Ahad, 11 Oktober 2009

Cuti-cuti Malaysia

Bismillah...

Seperti yang dijanjikan, li akan bercerita mengenai lawatan li hampir ke 6 buah negeri dalam 5 hari (catat rekod tau)...hehe

li pergi 2 keluarga, satu keluarga li dan satu lagi keluarga adik mama li. Kami pergi 2 kereta, avanza dan exora.


Hari pertama (3hb Oktober 2009)


Bertolak dari rumah li ke UPM, untuk mengambil Arif. Mengambil masa 3 jam kerana tersilap jalan.

Kemudian, dari UPM ke Penang, mengambil masa 8 jam. Berhenti seketika di Restoran Jejantas Sungai Buluh pada waktu senja. Berehat dan tidur di rumah atuk sedara, di kuartes Marin Penang. Mempunyai 16 tingkat dan rumahnya di tingkat 16. Nasib baik ada kemudahan lif, kalau tidak, mesti lagi letih.


Hari kedua (4hb Oktober 2009)


Atuk Herman membawa jalan-jalan sekitar Penang dan singgah sebentar di Kebun Bunga. Cuba menakutkan monyet, tetapi sebaliknya pula yang berlaku, monyet cuba tunjuk garang dan li dikejarnya.

Pergi ke Sungai Petani, rumah bakal isteri. Dia tidak menjangkakan kedatangan kami, namun kedatangan kami pun sempena hari raya dan memeriahkan hari terbuka.

Bertolak ke Arau, rumah Nadzrul. Singgah sebentar dan mengabmil baju jubah dan segala peralatan yang ditumpangkan iaitu mesin pencetak dan seterika.

Sampai di Kuala Perlis, terus mendaftar di Hotel Seaview, sebilik 3 katil. Selesalah jugak. Tidur di sana sebelum bertolak keesokan harinya.


Hari ketiga (5hb Oktober 2009)


Bergerak ke UUM untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian. Berkumpul di Dewan TSO untuk raptai. Menerima ijazah di Dewan MAS dari Pro-cencelor.

Pergi ke Changlon walaupun hujan, untuk mengambil gambar keluarga. Nasib baik datang awal, dapat tempat kedua untuk bergambar. Sementara menunggu gambar siap dicuci, pergi pulangkan jubah di Dewan TSO manakala yang lain pergi makan di Changlon. Li dan papa makan di Marrybrown, mee kari.

Bertolak ke Rumah Pak Long di Teluk Intan. Singgah sebentar di perhentian (tak ingat namanya, macam ada perkataan 'awan'). Bermalam di rumah Pak Long.


Hari keempat (6hb Oktober 2009)


Beraya di rumah Pak Junit dan Mak Siti. Bertolak ke UPM pada waktu lepas zuhur. Singgah di restoran sebelum meneruskan perjalan balik ke Parit Bunga setelah menghantar Arif.


Hari Kelima (7hb Oktober 2009)


Pergi ke Melaka, berbelanja di Mydin di MITC. Makan di restoran berdekatan dengan masjid. Berakhir di Parit Bunga.


Kesimpulannya, walaupun tidak semua tempat dapat dilawati, namun dapatlah juga berada seketika di keenam-enam negeri yang berada di Malaysia. Seronok tetap seronok, namun keletihan memang tidak dapat dinafikan.

Sekian, bertemu lagi di lain coretan.

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan