Alhamdulillah, seperti yang dijangkakan, li telah membeli buku rujukan Matematik bagi tingkatan 2 untuk tujuan P&P. Buku yang menjadi pilihan li ialah buku 1201 Question Bank Mathematics Form 2 yang diterbitkan oleh Pan Asia Publications Sdn. Bhd. dan buku Hybrid Max Revision Guide Mathematics PMR keluaran Federal - Marshall Cavendish Education.
Buku pertama merupakan buku latih tubi, beserta dengan nota ringkas. Kandungan buku ini baik dan mudah difahami. Buku kedua pula ialah buku rujukan PMR, iaitu mengandungi silibus tingkatan 1, 2 dan tingkatan 3. Buku ini ditulis dalan dwibahasa, menarik dan mengandungi rumusan keseluruhan setiap bab di setiap permulaan bab.
Kesimpulannya, usah sayang duit untuk membeli buku (ilmu) kerana dengan membaca, ilmu itu dapat ditingkatkan dan dikembangkan. Wassalam.
bgus2..study bnyk2..bg terer ngajar...my fovourite subjek..math..i like..=)
BalasPadamMatematik ni memang subjek yang mudah, yang penting, faham konsepnya, dan penggunaannya. Cuma masalah mungkin dari segi penyampaian pengajaran, sebab tu ramai yang kata maths sukar.
BalasPadam