Khamis, 12 November 2009

FaSTSToNe PHoTo ReSiZeR



Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi.

Hari ini, li ingin berkongsi perisian FastStone Photo Resizer. Perisian ini membolehkan kita untuk menukar imej gambar dan saiz, menamakannya semula, menukar warna, menambah teks, memotong dan mengubah posisi imej gambar dengan cara yang cepat dan mudah. Ianya juga menyokong cara drag dan drop.


Perisian ini bersaiz 1.33MB, menyokong imej JPEG, BMP, GIF, PNG, TIFF dan JPEG2000 dan imej dinamakan mengikut nombor siri seperti Image#####, $P_#####, $Y-$M-$D_##### dan *_tn, iaitu # mewakili satu digit nombor, * (nama asal), $P (nama folder), $Y (tahun), $M (bulan), $D (hari), $H (jam), $N (minit) dan $S mewakili saat.

Perisian ini menyokong sistem Windows 98SE, ME, NT, 2000, XP dan Vista. Pemasangannya mudah dan mempunyai rupa tetingkap yang boleh diubah-ubah bentuknya.

Terdapat 23 butang utama, iaitu File, Skin dan Help. Butang File berfungsi untuk menutup tetingkap perisian ini. Butang Skin pula untuk mengubah rupa tetingkap, samada berwajah Corona, MacX, WinAqua, Windows Classic, Windows XP Blue, Windows XP Green dan Windows XP Silver.

Butang Help pula bagi memberi bantuan cara penggunaannya (Help F1), persetujuan menggunakannya (license agreement), memasukkan kod pendataran (bagi menggunakannya untuk tujuan perniagaan), laman utamanya (Home Page) dan mengenai perisian ini (About).

Butang Add adalah untuk mengambil dan menukar imej atau folder yang ada secara memilih manakala butang Add All akan mengambilnya semua imej-imej dan folder-folder yang ada untuk disuntung. Butang Remove untuk mengeluarkan imej atau folder secara terpilih manakala butang Clear untuk mengosongkan senarai untuk disunting (Input List).

Untuk keterangan lanjut, layari laman web utamanya di faststone.org dan memuat turunnya di sini (boleh diambil dalam bentuk .exe, zip dan portable).

Bertemu di lain masa. Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan