Isnin, 14 Mac 2011

HaTTa BeRTuNAnG

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan kehendakNya. Juga bersyukur juga kepadaNya kerana li dapat kembali ke rumah dengan selamatnya. Sebenarnya, li baru kembali daripada mengiringi salah seorang rakan serumah li yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan sekaligus majlis merisik (kiranya dua dalam satula...he).

Perjalanan li

Perjalanan bermula pada hari Jumaat (11 Mac 2011) selepas waktu persekolahan dan bermulanya waktu cuti penggal pertama persekolahan. Kami berdua solat Jumaat di salah sebuah Masjid di Ayer Baloi, dan meneruskan perjalanan ke rumah ibu angkat Hatta. Minyak diisi penuh di pontian lagi (mencecah RM100 jugak), dan berehat seketika di salah sebuah perhentian di lebuhraya.

Setelah mengambil ibu angkat Hatta, kami meneruskan perjalanan ke rumah Hatta. Ada sedikit majlis kesyukuran dibuat dan kami bertolak pada waktu malam. Kami pergi dengan kekuatan kenderaan sebanyak empat buah (2 exora, 1 forte dan 1 wira) dan mengisi lagi minyak di salah sebuah Petronas di Segamat (kali nie, tambah RM50 je).

Memandu di waktu malam memerlukan kecelikan mata yang maksimum, kerana waktu malam merupakan waktu berehat sebenarnya. Namun, majlis pertunangan akan berlangsung juga pada hari sabtu (12 Mac 2011), oleh itu, terpaksa juga sampai sana sebelum jam 12 tengahari. Syukur kepadaNya, kami tiba di rumah tumpangan pada jam 8 pagi. Waktu yang ada li tidak sia-siakan, terus li ambil bantal dan tidur. Memang lena rasanya.

Gambar li menyebuk

Jam 12 tengahari, kami bertolak ke rumah bakal tunang Hatta, tidak jauh dari rumah tumpangan yang kami menginap. Majlis selesai jam 2 petang. Banyak juga yang diperbincangkan, mengenai tarikh pernikahan, walimatulurus, jumlah hantaran dan sebagainya. Kami pun pulang ke rumah tumpangan.

Pada petang harinya, kami pergi ke Pasar Payong. Nama pun pasar, makanya aktiviti yang dilakukan adalah membeli-belah. Harga memuaskan, perlu kemahiran tawar-menawar harga. Li beli cenderamata untuk keluarga li, kiranya ole-ole dari Terengganu (mana taknya, pertama kali menjejakkan kaki ke ganu, jadi perlu rasanya ada buah tangan). Kemudian singgah ke Masjid Kristal. Ada majlis pernikahan dilaksanakan.

Setelah itu, singgah ke Kampung Losong, tidak berapa jauh dari kawasan Masjid Kristal. Kampung ini terkena dengan keropok lekor Losong. Harga juga memuaskan. Sesudah itu, kami pun beredar ke rumah persinggahan semula. Waktu malam, li tidak pergi ke mana-mana. Setelah selesai solat jamak maghrib dan isyak, li terus lena sampai ke subuh.

Nak balik dah nie

Pada hari ahad (13 Mac 2011), kami bergerak balik ke Serkam, Melaka. Kami meninggalkan Hatta di Terengganu. Kami singgah di Petronas mengisi minyak (habis RM85) dan seterusnya ke Pantai Cherating untuk berehat sebentar serta makan tengahari. Kami meneruskan perjalanan dan sampai di rumah Hatta pada jam 8.30 malam. Dan akhirnya, sampai di rumah jam 10.00 malam.

Begitulah perjalanan li mengikuti rombongan meminang bagi pihak Hatta. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan