Ahad, 13 Februari 2011

LaRiaN PeRDaNa & SeKKoP123

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, li telah berjaya menyempurnakan 'Larian Perdana Mahkota Johor' yang diadakan di sekolah li. Sungguh penat rasanya, mana tidaknya, lama sudah tidak berjogging, apatah lagi berlari. Namun, li berjaya memenangi tempat pertama di kalangan guru-guru (yelah, semua yang masuk bertanding senior-senior li dan ada yang dari kategeri warga emas..hehe..jangan marah).
sijil li

Kemudian, li terlibat dengan bengkel SEKKOP123, iaitu bengkel bagi memudahkan guru-guru koperasi dan juga Ahli Lembaga Koperasi (ALK) sekolah menyediakan Penyata Kewangan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. ANGKASA pula adalah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, sebuah badan yang mengumpulkan koperasi-koperasi yang ada di Malaysia di bawahnya bagi perkongsian ilmu (maklumat lanjut, cari di internet).

li telah mengikuti 'Kursus Wajib Koperasi' yang telah diadakan di hotel paling popular di Batu Pahat (kerana kes skandal) pada 28 - 30 Julai 2010, iaitu selama 3 hari. Untung sungguh dapat mengikuti kursus di bawah ANGKASA ini, serba serbinya mewah (mewahlah, sebab li dapat bilik hotel yang ada tub, tapi bimbang jugak, mana tau ada kamera, malas fikir, buat tak tahu je).

SEKKOP123

Berbalik kepada SEKKOP123, perisian ini memudahkan koperasi sekolah (li rasa SEK untuk sekolah dan KOP untuk koperasi kot) menyediakan Penyata Kewangan dengan memasukkan data-data urus niaga yang telah berlaku sahaja. Mudah kata, pengguna perisian ini hanya perlu memasukkan maklumat mengenai urus niaga yang berlaku sahaja dan selebihnya, perisian yang akan menganalisa, memberi kesimpulan dan laporan.

SEKKOP123

SEKKOP123 Perakaunan merujuk kepada kemasukan data urusniaga manakala SEKKOP123 Anggota pula merujuk kepada syer-syer ahli di dalam koperasi. Secara keseluruhannya, perisian ini mudah dan mesra pengguna. Terima kasih kepada saudara Faizal kerana mengajar kami cara menggunakan SEKKOP123 ini. Dan terima kasih juga kepada cikgu Zaiton, kerana telah menyediakan Penyata Kewangan secara manual dengan lengkapnya (jadi li cuma pindahkan data yang dah disediakan oleh cikgu Zaiton ke dalam perisian je, tak perlu kira-kira lagi..he).

Baiklah, itu sahaja laporan merangkap pengalaman li untuk hari kelmarin (Sabtu, 12 Februari 2010, 9 RabiulAwal 1432H). Jumpa lagi, wassalam.

Jumaat, 11 Februari 2011

~KeLuaRGa BaHaGia~

Bismillahirrahmanirrahim

Tadi pagi, kelas tingkatan 5S, li mengajar subjek sivik. Topik pada hari ini bertemakan hubungan kekeluargaan. Pada unit 3, iaitu Persiapan Membina Keluarga Ke Arah Pembentukan Masyarakat Mapan, li telah sediakan lirik lagu Keluarga Bahagia daripada kumpulan Hijjaz.

Waktu mengajar, li mendendangkan lagu tersebut dan sambutan sungguh menggalakkan. Para pelajar bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. Berikut adalah lirik lagu dan videonya:


"Keluarga Bahagia"

Sedamai taman firdausi,
Limpahan kasih sayang sejati.
Seharum semerbak kasturi,
Mengharumi hidup insani.

Indahnya damainya,
Keluarga yang bahagia.
Itulah idaman impian setiap insan,
Yang dahagakan belaian,
Serta kasih dan sayang.

Ketika insan lain berbahagia,
Bersama keluarga,
Namun kita masih meniti,
Titian rapuh perhubungan.

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya.
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya.

Ayuhlah bina semula,
Keluarga diredhai Allah.

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan,
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih.
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu.
Marilah kita bina bersama-sama,
Keluarga bahagia.

Dendangan : Hijjaz

Setelah selesai menyanyikan lagu tersebut, soalan-soalan daripada buku teks pun li berikan kepada pelajar, iaitu berkaitan dengan keluarga bahagia. Dengan sambutan yang menggembirakan tersebut, kemungkinan besar, li akan cuba aplikasikannya kepada pelajar tingkatan 5 yang lain, iaitu tingkatan 5K, 5A dan 5L. Semoga pelajar berasa seronok untuk belajar, insyallah.

Wassalam.

Sumber : LirikNasyid

Khamis, 10 Februari 2011

JaDuaL Li 2011 (2)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, jadual baru telah keluar. Namun, waktu kelas ke-5 (antara 10.30am hingga 11.10am) kurang li minati. Ini kerana waktu rehat li biasanya berada di koperasi sekolah, makanya sering kali terlajak berada di koperasi. Oleh itu, hendak tidak hendak, perlu segera pergi ke kelas apabila habis sudah waktu rehat. Nampaknya, perlu lebih pantas bergerak.

JaDuaL MiNi Li 2011 (2)

Jadual kelas sama seperti dahulu waktunya, namun subjek Matematik tingkatan 5A telah digugurkan, dan diganti oleh subjek Modul tingkatan 5TM dan Sivik tingkatan 5K. Syukur, apabila dihitung, waktu mengajar berkurangan daripada 27 waktu kepada 25 waktu.

Secara keseluruhannya, li bersyukur kerana masih lagi diperlukan untuk berkhidmat di SMK Telok Kerang. Alhamdulillahi rabbil 'alamin.

Wassalam.

Selasa, 8 Februari 2011

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu SHaM!!

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat Pengantin Baru kepada saudara Noor Hisham dan pasangannya, serta kembarnya bersama pasangannya, semoga perkahwinan mereka berkekalan dan dibarkati hendaknya.

Ps: Maaf lambat dipaparkan. Walau bagaimanapun, tahniah.

Jumaat, 4 Februari 2011

IMPiaN Li - PeRPuSTaKaaN MiNi

Bismillah.

Bermula bulan ini, li ingin berkongsi buku-buku yang li beli untuk di kongsi bersama. Tujuan li bukanlah untuk menunjukkan li banyak duit, tetapi matlamat jangka panjangnya, li teringin membina sebuah perpustakaan mini di dalam mahligai yang insyallah, akan li bina sebelum li pencen nanti.

Oleh itu, perpustakaan itu nanti akan li penuhi dengan buku-buku yang li telah beli dan yang sedia ada, untuk bekalan hari tua. Walaupun ada yang kata membazir membeli buku, bukankah elok jika meminjamnya, tidak perlu keluar duit, dan tidak perlu jaga buku itu dengan sebaiknya, namun, berapa ramai warga emas yang masih pergi ke perpustakaan ataupun yang meminjam buku dari rakan-rakan mereka?

beli 3 percuma 1
Li telah membeli 3 buah buku iaitu buku 'Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik', 'Petua Menjadi Manusia Pintar-Cergas' dan buku 'Supaya Poket Tidak Kosong Lagi' serta menerima sebuah buku percuma iaitu buku '101 Jenis Doa Serta Terjemahannya'.

Li beli buku-buku tersebut di Tesco, keseluruhan harganya RM50.50. Setakat ini, li sudah habis membaca buku 'Supaya Poket Tidak Kosong Lagi', yang pengarangnya lebih menekankan konsep berjimat dan Menabung. Baiklah, berjumpa lagi di lain hari.

Wassalam.

 Sumber:
1. Mustread Sdn. Bhd
2. Syarikat Jaffar Rawas Sdn. Bhd.
3. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Mrs Ahmad

Khamis, 3 Februari 2011

ADa APa DeNGaN CeRMiN

Assalamualaikum dan selamat malam.

Li menulis pada waktu malam? Apa yang hendak li sampaikan?

Cermini diri anda sebelum anda dicermini

Baiklah, waktu li buat 'lawatan' ke blog-blog rakan-rakan, li terbaca mengenai cermin. Ada apa dengan cermin? Sebenarnya, bahaya sungguh si cermin ini. Tanpa kita sedari, cermin yang boleh beri si penggunanya tersenyum lebar, juga boleh menjadi mimpi ngeri padanya. Apa yang li nak beritahu sebenarnya ini?

Baiklah, untuk memudahkan cerita, berikut adalah panduan bagi pengguna cermin di tempat umum seperti di bilik persalinan, di tandas awam, dalam hotel dan sebagainya.

1. Bagi memastikan cermin itu benar-benar cermin, lakukan 'Ujian Jari' berikut:

Terdapat sedikit ruang antara jari dengan imej jari. Makanya, rakan-rakan bolehlah mempercayai cermin tersebut.
Cermin sebenar

Cermin 2 Muka
Tiada ruang antara jari dan imej jari. Cermin ini adalah 'cermin dua muka', juga dikenali sebagai kaca dua hala. Makanya, jangan gunakannya.

2. Jika rakan-rakan mahu juga menggunakan cermin tersebut, matikan lampu dan buatlah apa yang mahu dibuat, samada mahu menyalin pakaian, buang hajat dan sebagainya. Insyallah selamat.

Gelapnya...
Kesimpulannya, berhati-hati dan bersiaga. Wassalam.

Sumber:
1. Almy
2. Tod-Tod

Rabu, 2 Februari 2011

KaLeNDaR 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Coretan kali ini berhubung dengan laman pilihan dan laman yang li pilih berfokus kepada kalendar. Ini kerana li sedang mencari kalendar yang mempunyai tahun semasa 2011 beserta cuti-cuti umum di Malaysia. Dan akhirnya li pilih laman Portal Seven.

PortalSeven

Kelebihan laman ini bukan sahaja memenuhi ciri yang li kehendaki seperti di atas, malahan memaparkan jadual bagi waktu persekolahan di dua zon berbeza. Ianya juga memaparkan penerangan mengenai cuti-cuti yang terdapat di Malaysia, daripada cuti Tahun Baru Cina hingga ke cuti Natal.


Kalendar Li Di Fail

Cuti Am


Selain itu, rakan-rakan juga boleh melihat kalendar bagi tahun 2009 dan 2010 serta 2012 dan 2013. Cubalah.

Wassalam.