Jumaat, 8 April 2011

Keputusan Bola Sepak L15 MSSD Pontian 2011

Bismillah...

Syukur kepadaNya, pasukan bola sepak L15 SMK Telok Kerang mengambil tempat ke-2 daripada 10 buah pasukan yang mengambil bahagian. SMK Dato Yunus Mohd Sulaiman menjadi juara setelah berjaya menjaringkan 5 gol tanpa balas dan SMK Seri Perhentian menduduki tempat ke-3 setelah berjaya dalam sepakan panalti dengan menjaringkan 3 gol berbalas 2 gol oleh SMK Ayer Baloi.

Penyampaian pingat dan sijil disampaikan oleh GPK 1 dan majlis selesai pada jam 11.00 pagi. Pelajar-pelajar yang menyaksikan pertandingan sudah tidak kelihatan lagi, dan hanya beberapa pelajar sahaja yang sanggup menolong guru mengemas dan memulangkan kerusi di tempat asalnya. Begitulah senario yang berlaku, bukan sahaja di SMK Telok Kerang, li percaya di mana-mana pun sama. Bak kata pepatah, 'Habis madu, sepah dibuang'.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan