Khamis, 29 Disember 2011

~MeNaNTi Di BaRZaKH~


li- Sedap lagu ini, untuk peringatan pada diri li yang selalu lalai.


Rabu, 28 Disember 2011

CuKai OH CuKai

Bismillah...

Berbicara mengenai gaji, alhamdulillah, mengikut SBPA (menggantikan SSM), gaji setiap kakitangan awam (terutamanya guru) pastinya meningkat. Dan secara serampang dua mata, li terperasan yang gaji li semakin hampir ke arah pemotongan gaji melalui cukai pendapatan. Dengan kata mudahnya, li akan 'dipaksa' untuk membayar cukai. Makanya, li mencari cara untuk mengelak cukai dengan cara yang berhikmah. Keputusannya, berikut adalah cara mudah bagi mengurangkan cukai pendapatan daripada dikenakan kepada kita.

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin
Tahun 2010
Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
9,000
2
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
5,000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas
5,000 (Terhad)
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)
5,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati
5,000 (Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh
500 (Terhad)
8
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
1,000 (Terhad)
9
Pembelian komputer peribadi untuk individu
3,000 (Terhad)
10
Tabungan bersih dalam skim SSPN
3,000 (Terhad)
11
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
300 (Terhad)
12
Yuran langganan Jalur Lebar
500 (Terhad)
13
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000
(Terhad)
14
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
3,000 (Terhad)
15
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
16
Anak di bawah umur 18 tahun
1,000
17
Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa
1,000
18
Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
4,000
19
Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
5,000
20
Insuran nyawa dan KWSP
6,000 (Terhad)
21
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa)
1,000 (Terhad)
22
Insurans pendidikan dan perubatan
3,000 (Terhad)

li- Memanfaatkan peluang yang diberikan... :)
Di dalam bab Penggajian, ada disentuh sedikit mengenai cukai pendapatan, namun penekanan lebih kepada KWSP, penerimaan dan pemotongan gaji.


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Rabu, 21 Disember 2011

TaFSiR AL-QuRaN BaHaSa MeLaYu

Dengan Nama Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi di laman blog li. Pada kali ini, li ingin berkongsikan dengan rakan-rakan, laman yang baru sahaja li lawati, iaitu laman Tafsir Al Quran Bahasa Melayu.

Laman Utama Tafsir Al-Quran Bahasa Melayu

Laman utamanya dihiasi dengan kandungan surah-surah yang terdapat di dalam kitab suci Al Quran, dimulai dengan surah Al-Fatihah sehingga surah An-Nas iaitu sebanyak 114 surah semuanya. Pada laman utamanya juga terdapatnya ruangan carian bagi rakan-rakan, berkaitan kandungan Al Quran itu sendiri. Selain itu, terdapat 6 butang utama di atas sebelah kanan laman ini iaitu Utama, Surah, Juz, Bacaan, English dan Hubungi Kami.

Dalam Inggeris

Butang Surah menyambungkan surah-surah yang terdapat dalam Al Quran pada halaman ayat yang pertama manakala butang Juz pula menyambungkan kepada halaman pertama setiap juz. Butang Bacaan mendendangkan bacaan yang disampaikan oleh Sheikh Mishary Rashed Alafasy, butang English pula memudahkan rakan-rakan yang mahu melihat tafsir Al Quran ini dalam Bahasa Inggeris, serta butang Hubungi Kami lebih kepada cadangan dan maklum balas bagi tujuan pemambah baikan blog ini.

Kesimpulannya, blog ini menambah koleksi kepada li untuk rujukan tafsir Al Quran yang telah sedia ada. Wassalam.

li- Syukur dan syukran kepada mereka yang berusaha dan terus berusaha untuk memberi kemudahan dan bantuan kepada umat Islam. Semoga usaha anda termasuk dalam amal jariah yang pahalanya berterusan, amin.  

Selasa, 20 Disember 2011

~RaSuL JuNJuNGaN~




Li- Selalu dengar lagu ini di ikim.fm. Rindunya kami kepadamu, ya Rasulullah s.a.w.
"Ya Allah... Masukkanlah kami di kalangan umat Nabi Muhammad yang memasuki Syurga tanpa dihisab... dan semoga kami adalah antara yang beruntung mendapat Syafaat nabi di akhirat kelak..."

Isnin, 5 Disember 2011

~Doa DHuHa~


Ya Allah, semoga dengan doa (rezeki) ini, berikanlah kelapangan dan kemudahan kepada anak-anak muridku untuk menjawab kertas peperiksaan SPM Prinsip Perakaunan pada hari ini. Dengan segala keindahan, kekuatan dan perlindungan, rahmatilah mereka.


li- ALL THE BEST to Irra, Mira, Miza, Husna, Amri, Haiqal, Nasri, Haziq, Rafi, Izzul, Naim, Faizal, Faezan, Haizan, Umai, Diana, Nadia, Nadilah, Amin, Sikin, Saufi, Mirul, Abu Zar, Sin Mei, Yi Rui dan Kai Jun. 


Rabu, 30 November 2011

BoLeH BeRJaLaN BeRBaNTuKaN ToNGKaT

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kami kecil...

Kelmarin (29 November 2011), li menghantar papa li ke klinik. Sebelum ini, adik li yang menghantarkannya untuk mencuci luka kaki papa. Adik li menghantar di Poliklinik Rashidi dan menerima cucian dengan baik sekali. Oleh kerana bayaran RM30, makanya li memilih untuk menghantar ke klinik kerajaan sahaja, iaitu Klinik Sungai Mati.

Cuma dibalut 4 helai kapas je...

Setiba li disana, li terus mengambil kerusi roda yang ada di dalam klinik, dan li perasan yang klinik pada ketika itu mempunyai ramai pesakit. Sesudah menurunkan papa di kerusi roda, sepupu li pergi ke kaunter dan menanya mengenai cucian untuk papa li. Orang yang jaga kaunter kata datang petang nanti. Bila ditanya berapa jam jika menunggu, dijawabnya datang petang sahaja.

Dalam perjalanan pulang semula ke rumah, singgah di Balai Polis Sungai Mati, untuk membuat laporan kemalangan. Kes papa li perlu merujuk ke Ledang. Oleh itu, perjalanan li diteruskan semula ke Ledang. Sampai sahaja di Ibu Pejabat Trafik Ledang, li letak kereta sebentar di hadapan pejabat trafik. Tidak sampai seminit, polis yang jaga pagar menyibuk, suruh li alihkan kereta. Li kata sekejap sahaja, tapi dipaksa suruh alihkan juga. Li kata nak jumpa Inspektor Shulul, dan li pun amik kerusi roda yang ada di balai, turunkan papa li dan menghantar papa untuk melaporkan kes dia.

Sebelum pulang ke rumah, li singgah ke Klinik Paya Mas. Mujur banyak doktor yang bertugas. Waktu mencuci luka, orang yang ditugaskan untuk mencuci luka papa hairan dan menanya mengapa tidak dicuci di Klinik Sungai Mati sahaja. Bila diberitahu kena hadir waktu petang, orang itu kata sepatutnya tidak boleh menolak pesakit. Dalam hati li kata baik juga orang ini. Tapi apabila siap dicuci, kapas yang digunakan cuma menutup kawasan pertemuan besi dan kulit sahaja, dan li rasa, seolah-olah li salah menilai orang. Mungkin hendak menjimatkan penggunaan kapas, tapi...

Kesimpulannya, jadilah warga Malaysia yang baik.

| APaBiLa HaTi RiNDu MeNiKaH |

Bismillah, segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Pada kali ini, li memilih buku APaBiLa HaTi RiNDu MeNiKaH, karya Mas Udik Abdullah, berkaitan dengan bab Munakahat. Dengan muka hadapan berwarna merah jambu, dihiasi bunga mawar dan cincin di jari kelingking, menarik minat li untuk lebih mengetahui isi kandungannya.

Buku pilihan bulan ini...

Buku yang mengandungi 5 bab ini berharga RM15, keluaran PTS Millennia Sdn. Bhd. Antara kekuatan buku ini yang berjaya menarik hati li untuk memilikinya adalah berkaitan bab 4, iaitu 'Apabila Hati Ragu Mahu Menikah dan Cara Mengatasinya' kerana alasan-alasan ini ada dalam diri li.

Kesimpulannya, menuntutlah ilmu walaupun ilmu itu diluar bidang tugas kita, kerana ianya tetap berguna dan dapat digunakan apabila tiba masanya.

li- Buku oh buku, amalan oh amalan...

Rabu, 23 November 2011

Ya Allah Ya TuHaNku, SeLaMaTKaNLaH PaPaKu...

Li sayang papa...

papa...

Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan...


Khamis, 17 November 2011

JaDuaL JG033 - QuRaN iN MaLaY - 1,3,4 & GaNJiLKaN

Bismillah-ArRahman-ArRahim
(Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang)

Alhamdulillah, banyak benda yang ingin li kongsi hari ini. Yang pertama, berikut adalah jadual tugasan li sebagai Pengawas SPM 2011 di JG 033.

JaDuaL JG 033

Kedua, li dapat berita yang adik li telah menerima keputusan UPSR. Dan seperti yang diharap-harapkan, dia mendapat 5A, syukur kepadaNya.

Ketiga, li dalam proses menghafal nama-nama surah Al-Quran, dan dalam pencarian, li telah singgah ke laman Terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu, dan sungguh menarik dan mengujakan.

Sebahagian laman Terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu

Keempat, malam tadi telah menghadiri tazkirah mengenai solat. Sudah siri ke berapa, tidak dihitung kalinya, namun berkisar kepada syarat sah solat, khusus kepada suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Hadas kecil dapat disucikan dengan berwudu' manakala hadas besar disucikan dengan mandi wajib. Penerangan berkaitan rukun wudu', anggota wudu', sunat wudu', dan yang menarik perhatian li berkaitan hukum wajib, sunat, makruh dan harus, terangkum dalam bilangan berapa kalinya ulangan setiap penyucian anggota wudu', iaitu 1, 3, 4 dan mengganjilkannya.

Setiap anggota wudu' wajib disucikan sekali, disunatkan 3 kali, namun apabila terlebih basuh (suci), dihukum makruh dan diharuskan selepas itu untuk mengganjilkan bilangannya. Wallahu'alam.

Wassalam.

Jumaat, 11 November 2011

BuKu PRoGRaM GRaDuaSi 2011

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Graduasi Tingkatan 5 2011 buat kali pertama di SMK Telok Kerang. Li ditugaskan bersama Cikgu Hatta untuk membuat buku Program. Ini dia muka hadapan buku Program tersebut.

Buku Program

Memang menggunakan tema hitam putih, kerana bagi tujuan menjimatkan kos warna. Rupa-rupanya, tindakan kami mengakibatkan mesin rezo meragam, kerana warna hitam terlalu banyak. Akibatnya, kami terpaksa membuatnya di kedai Alat Tulis Yoli di pekan Pontian. Sampai sahaja di sana, seorang aunty (pemilik kedai) mengesyorkan kami mengurangkan warna hitam kertas tersebut. Masa sekarang pada waktu itu jam 4.30 petang.

Selepas dihitung, perjalanan balik dan datang semula ke kedai mengambil masa 30 minit, mengubahsuai dianggarkan 1 jam, dan kami berjaya menyiapkannya dalam waktu yang ada. Jam 6.05 minit, kami sudah berada di kedai, dan aktiviti menyalin buku Program dilakukan oleh pihak kedai. Jam 7.35, kami datang semula ke kedai, dam proses menyalin masih giat dilakukan. Kelihatannya pekerja sedang menyiapkan buku Program kami, manakala seorang uncle (pemilik kedai) menjaga kedainya. Beberapa minit kemudian, aunty datang semula ke kedainya, dan membantu pekerjanya. Dengan menggunakan stapler besar yang baru dikeluarkan dari kotak, kerja menyiapkan buku Program dapat dipercepatkan.

Walaupun bewarna, setelah dicopy hitam putih, warna hitamnya tidak terlalu pekat

Tepat jam 8.00 malam, buku Program siap dihasilkan sebanyak 340 salinan. Harga yang dibayar lebih kurang RM173. Segala puji baginya, siap juga buku Program. Jika hendak diagih-agihkan tugas, tugas li cuma mengisi data di dalam buku Program sahaja, design dibuat oleh cikgu Hatta.

Keesokkan paginya, 11 November 22011, selepas siap melipat menjadi buku Program, cikgu Lee menegur, perasmi yang hadir adalah En. Ab. Rahim bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, bukannya timbalan beliau. Dalam masa yang ada, terpaksalah menukar buku Program yang utama dengan nama perasmi yang hadir. Alhamdulillah, keseluruhan majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada warga SMK Telok Kerang, yang berjaya mewujudkan dan melaksanakan Majlis Graduasi dengan jayanya. Syukur alhamdulillah.

Wassalam.


Jumaat, 21 Oktober 2011

LaNTiKaN PeNGaWaS SPM 2011

PeRLaNTiKaN PeNGaWaS SPM 2011


Maha suci Allah, dan segala pujian hanyalah untukNya. Perlantikan ini adalah kali kedua bagi mengawasi SPM dan kali pertama dilantik sebagai Pengawas SPM.

Harapan li, untuk melakukannya dengan keikhlasan hati. Amin.

Li- Ingat nak cuti di rumah je bulan Disember ni, sambil meraikan adik-adik li yang telah 'merdeka' daripada UPSR dan PMR, tapi, tanggungjawab tetap tanggungjawab...


Khamis, 20 Oktober 2011

| EFFeCTiVe PRaCTiCe : MaTHeMaTiCS F2, MaTeMaTiK T4, PRiNSiP PeRaKauNaN T4 & PRiNSiP PeRaKauNaN T5 |

Alhamdulillah, li telah mendapat naskah contoh buku keluaran Oxford Fajar jenis latihan tropikal. Buku ini diberi oleh Kedai Pontian Book Centre, melalui En Sam.

NaSKaH PeRCuMa... SYuKuR

Keempat-empat buku keluaran Oxford Fajar ini diterbitkan kali pertama untuk tahun 2012, mengandungi nota ringkas, diikuti soalan objektif dan diakhiri soalan subjektif bagi setiap bab. Buku ini juga mengandungi soalan penilaian akhir tahun satu set dan diakhiri dengan skema jawapan.

Secara keseluruhannya, buku ini membantu li 'menyediakan' soalan dan latihan kepada pelajar li untuk tahun hadapan. Wassalam.

Li- Syukur, jimat li bulan ini...:)

Isnin, 3 Oktober 2011

NoTiS TuNTuTaN CeLCoM !!!

Bismillahirrahmanirrahim

AMaRaN


Surat bertarikh 27hb September 2011 yang mengatakan pemotongan penggunaan internet dari Celcom telahpun li terima dengan amaran untuk dibawa ke mahkamah sekiranya li tidak menjelaskan bil yang tertunggak. Entahlah, li pun masih tidak faham, kenapa kita hanya boleh menggunakan selama sebulan sahaja, tetapi bil untuk tiga bulan. Padahal mereka tahu, sekiranya bil tidak dijelaskan selama sebulan, perkhidmatan akan digendalakan, dan ada tempoh masa dua bulan lagi untuk dibayar sebelum dipotong.

Makanya, bil dua bulan itu untuk apa? Kiranya bil dua bulan lagi itu caj 'tak halal'lah kan. Kita tidak menggunakannya, tetapi tetap dipaksa bayar. Jika hendak dibetah, perlu ke mahkamah dimana kos urusan peguaman mereka pengguna juga yang kena tanggung. Duit lagi.

Jadi, bayar dan reda sahajalah, sekurang-kurangnya, sabar itu separuh daripada iman dan doa orang yang teraniaya itu terangkat terus ke langit tanpa diijab. Wassalam.

li- Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya, dan ingatlah, sesungguhnya Allah Mengetahui akan apa yang telah anda lakukan.


Wassalam.


Ahad, 2 Oktober 2011

KeM 1 MuRiD 1 SuKaN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perjalanan ke Tanjung Piai Resort (TPR) mengambil masa lebih kurang 30 minit dari SMK Telok Kerang. Dua orang guru (pengiring) bersama 8 orang murid diminta pergi ke sana bagi menghadiri Kem 1 Murid 1 Sukan daerah Pontian selama 3 hari 2 malam.

Setiba kami di sana, kami melakukan pendaftaran. Namun, 7 orang murid sahaja yang dapat menghadiri kem tersebut kerana seorang murid menarik diri pada saat-saat akhir. kira-kira jam 3 petang, taklimat diberikan kepada peserta termasuk guru, namun peserta ditaklimatkan oleh jurulatih utama sukan daerah Pontian manakala guru ditaklimatkan oleh wakil JPNJ dan wakil PPD Pontian (nama-nama mereka dirahsiakan).

Seterusnya, aktiviti-aktiviti berjalan seperti di dalam jadual berikut:

Jadual KeM 1 MuRiD 1 SuKaN

Kami pulang pada jam 2 petang, 28 September 2011. Murid-murid dihantar ke rumah masing-masing.

li- 2 pengalaman yang menarik, yang jarang-jarang dan baru li perolehi ialah 'paintball' dan 'hujan ribut'.

Bergaya tak li dengan baju tentera?


Dibahagi kepada 2 kumpulan, hitam dan merah. 4 orang untuk kumpulan hitam (4-4 kali pertama main) dan 3 orang untuk kumpulan merah (3-3 rasanya pernah main kot). Jadi keputusannya, kumpulan li 3 kali permainan, 3-3 kalah, walaupun lebih sorang ahli. Permainan pertama kalahkan kumpulan lawan, kedua mengambil bendera dan permainan ketiga mempertahankan ketua. Syukur, takde yang tercedera, cuma yang lebam kena tembak tu adalah.

Bumbung dari asrama bersebelahan menimpa ke atas bumbung bilik tempat li menginap.

Akibatnya, mentol lampu jatuh kat sebelah li waktu li baring. Syukur tak kena kepala. Waktu itu, li tengah tengok tv dengan rakan. Rakan pula ngadap li, dan dia beritau nyaris-nyaris petir menyambar kat li, tapi li xperasan pun. Alhamdulillah, li masih bernyawa sehingga ke hari ini. Rakan li kata mujur dah solat Isyak. Murid-murid pula dipindahkan sementara di dewan sehingga hujan ribut reda. Risau jugak kat budak-budak li, yelah, dah jadi guru pengiring mereka, jadi apa-apa hal, li jugak kena jawab kat ibu bapa mereka. Bila reda, li dipindahkan ke bilik lain, kerana bilik asal bocor dan bergenang air.

Wassalam.


Sabtu, 24 September 2011

~KeiNSaFaN DiRi~




Keinsafan Diri

Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi

Dendangan: Fursan

Wassalam.

Rujukan:

Li- Lagu nie li dah dengar banyak kali dah kat ikim.fm, tapi hari ini baru tergerak nak cari senikata dia. Itu pun lepas dengar lagu nie malam tadi. Yang uniknya lagu ni bagi li, dia punya 'harkat' untuk rangkap "ku tetap setia~, padamu oh tuhanku~...", buat li tertawan dengar lagu ni.

Selasa, 13 September 2011

|1201 Question Bank Mathematics Form 2 & Hybrid Max Revision Guide Mathematics PMR|

Alhamdulillah, seperti yang dijangkakan, li telah membeli buku rujukan Matematik bagi tingkatan 2 untuk tujuan P&P. Buku yang menjadi pilihan li ialah buku 1201 Question Bank Mathematics Form 2 yang diterbitkan oleh Pan Asia Publications Sdn. Bhd. dan buku Hybrid Max Revision Guide Mathematics PMR keluaran Federal - Marshall Cavendish Education. 

RuJuKaN MaTHs F2

Buku pertama merupakan buku latih tubi, beserta dengan nota ringkas. Kandungan buku ini baik dan mudah difahami. Buku kedua pula ialah buku rujukan PMR, iaitu mengandungi silibus tingkatan 1, 2 dan tingkatan 3. Buku ini ditulis dalan dwibahasa, menarik dan mengandungi rumusan keseluruhan setiap bab di setiap permulaan bab.

Kesimpulannya, usah sayang duit untuk membeli buku (ilmu) kerana dengan membaca, ilmu itu dapat ditingkatkan dan dikembangkan. Wassalam.

Li- Buku teks Matematik tingkatan 2 li tak dapat lagi, syukur ada buku rujukan, boleh dijadikan panduan untuk mengajar hari ini.


Sabtu, 10 September 2011

JaDuaL Li 2011 (6)


Assalamualaikum.

Buat kali keenamnya dalam tahun 2011, jadual P&P bagi SMK Telok Kerang, Pontian berubah. Kali ini, perubahan dijangka untuk memberi lebih perhatian bagi subjek peperiksaan besar iaitu PMR dan SPM, disamping penggantian seorang guru yang baru sahaja melahirkan anak lelaki serta kemasukkan seorang guru pengganti.

JaDuaL MiNi Li 2011 (6)

Li masih lagi dengan subjek Prinsip Perakaunan dan Matematik, dengan penambahan bagi tingkatan 2 subjek Matematik (nampak gayanya kena cari buku rujukan kat kedai nie, koleksi li semua subjek menengah atas). Li tidak lagi mengajar Pendidikan Sivik & Kenegaraan, tetapi bagi memenuhi jam kredit, ditambah 2 waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan tingkatan 3, menjadikan 25 waktu (bertambah), alhamdulillah.

Pembahagian waktu mengajar kelihatannya memuaskan (kalau tak puas hati pun, terima sajelah), dan sesungguhnya li bersyukur kepadaNya kerana memberi keizinan kepada li masih hidup di alam ini. Wassalam.

Jumaat, 9 September 2011

|YouNG PeoPLe's SCieNCe DiCTioNaRY|

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

D-i-c-t-i-o-n-a-r-y... Kamus? Kenapa li pilih kamus sebagai buku pilihan pada bulan ini (September 2011)? Siap ada gambar belalang, bunga, berkulit tebal dan yang sensitifnya, warna hijau (sensitif ke?).

DiCTioNaRY

Hendak dijadikan cerita, buku ini li beli di Benut, semalam (yup, waktu malam). Li temankan Hatta untuk beli cerek air (dia tak nak kongsi, katanya senang nak pindah nanti, dia bawak terus, tak perlu dibahagi dua). Olh itu, terlanjur pergi ke sana, li terlihat sudut buku-buku. Dan yang menarik minat li untuk membeleknya kamus inilah. Harganya RM5 sahaja.

Kamus ini berketebalan 128 muka surat, berajah dan bewarna. Berkulit tebal dan menyenaraikan definisi bagi Astronomi, Biologi, Kimia, Geografi, Geologi, Matematik, Perubatan, Fizik, Ruangan Sains dan Zoologi. Kandungannya menarik (sebab itu li beli) dan memang kategori kamus (mengandungi definisi dari A hingga M, kiranya tidak lengkaplah kan).

Untuk mendapatkannya? Li pun tidak pasti, tetapi sudah jadi koleksi buku-buku yang li telah miliki. Walau apapun, selamat membaca (tak kiralah buku apa sahaja pun). Wassalam.


Selasa, 30 Ogos 2011

~LaW KaNa BaiNaNa~

Tiada lafaz yang paling Agong, Lailahaillallah, Muhammadarrasulullah.


Jika Baginda berada di hadapan anda, walaupun 1 minit, apa yang anda ingin katakan padanya?


Li- Menusuk kalbu bila mendengar lagu ini, tapi bila memahaminya, sayu rasanya. Apa yang li akan lakukan jika li berpeluang berjumpa dengan Baginda s.a.w.? Subhanallah.


Sumber:
1. Youtube
2. ANa FaRHa


Jumaat, 19 Ogos 2011

QuRaN FLaSH

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.

Tanggal 17 Ramadhan setiap tahun, akan diadakan sambutan Nuzul Quran. Kerana kebesaran hari tersebut, ada beberapa buah negeri di Malaysia mengistiharkan bahawa cuti umum, menggantikan awal Ramadhan yang kebanyakkan negeri yang lain bercuti padanya.

Catatan kali ini ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai Al-Quran dalam desktop. Terdapat beberapa laman sesawang yang memberikan kemudahan kepada pengguna dengan memaparkan Al-Quran secara maya seperti QuranFlash, QuranExplore, Tanzil dan sebagainya, namun memerlukan pengguna melayarinya secara dalam talian (online). Oleh itu, untuk memudahkan li yang tidak selalu berada dalam talian (offline), li mencari alternatif lain, iaitu dengan memuat turun Al-Quran yang boleh dibaca tanpa perlu berada pada talian.

Keputusannya, li temui di QuranFlash, terdapatnya alternatif tersebut.

Terdapatnya 12 butang muat turun, dimana 6 butang pagi pengguna perisian Window, dan selebihnya bagi pengguna perisian Mac. Setiap butang mempunyai kelebihan masing-masing.

Perisian [Download] English Transliteration

Perisian [Download] Tajweed Quran

Perisian [Download] QuranFlash

Selamat memuat turun dan beribadah.

Li- Membacanya secara 'berkitab' lebih afdhal daripada secara perisian kerana memegang kitab Al-Quran itu secara langsung mendapat pahala, insyallah, jika li tak silap.


Selasa, 16 Ogos 2011

|Pakej Istimewa- e-BooK KaeDaH JiBRiL|

Assalamualaikum...

Pakej Istimewa iaitu memahami & menghafaz surah Al-Quran cara mudah melalui 3 ebook dan 1 video telah selamat li terima pada 15hb Ogos 2011. Pada mulanya, li sangkakan pakej ebook ini diberikan melalui email secara link, namun rupa-rupanya diberi sebuah cd melalui Pos Ekspress. Alhamdulillah, lega rasanya sudah memiliki ebook berkenaan.

Pakej Istimewa


Secara ringkasnya 3 ebook tersebut adalah e-Book 145fakta, e-Book quranology dan e-Book kaedahjibril, serta video penerangan praktikal Kaedah Jibril secara step-by-step. Setelah li buat scanning, e-Book 145fakta berkaitan dengan isi kandungan Al-Quran yang kelihatannya soalan-soalan biasa, tetapi tidak mampu kita menjawabnya. E-Book quranology pula berkaitan perkara-perkara yang berlaku disekeliling Al-Quran, bermula dengan penurunan Al-Quran, pengumpulannya hinggalah kepada cara pembacaannya (bonus- kuiz yang dapat mengukur tahap iman kita).

E-Book kaedahjibril pula sudah pastinya berkaitan dengan kaedah menghafal Al-Quran yang mudah dan menyeronokkan. Apa yang menariknya, pakej ini juga memberikan tiket percuma untuk hadir ke seminar yang insyallah akan diadakan pada tahun 2013.

Kesimpulannya, RM45 untuk pakej tersebut adalah sangat berbaloi, insyallah, jika dibandingkan dengan pengalaman dan belanja yang telah ustaz keluarkan untuk memiliki ilmu tersebut.

Li- Pengalaman (termasuk kaedah cuba jaya) memerlukan masa bertahun-tahun, jadi nak mudah beli je RM45. Insyallah, target li, pada umur 28 tahun li dah hafal ayat-ayat Al-Quran. Amiiin.


Ahad, 14 Ogos 2011

| ISRaK MiKRaJ : TiNJauaN SaiNTiFiK Di SeBaLiK KoNTRoVeRSi|

Alhamdulillah...

Sedang asyik memilih buku yang hendak dibeli keluaran PTS, li telah dilencongkan ke bookcafe membuat promosi bagi bulan Ramadhan. Bookcafe merupakan kedai buku online PTS. Bila dilihat harga promosi sehingga 25%, terasa ingin mencuba membeli secara online. Buku pilihan li ialah Israk Mikraj : Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi, nurkilan Armansyah. Buku ini berketebalan 203 muka surat (ikut pandangan li) dan setelah promosi, berharga RM12.

BuKu PiLiHaN OGoS 2011

Li pun cuba mendaftar sebagai ahli bookcafe (daftar dulu, baru boleh beli), dan untuk langkah seterusnya, li ikut sahaja arahan yang diberikan. Hasilnya, dalam masa 3 hari, li sudah terima buku tersebut melalui pos laju, Alhamdulillah.

Buku ini berkisar kepada mukjizat Baginda yang menjadi perbualan masyarakat pada zaman dahulu lagi selain mukjizat pembelahan bulan (seperti sinopsis yang ada di bookcafe. Mempunyai 27 bab di dalam 3 bahagian. Untuk maklumat lanjut, layari PTS. Wassalam.

PoS LaJu

Li- Pengalaman pertama membeli buku secara online di bookcafe, Alhamdulillah, tiada masalah. Total bayaran RM20 je, termasuk kos penghantaran. Dapat penanda buku lagi.