullah s.a.w adalah mengenai diri baginda dan mereka yang berada di sekeliling baginda. Apa yang menariknya, buku ini menyenaraikan nama-nama isteri baginda dan juga senjata-senjata yang pernah baginda gunakan ketika hayat baginda.

Bagi buku Hadis 40 Imam Nawawi pula, disenaraikan sebanyak 42 buah hadis yang seharusnya diketahui oleh umat Islam sekurang-kurangnya. Walaupun li sudah memiliki sebuah buku yang juga mengandungi hadis 40 (ketika li berada di sekolah agama darjah enam dan juga digunakan ketika darjah khas), namun memiliki buku hadis ini satu keseronokan kerana mempunyai isi dan kandungan yang berwarna dan menarik untuk dibaca. Disamping itu, buku ini memudahkan li untuk membuat rujukan di masa hadapan berkaitan dengan hadis-hadis utama yang wajar diketahui.

 Untuk maklumat lanjut, carilah di kedai-kedai buku yang berhampiran. Selamat membaca.

Wassalam.

Sumber:

Isnin, 28 Mac 2011

|Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit|

Bismillah.

Bulan ini, cuma sebuah buku sahaja yang sempat li capai di kedai buku, itu pun beli di Kedai Buku Popular, sambil-sambil membeli buku latihan untuk Ateh dan Dila (adik li yang bungsu dan kedua bungsu). Buku yang dibeli bertajuk "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan permakanan, rahsia puasa, gerakan dalam solat dan sebagainya.

Buku + majalah bulan ni


Selain daripada itu, ada juga li beli buku, tetapi dalam kategori majalah iaitu Majalah Pengantin keluaran April 2011 dan Majalah Al-Islam keluaran April 2011. Pemilihan majalah Pengantin kerana majalah ini sarat dengan maklumat tentang hantaran-hantaran yang pelbagai serta gaya tudung bagi pengantin (tapi mama li kata cantik lagi tudung biasa daripada tudung-tudung yang dililit ntah ape fesyen ntah).

Majalah Al-Islam pula li pilih kerana terdapatnya rahsia bunga mawar yang jarang kita ketahui, iaitu tentang kelopaknya. Selain itu, wasiat yang diselewengkan serta rahsia malam jumaat yang sering dimomokkan dengan cerita-cerita hantu. Untuk maklumat lanjut, carilah di kedai-kedai buku yang berhampiran. Selamat membaca.

Wassalam.

Sumber:

Jumaat, 4 Februari 2011

IMPiaN Li - PeRPuSTaKaaN MiNi

Bismillah.

Bermula bulan ini, li ingin berkongsi buku-buku yang li beli untuk di kongsi bersama. Tujuan li bukanlah untuk menunjukkan li banyak duit, tetapi matlamat jangka panjangnya, li teringin membina sebuah perpustakaan mini di dalam mahligai yang insyallah, akan li bina sebelum li pencen nanti.

Oleh itu, perpustakaan itu nanti akan li penuhi dengan buku-buku yang li telah beli dan yang sedia ada, untuk bekalan hari tua. Walaupun ada yang kata membazir membeli buku, bukankah elok jika meminjamnya, tidak perlu keluar duit, dan tidak perlu jaga buku itu dengan sebaiknya, namun, berapa ramai warga emas yang masih pergi ke perpustakaan ataupun yang meminjam buku dari rakan-rakan mereka?

beli 3 percuma 1
Li telah membeli 3 buah buku iaitu buku 'Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik', 'Petua Menjadi Manusia Pintar-Cergas' dan buku 'Supaya Poket Tidak Kosong Lagi' serta menerima sebuah buku percuma iaitu buku '101 Jenis Doa Serta Terjemahannya'.

Li beli buku-buku tersebut di Tesco, keseluruhan harganya RM50.50. Setakat ini, li sudah habis membaca buku 'Supaya Poket Tidak Kosong Lagi', yang pengarangnya lebih menekankan konsep berjimat dan Menabung. Baiklah, berjumpa lagi di lain hari.

Wassalam.

 Sumber:
1. Mustread Sdn. Bhd
2. Syarikat Jaffar Rawas Sdn. Bhd.
3. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Mrs Ahmad