Khamis, 16 Disember 2010

~MaNa MiLiK KiTa~

Bismillah...

Lagi sekali kita bertemu kembali. Asyik-asyik lagu sahaja. Namun kali ini, li ingin berkongsi dengan lagu yang selalu berkumandang di ikim.fm. Mana tidaknya, asyik berulang alik dari Pontian ke Muar, Muar ke Pontian. Sebabnya? Kerana li ditugaskan menjaga peperiksaan SPM untuk tahun ini.

Ramai yang kata bertuahnya, sebab baru setahun jagung mengajar, sudah dapat menjadi pengawas. Yang menyeronokkan, lantikan kepada jawatan timbalan ketua pengawas. Alhamdulillah. Rezeki daripadaNYA.

Kembali kepada topik asal. Mari sama-sama kita menghayati lagu ini:




"Mana Milik Kita"

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita.
Semua yang ada
Allah yang punya.

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja.
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya.

Kita, Allah punya
Bumi, langit ciptaanNya.
Miliklah apa saja
tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya?
Tidak ada kepunyaan kita.
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada.

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita.
Semua yang ada
Allah yang punya.

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja.
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya.

Mengapa kita sombong
memiliki Allah punya?
Mengapa tidak malu
kepada Allah yang empunya?

Patut bersyukur kepada Allah
yang memberi segalanya.
Malulah kepada Allah
kerna milik Ia punya.

Janganlah berbangga
apa yang ada pada kita.
Kalau Allah tidak beri
kita tidak punya apa-apa.

Janganlah mengungkit,
mengungkit jasa kita.
Jasa kita disisiNya,
yang sebenarnya Allah punya.

Marilah kita bersyukur
bukan berbangga.
Bersyukur kepada Allah
bukan mengungkit jasa.

Gunakanlah nikmat Allah itu
untuk khidmat kepadaNya.
Selepas itu lupakan saja,
agar tidak mengungkit-ungkitnya.

Mana Milik Kita?
Tidak Ada Milik Kita.
Semua Yang Ada
Allah Yang Punya.

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja.
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya.

Dendangan : Rabbani

Subhanallah, sungguh mendalam dan menusuk kalbu lagu ini. Kalau diteliti, memang semuanya milik DIA. Kita hanya mengusahakannya.

Wassalam.

Sumber: Cinta Kedamaian

Selasa, 14 Disember 2010

LaGu DiA UNTuK DiRiKu

Bismillah...

Entah kenapa sekarang ini terlalu sensitif pasal rumahtangga, suami isteri, anak-anak dan sebagainya, walaupun masih belum lagi sampai ke situ (Insyallah akan sampai juga, amin). Mana tidaknya, baru-baru ini, pergi ke kedai buku, terpandang buku bertajuk "Suami Isteri yang Akan Disiksa", dengan ilusi gambar yang sungguh menggerunkan, terasa sebak di dada.

Itu baru sahaja melihat kulit buku, isinya belum lagi. Terfikir juga dua tiga kali, hendak beli ke tidak. Namun gerak hati lebih mengatakan beli. Makanya, li pun membelinya, harganya tidak pun mencecah RM10.00. Namun, sehingga sekarang, ada sahaja seperti halangan untuk membacanya. Adakah kerana diriku belum bersedia, ataukah masih berdosa, tidak suci. Astaghfirullah.

Dan ini dia, lagu yang diberikan untuk diriku daripada dia. Terima kasih dinda. Mari sama-sama kita mendengarkannya.


"Saat Lafaz Sakinah"

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

 Dendangan : Far East

Wassalam.


Isnin, 1 November 2010

ADa APa DeNGaN AiR MaTa

“TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH”


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?"

Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


Khamis, 28 Oktober 2010

KeINSaFaN DaRiPaDa LiRiK LaGu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, lama sudah rasanya li tidak mengemaskini blog li yang tidak seberapa ini. Terima kasih pada rakan-rakan yang sudi bertandang di teratak li ini.

Kali ini, li ingin berkongsi lagu, lagu yang li ambil dari blog sahabat li, semoga beliau gembira selalu. Lagu yang terpilih ialah Muhasabah Cinta, kumpulan EdCoustic (li pun baru pertama kali mendengar nama kumpulan ini, selam perkenalan EdCoustic).

Berikut adalah lagunya:
[Mari menghayati]



"Muhasabah Cinta"

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Menyentuh hati bukan. Alhamdulillah, semoga dapat diambil ikhtibar daripada lagu tersebut (khususnya buat diri li yang semakin alfa ini).

PS: Li sudah menjadi salah seorang daripada ahli HPA (Herba Penawar Al-Wahida). Rakan-rakan bila lagi? RM30 sahaja. Banyak kelebihan yang dapat kita perolehi. Keterangan lanjut kunjungi klik di sini

Wassalam.

Sumber: Nur


Rabu, 1 September 2010

LuKiSaN ANaK MuRiD...

Bismillah...
Jadual sudah bertukar lagi, agaknya sudah masuk kali ke-5 bertukar jadual. Belum ada kesempatan lagi hendak ditayangkan. Tunggulah sedikit masa lagi.


Walaubagaimanapun, li hendak siarkan salah satu lukisan yang anak murid li bagi kat li. Sebagai koleksi li juga. Selamat terhibur. Wassalam.
[Lukisan Kyuubi]


Jumaat, 27 Ogos 2010

EDiT BLoG / LaMaN WeB RaKaN

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Semasa sedang asyik berjalan-jalan melayari internet, mencari maklumat mengenai kemerdekaan, terjelapuk jatuh di laman blog KITA BERTEMU KERANA ILMU. Apa yang ingin li kongsi mengenai tips mengedit blog / laman web orang lain tanpa perlu keizinan dari pemiliknya.


Menarik bunyinya, li pun mencuba. Memang menakjubkan. Oleh itu, li pun menyalin kod yang diberi iaitu:

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

dan memasukkan kod ini di address bar blog / laman web berkenaan.


[Contoh sebelum edit]

Kemudian tekan butang Enter. Dan bolehlah membuat apa yang dikehendaki seolah² blog / laman web tersebut kepunyaan sendiri. Cuma yang tidak bestnya, cuma kita sendiri sahaja yang nampak perubahan yang dilakukan, orang lain melihat blog / laman web yang asal.


[Selepas diedit / disunting]

Walaubagaimanapun, selamat mencuba. Tidak rugi mencuba. Boleh juga di simpan, seperti kata ERIYZA, "Bila anda sudah berpuas hati, anda boleh menyimpannya (save) sebagai kenangan"

Jumpa lagi. Wassalam.

Sumber: KiTa BeRTeMu KeRaNa ILMu

Khamis, 8 Julai 2010

SMK TeLoK KeRaNG SeKoLaH BeSTaRi

Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Kemunculan pada kali ini, ingin rasanya berkongsi mengenai status sekolah yang li berada sekarang ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian, telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Bestari Kategori Luar Bandar. Memang mengkagumkan. Mana tidaknya, Li ditempatkan di sekolah Bestari, sungguh membanggakan, walaupun Li belum 'menyumbangkan apa-apa kepada sekolah, setakat menumpang sahaja.

Oleh itu, setiap kali perhimpunan, akan berkumandangnya tiga (3) rangkaian lagu, iaitu Negaraku, Bangsa Johor dan Sek. Men. Telok Kerang, disertai lagu keempat, Jiwa & Minda.

Berikut adalah lagu Jiwa & Minda (lagu bagi Sekolah Bestari):
[Jom menyanyi]








“JIWA DAN MINDA”

Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya

Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan

Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T

Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.

(Muzik) La..la..la..la..la..
Du..du..du..du..du..du (Ulang)

Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T

Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya

Ciptaan Gubahan : Anuar Dahalan

Oklah, jumpa lagi di lain ketika. Wassalam.