Bismillahirrahmanirrahim
AMaRaN
Surat bertarikh 27hb September 2011 yang mengatakan pemotongan penggunaan internet dari Celcom telahpun li terima dengan amaran untuk dibawa ke mahkamah sekiranya li tidak menjelaskan bil yang tertunggak. Entahlah, li pun masih tidak faham, kenapa kita hanya boleh menggunakan selama sebulan sahaja, tetapi bil untuk tiga bulan. Padahal mereka tahu, sekiranya bil tidak dijelaskan selama sebulan, perkhidmatan akan digendalakan, dan ada tempoh masa dua bulan lagi untuk dibayar sebelum dipotong.
Makanya, bil dua bulan itu untuk apa? Kiranya bil dua bulan lagi itu caj 'tak halal'lah kan. Kita tidak menggunakannya, tetapi tetap dipaksa bayar. Jika hendak dibetah, perlu ke mahkamah dimana kos urusan peguaman mereka pengguna juga yang kena tanggung. Duit lagi.
Jadi, bayar dan reda sahajalah, sekurang-kurangnya, sabar itu separuh daripada iman dan doa orang yang teraniaya itu terangkat terus ke langit tanpa diijab. Wassalam.
cikgu sekolah nisah pun kena mcm ni...sbb dh lame x pakai broadband n x byr...ingat dia terus potong..rupanye bulan yg seterusnya pun dikira...last2 sampai surat mahkamah dah beratus ringgit...terpksa p byr je la n terus potong..
BalasPadamKalau dah keluar notis mahkamah, jawabnya xboleh nak disambung lagila. Memang untung depa, dahlah hari tu nak kenakan caj 6% kepada pelanggan, nasib baik ditangguhkan (nasib baik ke?). Kesimpulannya, carilah tempat yang boleh meng'online' percuma..:)
BalasPadamcontoh nye di sekolah..hehehe..pkai streamyx la..x de masalah..laju je..=)
BalasPadam