Isnin, 25 Januari 2010

SuRaT TaWaRaN PeLaNTiKaN SeBaGai GuRu SaNDaRaN TeRLaTiH SiSWaZaH


Bismillahi Rahmani Rahimi.

Berikut adalah sebahagian isi kandungan surat yang li terima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, yang berkait langsung dengan diri li.

- Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran, bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan ini melantik tuan/puan sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSST) dengan dibayar elaun bulanan sebanyak RM 1901.80 dalam tangga elaun DC41:T5 RM 1901.80 - T10 RM2354.05.

- Tawaran pelantikan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat pelantikan dan perkhidmatan seperti di Lampiran 'A'.

- Bagi melengkapkan urusan pelantikan ini, tuan/puan adalah dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut:-

i) meneliti syarat-syarat pelantikan dan perkhidmatan yang dinyatakan di Lampiran 'A';

ii) melapor diri kepada Pengetua/Guru Besar Sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Negeri;

iii) melengkapkan Surat Akuan Penerimaan Pelantikan (5 salinan) dan Surat Akuan Sumpah (1 salinan) yang disertakan bersama-sama ini;

iv) mengemukakan satu Surat Akuan Penerimaan Pelantikan dan Surat Akuan Sumpah ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tuan/puan melapor diri ke sekolah;

v) mengemukakan satu salinan Surat Akuan Penerimaan Pelantikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua/Guru Besar sekolah di mana tuan/puan berkhidmat;

vi) mengemukakan satu salinan Surat Tawaran Pelantikan kepada pihak pentadbiran sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi urusan pembayaran elaun; dan

vii) menyimpan salinan asal Surat Tawaran Pelantikan untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran semasa sesi temuduga untuk pelantikan tetap.

Begitulah antara isi kandungan surat pelantikan yang li terima, masih lagi 'sandaran', dan masih belum diiktiraf mendapat gaji. Walau bagaimanapun, syukur kepadaNya, sekurang-kurangnya li telah dapat tugasan dan tanggungjawab yang memang ingin li pikul, bertujuan untuk membina anak-anak bangsa yang boleh dijadikan sumber manusia kelas pertama dan juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara; dengan pokok pangkalnya, ikhlas keranaNya.

Jumpa lagi di lain masa. Wassalam.

4 ulasan:

  1. salam..sy hana..
    nak tanya,
    tarikh surat tawaran lantikan = tarikh lapor diri ke?

    terima kasih
    wassalam

    BalasPadam
  2. Salam...
    Mengikut pengalaman li, tarikh lapor diri berkuatkuasa apabila kita melaporkan diri kepada pengetua di sekolah yang bakal kita berkhidmat. Mudah kata, tarikh surat tawaran lantikan sama dengan tarikh lapor diri, tetapi, kita diberi kelonggaran untuk melapor diri dalam masa sebulan dari surat tawaran lantikan tersebut. Dan sesudah tamat sebulan masih tidak melapor lagi, diandaikan kita menolak tawaran tersebut.

    BalasPadam
  3. sselamat sejahtera~nk tanya sikit~
    ssaya baru lepas KPLI dan tengah menunggu posting sekarang~dalam portal SPP, tarikh surat tawaran lantikan adalah 13/7/2011. tetapi sampai sekarang masih tidak mendapat apa-apa maklumat atau berita mengenainya.apa yang harus saya buat sekarang?dh call KPM, PPD semua pun suruh tunggu ja~adakah cikgu li ada terima sebarang surat sebelum tarikh surat tawar5an perlantikan?

    sekian terima kasih~

    BalasPadam
  4. Selamat sejahtera.
    Mengikut kata teman-teman li, seharusnya anda perlu posting dahulu sebelum menerima tawaran lantikan. Dan mereka menanyakan surat tawaran lantikan apa yang anda dapat?
    Tiada surat yang li terima, cuma dapat surat dan tempat untuk diberi taklimat sahaja. Jika KPM dan PPD pun dah kata macam itu, tunggu ajela. Xperlu risau.

    BalasPadam