Sabtu, 9 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG (34) & Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti li di sekolah pada hari sabtu ini. Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Telok Kerang berakhir pada jam 1.00 tengahari. Tugas yang diberikan kepada li hanyalah sebagai urusetia pendaftaran. Kehadiran memuaskan, dan tiada masalah yang berlaku sepanjang majlis berlangsung.

PIBG & Anugerah Q

Cerita yang li nak beritahu berkaitan dengan pencapaian SPM sekolah li. Seorang pelajar mendapat 9A dalam SPM iaitu Nur Aqilah binti Samsudin, mendapat 7A juga seorang (Fakhrul Syahmi Azri bin Hasan), tiga orang mendapat 6A (Lee Zhi, Hariz Hamizan bin Abd Hamid dan Halimatun Saadiah binti Ismail) dan dua orang mendapat 5A (Nur Razidatul Aisyah binti Abd Razak dan Mohd Siddiq bin A. Aziz). Tahniah kepada mereka yang berjaya. Yang tidak berjaya, boleh berusaha lagi untuk peperiksaan @ ujian yang lain.

Bab cabutan bertuah pula, nombor li tiada dalam senarai. Oleh itu, menjadi pemerhati sahajalah walaupun hadiah sebanyak 24 buah disediakan. Walau bagaimanapun, syukur kepadaNya.

Wassalam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan