Isnin, 30 November 2009

CSLCare.com



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Baiklah, hari ini, li ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai laman web CSL. Kenapa li pilih laman ini menjadi laman pilhan li? Apa yang menariknya?

Sebenarnya, li menggunakan Modem USB 3.5G keluaran CSL. Li belek-belek kotak modem ini, dan terdapatnya laman web CSL. Oleh itu, li pun layarinya.


Semasa menyelongkar laman web ini, li terpandang kotak hadari mobile. Yang menariknya, terdapatnya MP3 untuk surah Al-Quran. 144 surah yang boleh dimuat turun terdapat di laman CSL ini. Jadi, li pun cuba muat turun. Fail yang kita muat turun dalam format .zip. Qarinya ialah Mahmud Khalil Al-Husari.


Yang lain, li lihat sekali imbas sahaja. Rakan-rakan boleh melihat di ruangan Main Menu terdapatnya butang Home, Company Profile, Privilege Program, Photo Gallery, Service Network, Support/FAQ, Contact Us, Search dan Warranty Registration. Pada ruangan Products mengandungi CSL Mobile Phone, Review dan News.

Sedikit maklumat mengenai CSL. CSL ini singkatan kepada Commitment, Service and Loyalty. Kumpulan CSL ini beribupejabat di Shah Alam (Wisma CSL), ditubuhkan pada tahun 2008 dan boleh dihubungi di talian 03-5569 3031 juga faks di talian 05-5569 3032. Laman webnya ialah www.cslcare.com.

Sampai di sini sahaja yang dapat li sampaikan, untuk keterangan lanjut, datanglah ke laman CSL ini. Bertemu lagi. Wassalam.


Selasa, 24 November 2009

KeLeBiHaN IBaDaH QuRBaN


Sangat banyak hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan tentang keutamaan berqurban, dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar.

Hadis-hadis tersebut di antaranya:

"Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala qurban itu".
(HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (qurban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang diqurbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan".
(HR. Ahmad dan Ibn Majah)

"Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berqurban akan tetapi tidak mahu berqurban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami ini".
(HR. Ahmad dan Ibn Majah)

Daripada penjelasan beberapa hadis di atas, maka jelaslah bahawa amalan qurban itu adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam dan juga sunnah yang diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.

Bagi orang-orang yang melaksanakan qurban, ia akan dapat satu kebajikan daripada setiap helai bulu haiwan yang telah diqurbankan itu. Selain itu juga qurban tersebut akan memperoleh manfaat atau faedahnya jika sekiranya korban tersebut benar-benar dilaksanakan kerana Allah dengan tujuan untuk menegakkan sunnah dan terlepas dari maksud dan tujuan yang lain.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan binatang-binatang qurban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta.

"Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur".

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya qurban-qurban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan." (Al-Hajj : 36-37)



Jumaat, 20 November 2009

Yu-Gi-Oh! PoWeR oF CHaoS JoeY THe PaSSioN



Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini, li ingin berkongsi dengan sebuah permainan yang li dapat dari kawan-kawan li masa sedang belajar di utara tanah air iaitu Yu-Gi-Oh!.


Pada mulanya, li tengok macam tidak menarik langsung pun, tetapi terfikir pula kenapalah kawan-kawan li seronok sangat bermain games ini. Jadi mereka pun ajak li main sekali, dan cuba main. Tapi waktu itu, tengah peperiksaan pertengahan semestar, jadi li tengok-tengok sahajalah. Bila dah habis peperiksaan, li pun cuba.

Memang pada mulanya li terkial-kial, tidak faham apalah permainan ini, tapi setelah diajar main, boleh jadi gian juga. Yang bestnya, setiap kali kita menang, kita akan mendapat kad baru.


Baiklah, li berikan sedikit info mengenai games ini. Nama penuhnya Yu-Gi-Oh! Power of Chaos JOEY THE PASSION. Permainan ini berdasarkan animasi dan manga, iaitu perlawanan antara Yugi dan Joey. Terdapat 350 keping kad yang boleh dimenangi dan dibuka setiap kali menang dalam perlawanan. Untuk memenanginya, perlulah sedikit pengetahuan tentang kad yang ingin digunakan seperti nilai serangan dan nilai pertahanan serta teknik yang terdapat pada kad itu.


Permainan ini jenis strategi, keluaran Konami dan dibangunkan oleh Konami JPN (KCEJ). Berharga $19.99 dan untuk permainan PC (PC Games).

Sesuai untuk Windows 98 / Me / XP. Jika rakan-rakan mahukannya, bolehlah beli di kedai-kedai yang berhampiran, tetapi bagi yang mahu percuma, emaillah ke fahaz8607@gmail.com. Saiznya 446MB, boleh dikatakan besar juga. Selain itu, boleh juga bertukar-tukar maklumat dengan li mengenai permainan ini, mana tahu, ada perkara yang hendak dikongsi bersama.

Baiklah, bertemu lagi di lain coetan. Wassalam.


Selasa, 17 November 2009

FuN WiTH ENGLiSH

Difference between wife and girl friend

Wife is like TV;


Girlfriend is like Handphone (HP).


At home watch TV,
Go out bring HP.

No money, sell TV,
Got money change HP.

Sometimes enjoy TV,
but most of the time play with HP.

TV free for life,
but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old,
HP is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable,
but for HP is high and often demanding.

Most Important, TV got remote,
but HP don't have.

Last but not least.......TV do not have virus,
but HP have VIRUS......

Once get it, it's time to over..

So better choose TV!!!



Sabtu, 14 November 2009

MPV Elit PDRM (EVO-X)



Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM.

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).


Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.

Bagi memantapkan lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.




Khamis, 12 November 2009

KaD JeMPuTaN



Assalamualaikum.

Yang ini, kad jemputan ini, li edit menggunakan Microsoft Office Publisher 2007, jenis poskad, rumah terbuka (postcards>invitation>open house). Li belum pernah lagi menggunakan perisian ini, yang selalu digunakan adalah Microsoft Office Word, Microsoft Office Excel dan Microsoft Office PowerPoint. Kiranya, baru pertama kali menggunakannyalah.. Subhanallah.

Sebenarnya, ada lagi yang belum li cuba untuk mengunakannya, antaranya Microsoft Office Access, Microsoft Office Groove, Microsoft Office InfoPath, Microsoft Office OneNote, Microsoft Office Outlook dan Microsoft Office Tools seperti Digital Certificate for VBA Projects, Microsoft Clip Organizer, Microsoft Office 2007 Language Settings dan Microsoft Office Diagnostics. Microsoft Office Picture Manager pula li kadang-kadang sahaja menggunakannya, iyalah, untuk melihat imej gambar secara banyak atau satu-satu.

Semua yang li beritahu ini adalah daripada Microsoft Office edisi 2007. Sebelum ini pun, li menggunakan Microsoft Office 2003 sahaja, itu pun macam di atas, menggunakan Word, Excel dan Powerpoint sahaja. Boleh dikatakan, edisi 2007 ini lebih mesra pengguna dan fungsinya lebih mudah dan pelbagai. Kalau hendak tahu, cubalah sendiri. Belilah yang asli.


Wassalam.


FaSTSToNe PHoTo ReSiZeR



Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi.

Hari ini, li ingin berkongsi perisian FastStone Photo Resizer. Perisian ini membolehkan kita untuk menukar imej gambar dan saiz, menamakannya semula, menukar warna, menambah teks, memotong dan mengubah posisi imej gambar dengan cara yang cepat dan mudah. Ianya juga menyokong cara drag dan drop.


Perisian ini bersaiz 1.33MB, menyokong imej JPEG, BMP, GIF, PNG, TIFF dan JPEG2000 dan imej dinamakan mengikut nombor siri seperti Image#####, $P_#####, $Y-$M-$D_##### dan *_tn, iaitu # mewakili satu digit nombor, * (nama asal), $P (nama folder), $Y (tahun), $M (bulan), $D (hari), $H (jam), $N (minit) dan $S mewakili saat.

Perisian ini menyokong sistem Windows 98SE, ME, NT, 2000, XP dan Vista. Pemasangannya mudah dan mempunyai rupa tetingkap yang boleh diubah-ubah bentuknya.

Terdapat 23 butang utama, iaitu File, Skin dan Help. Butang File berfungsi untuk menutup tetingkap perisian ini. Butang Skin pula untuk mengubah rupa tetingkap, samada berwajah Corona, MacX, WinAqua, Windows Classic, Windows XP Blue, Windows XP Green dan Windows XP Silver.

Butang Help pula bagi memberi bantuan cara penggunaannya (Help F1), persetujuan menggunakannya (license agreement), memasukkan kod pendataran (bagi menggunakannya untuk tujuan perniagaan), laman utamanya (Home Page) dan mengenai perisian ini (About).

Butang Add adalah untuk mengambil dan menukar imej atau folder yang ada secara memilih manakala butang Add All akan mengambilnya semua imej-imej dan folder-folder yang ada untuk disuntung. Butang Remove untuk mengeluarkan imej atau folder secara terpilih manakala butang Clear untuk mengosongkan senarai untuk disunting (Input List).

Untuk keterangan lanjut, layari laman web utamanya di faststone.org dan memuat turunnya di sini (boleh diambil dalam bentuk .exe, zip dan portable).

Bertemu di lain masa. Wassalam.


Rabu, 11 November 2009

BaNKiNG INFo



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Coretan pada hari rabu yang berbahagia ini, li ingin berkongsi dengan rakan-rakan laman web perbankan yang sering li kunjungi.

Laman tersebut ialah bankinginfo.com.my. Terdapat dua bahasa, iaitu english dan bahasa malaysia. Kebiasaannya, laman ini akan memaparkan dalam bahasa inggeris. Oleh itu, rakan-rakan boleh melayarinya dalam bahasa malaysia dengan menekan butang bahasa malaysia di sebelah kiri atas, bersetentang dengan ikon banking info.

Laman ini menyediakan hampir semua informasi mengenai perbankan, samada dari segi maklumat, nasihat dan panduan. 5 bahagian utama terletak di sudut atas, iaitu rancang kewangan anda, ketahui produk anda, kenali perbankan islam, khidmat nasihat dan program pendidikan.

Di sebelah kanan pula, terletak di bawah ruangan cari, dinamakan sebagai panduan pengguna, yang merangkumi jadual perbandingan, kalkulator belanjawan (perisian yang telah dibincangkan sebelum ini), senarai semak, kalkulator kewangan, glosari, buku panduan info perbankan, soalan lazim dan hubungi kami.


Laman ini tidak terlalu sukar untuk diterokai. Oleh kerana laman ini dalam bahasa malaysia, li serahkan kepada rakan-rakan untuk meneroka sendiri laman bankinginfo yang dapat membantu dari segi maklumat tentang kewangan.

Bertemu lagi di lain coretan. Wassalam.


Selasa, 10 November 2009

KiDS WeB JaPaN




Assalamualaikum dan bertemu kembali.

Li suka belajar bahasa jepun, kerana ada impian dan angan-angan untuk menjejakkan kaki ke negara jepun. Kenapa? Suka-suka sahaja. Sambil melancong, sambil menambahkan pengetahuan. Jadinya, kenalah belajar sedikit-sedikit untuk berbahasa jepun. Oleh itu, sambil melayari internet semalam, li terjumpa sebuah laman web yang menarik. Jadi, li ingin berkongsi dengan rakan-rakan.

Laman yang li maksudkan ialah Kids Web Japan. Walaupun berbahasa inggeris, namun bahasanya mudah untuk difahami,kerana laman ini untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kita yang dewasa ini tidak salah jika ingin mengunjunginya, apatah lagi belajar bersama-sama kanak-kanak. Kan pepatah mengatakan "Belajarlah hingga ke akhir hayat".

Laman ini boleh di lawati dalam bahasa inggeris, jepun, arab, francis, spanyol, cina, korea dan bahasa german. Terdapat beberapa paparan utama, antaranya Explore Japan, Play, Learn, Try, User Services dan Site Info. Li akan fokuskan kepada ruangan Learn kerana di dalam ruangan ini terdapatnya Language (bahasa) yang hendak kita pelajari (bahasa jepun) dengan mudah. Apabila butang Language ditekan, akan keluar laman web yang menjurus kepada pembelajaran, iaitu Lesson.


Pada laman ini, rakan-rakan boleh mencuba belajar setiap satu daripada Lesson yang disenaraikan, iaitu daripada ucapan pertemuan, sistem tulisan hinggalah kepada mempekenalkan keluarga. Rakan-rakan juga boleh belajar daripada animasi jepun (Animated Japanese), belajar secara cepat (Quick Japanese), menulis secara mudah (Quick Kanji), carta dan bunyi Hiragana (Hiragana Chart and Sounds), carta dan bunyi Katakana (Katakana Chart and Sound) dan belajar mengenai nombor-nombor jepun (Numbers).


Rakan-rakan boleh mencubanya setiap satu. Li lebih suka ambil kaedah belajar secara cepat, kerana ianya menunjukkan 20 perbualan yang ringkas dan mudah digunakan dalam kehidupan harian. Ianya dilengkapi dengan animasi yang bersuara dan ejaannya dibaca seperti membunyikan ejaan dalam bahasa malaysia.


Tanpa menangguhkan masa lagi, silalah rakan-rakan berkunjung di laman Kids Web Japan ini. Pasti berbaloi pembelajaran saudara. Sekian, berjumpa lagi. Wassalam.


Ahad, 8 November 2009

ASPiRiN

PiL ASPiRiN

Assalamualaikum.

Pagi tadi, ketika sedang menonton televisyen, terkeluar iklan mengenai H1N1. Ada 8 kategori orang yang berisiko tinggi, antaranya kanak-kanak dan remaja yang mengambil ubat aspirin dalam tempoh jangka masa panjang. Papa tanya pada li, apa itu aspirin? Li jawab ubat sakit kepala kot (migrain). Papa tanya macam penadol ke? Li yang tidak berapa pasti, mengiyakan sahaja. Makanya, li pun dengan perasaan ingin tahu, carilah maklumat di internet. Setelah diteliti, beginilah ceritanya...


Aspirin dikategorikan di dalam kumpulan dadah yang dipanggil salicylates. Ia merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam (anti-pyretic) seseorang pesakit. Ianya juga dapat merawat dan mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung (kematian tisu jantung). Sering digunakan bagi melegakan kesakitan kecil serta sebagai ubat anti-radang (anti-inflammatory). Juga sebagai ubat penahan sakit (Analgesic) dan sakit kepala (migrain).

Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan di dalam perut. Jika ini berlaku, najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin.

Setiap kali memakan ubat, akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak-kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak-kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye’s yang melibatkan hati dan urat saraf kanak-kanak dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf.

Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan melebihi dos (sukatan), boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus), perasaan huyang-hayang (vertigo) dan muntah-muntah, sakit kepala, loya, pening, kekeliruan, halusinasi, pernafasan pantas, demam, rampasan (terkejang-kejang), atau koma.

Oleh itu, aspirin hendaklah digunakan dengan tepat iaitu merujuk pada label, atau atas nasihat doktor. Yang penting, tidak melebihi dos yang dibenarkan (dicadangkan). Disamping itu, perlulah dielak daripada minum minuman keras kerana alkohol mungkin meningkat risiko pendarahan di perut (bagi muslim, memang diharamkan sama sekali).

Begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang aspirin yang dapat li kongsikan bersama. Sehingga bertemu kembali. Wassalam.

Sumber:


Sabtu, 7 November 2009

KaLKuLaToR BeLaNJaWaN



Assalamualaikum dan bertemu kita sekali lagi.

Hari ini, li ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai perisian yang sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin menguruskan hartanya dengan berkesan. Namun bagaimanapun, perisian ini bukan dalam format .exe, tetapi dalam format .exl. Perisian ini dikenali dengan nama Kalkulator Belanjawan.

Perisian ini mudah digunakan, bersaiz 1.4MB dan yang paling menariknya, dalam bahasa malaysia. Rakan-rakan boleh mengambilnya di sini.

Perisian Kalkulator Belanjawan ini dapat memudahkan rakan-rakan untuk merancang belanjawan bulanan dan memcatatkan jumlah pendapatan serta perbelanjaan harian. Dengan itu, rakan-rakan akan dapat mengetahui kedudukan kewangan dan mengetahui samada berlakunya pembaziran atau tidak.

Perisian ini sesuai digunakan secara perseorangan mahupun berkeluarga. Ianya juga dapat memberi idea kepada rakan-rakan untuk memastikan baki wang yang disimpan berada dalam keadaan maksimum. Dengan kata lain, rakan-rakan dapat mempersiapkan diri agar sentiasa berjimat cermat dengan wang sendiri.

Tidak perlu li menerangkannya dengan terperinci, kerana penggunaannya sangat mudah; cuma masukkan nilai wang di tempat yang sepatutnya dan rakan-rakan akan mendapat maklumat tentang kedudukan kewangan secara automatik. Jika ada sebarang permasalahan tentang cara penggunaan, rakan-rakan boleh menekan butang bantuan yang berikon tanda soal.



Bertemu lagi di lain coretan. Wassalam.


Jumaat, 6 November 2009

Perisian CCleaner



Assalamualaikum.

Untuk coretan pada petang jumaat ini, li ingin berkongsi mengenai perisian CCleaner. Mungkin ramai yang sudah sinonim dengan perisian ini. Namun bagi rakan-rakan yang belum mengenalinya, dengan sukacitanya, li ingin berkongsi perisian ini.



Perisian ini mempunyai 2 fungsi utama iaitu mengoptimumkan sistem dan sebagai alat pembersihan. Ia dapat membersihkan kesan-kesan aktiviti (history), membuang fail-fail baru / tidak diperlukan (unused) daripada sistem, memadam software (uninstall), membenarkan dan menghalang sesuatu program daripada muncul di startup serta mengesan sebarang kehilangan dan seterusnya membaiki kehilangan sesebuah fail.

Perisian ini mudah digunakan, menyokong 41 bahasa (tidak termasuk bahasa malaysia), bersaiz 3.2MB dan menyokong semua format Windows. Perisian CCleaner ini mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk dipasang (install).

Perisian ini dapat memberitahu window yang sedang kita gunakan, jumlah RAM sistem dan jenis processor yang kita gunakan. Rakan-rakan boleh mengambil perisiannya di sini. Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari laman utamanya iaitu CCleaner.com dan juga laman penciptanya Piriform.com.

Bertemu lagi di lain coretan. Wassalam.