Ya Allah, ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kami kecil...
Kelmarin (29 November 2011), li menghantar papa li ke klinik. Sebelum ini, adik li yang menghantarkannya untuk mencuci luka kaki papa. Adik li menghantar di Poliklinik Rashidi dan menerima cucian dengan baik sekali. Oleh kerana bayaran RM30, makanya li memilih untuk menghantar ke klinik kerajaan sahaja, iaitu Klinik Sungai Mati.
Cuma dibalut 4 helai kapas je...
Setiba li disana, li terus mengambil kerusi roda yang ada di dalam klinik, dan li perasan yang klinik pada ketika itu mempunyai ramai pesakit. Sesudah menurunkan papa di kerusi roda, sepupu li pergi ke kaunter dan menanya mengenai cucian untuk papa li. Orang yang jaga kaunter kata datang petang nanti. Bila ditanya berapa jam jika menunggu, dijawabnya datang petang sahaja.
Dalam perjalanan pulang semula ke rumah, singgah di Balai Polis Sungai Mati, untuk membuat laporan kemalangan. Kes papa li perlu merujuk ke Ledang. Oleh itu, perjalanan li diteruskan semula ke Ledang. Sampai sahaja di Ibu Pejabat Trafik Ledang, li letak kereta sebentar di hadapan pejabat trafik. Tidak sampai seminit, polis yang jaga pagar menyibuk, suruh li alihkan kereta. Li kata sekejap sahaja, tapi dipaksa suruh alihkan juga. Li kata nak jumpa Inspektor Shulul, dan li pun amik kerusi roda yang ada di balai, turunkan papa li dan menghantar papa untuk melaporkan kes dia.
Sebelum pulang ke rumah, li singgah ke Klinik Paya Mas. Mujur banyak doktor yang bertugas. Waktu mencuci luka, orang yang ditugaskan untuk mencuci luka papa hairan dan menanya mengapa tidak dicuci di Klinik Sungai Mati sahaja. Bila diberitahu kena hadir waktu petang, orang itu kata sepatutnya tidak boleh menolak pesakit. Dalam hati li kata baik juga orang ini. Tapi apabila siap dicuci, kapas yang digunakan cuma menutup kawasan pertemuan besi dan kulit sahaja, dan li rasa, seolah-olah li salah menilai orang. Mungkin hendak menjimatkan penggunaan kapas, tapi...
Kesimpulannya, jadilah warga Malaysia yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan