Ahad, 10 Julai 2011

UNiT KeReTa PeRoNDa PDRM


Cheras - 21 Mac 2011


Unit Kereta Peronda (MPV) berfungsi sebagai barisan hadapan (front liner), yang bertindak sebagai first-responder PDRM dan mengendali serta menangani segala kejadian yang dilaporkan kepada pihak Polis melalui Pusat Kawalan DCC/CCC dan MCC.


Unit Kereta Peronda ini juga bertindak sebagai penggerak utama dalam konteks pencegahan jenayah melalui konsep police omni-presence, mobile information centre, mobile bit base, face to face reporting, stop and talk serta sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTP).


Pagi ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras, satu taklimat  dari Jawatankuasa Penyemak/Penilai kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili YDH Ketua Polis Negara iaitu Taklimat Deraf Cadangan Penambahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A 112A - Unit MPV.


Taklimat telah disampaikan oleh Superintendan Mohd Anuar bin Osman, Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan KDN/KA. Antara yang disampaikan ialah Tambahan A 112A-Unit MPV yang menyentuh Bab I: Pentadbiran dan Penyelarasan, Bab II: Titik Cetus (Flash Point) dan Bab III: Standard Operating Procedures (S.O.P).


Setelah selesai taklimat, YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah dibawa melawat pameran prototype cadangan kereta peronda berkonsep baru serta presentasi peralatan Patrolmen MPV dan kenderaan MPV oleh vendor-vendor, antaranya ialah Naza Kia, Proton, UMW Toyota Motor, SGT Power, Lava Systems dan Salisa Trading Sdn. Bhd.


Ps: Dah hampir 4 bulan baru perasan, kereta polis ada lagi yang terbaru disamping Evo-X... fadli, fadli...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan