Jumaat, 30 Oktober 2009

Kabinet Malaysia 2009

Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri
Menteri Kewangan

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri

Datuk Seri Nazri Azizi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen)

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Datuk Dr S Subramaniam
Menteri Sumber Manusia

Datuk Seri Dr Rais Yatim
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Datuk Ong Tee Keat
Menteri Pengangkutan

Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan II

Tan Sri Dr Koh Tsu koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Prestasi)

Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Anifah Aman
Menteri Luar Negeri

Tan Sri Bernard Dompok
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan

Datuk Douglas Uggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Datuk Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Datuk Noh Omar
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Datuk Seri Maximus Ongkili
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Menteri Perlancongan

Datuk Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan

Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kerja Raya

Datuk Kong Cho Ha
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi)

Datuk Seri Shafie Afdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah



6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA:

*NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan;
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
(Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

*NKRA mengurangkan kadar jenayah;
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
(Menteri Dalam Negeri)

*NKRA memerangi rasuah;
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

*NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah;
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

*NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman;
Datuk Seri Shafie Apdal.
(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

*NKRA menambah baik pengangkutan awam;
Datuk Seri Ong Tee Keat.
(Menteri Pengangkutan)

Sumber :


Rabu, 28 Oktober 2009

Petikan Quran


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30) Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.


Selasa, 27 Oktober 2009

Teddy's Story

{This's story that i got from one of my lovely lecturer, name Dr. Zahiyah bte Hanafi.}

I heard a story about a young lady who could hardly wait to become a teacher. Her name was Miss Thompson. Miss Thompson, from the time she was a little girl, couldn't think of anything she wanted to do but to become a school teacher. She was in love with that career and educated herself, acquired a job, and had done it for a few years.

At the start of every school year, she would stand before the boys and girls and say "I love you all the same", which wasn't really true. Teachers do have favorites, you know. But, what's worse is, that they just don't like some of the kids.

Teddy Stallard happened to be a little boy that Miss Thompson did not like -- and with good reason:

* He wasn't interested in school, whatsoever.
* He was a deadpan,
* Blank expressions,
* Glassy eyes,
* Unfocused appearance,
* Clothes musty, and hair unkempt.
* He wasn't attractive, and most certainly, wasn't likable.

She marked Teddy's wrong answers with "Xes" with a perverse pleasure, put "Fs" on the top of the paper with a flair. She should have known better because she had his records, and they read:

* Standard 1 - Teddy shows promise with his work and his attitude, but poor home situation.
* Standard 2 - Teddy could do better. Mother seriously ill. Receives little help from home.
* Standard 3 - Teddy is a good boy, but too serious, a slow learner. Mother died this year.
* Standard 4 - Teddy very slow but well behaved. Father shows no interest.

Christmas came and all the kids brought their presents and gathered around Miss Thompson's desk to watch her open all the gifts. Among the presents was one from Teddy. She was surprised.

Teddy's gift was wrapped with brown paper and scotch tape and on the paper was written, "For Miss Thompson from Teddy Stallard." When she opened it, out fell this gaudy rhinestone bracelet with half the stones missing and a bottle of cheap perfume.

At the end of the day all the children left except Teddy. He waited behind. He slowly came over to Miss Thompson's desk and said, "Miss Thompson, Miss Thompson. You smell just like my mother, and her Bracelet looks so nice on you".

When Teddy left, Miss Thompson got down on her knees and asked God to forgive her. The next day when the children came to school they were welcomed by a new teacher. Her name: Miss Thompson. But Miss Thompson had returned to her first love. She no longer was just a teacher, but became an agent for God.

She now was committed to loving her children and doing things for them that would last long after she was gone. She helped the students, especially the slow ones, and especially Teddy.

By the end of the year, Teddy showed dramatic improvement..., caught up with most of the students and even passed a few.

Miss Thompson didn't hear from Teddy for a long time. Then one day she received a note:

"Dear Miss Thompson, I wanted you to be the first to know that I would be graduating second in my class. Love, Teddy".

Four years later another note:

"Dear Miss Thompson, They just told me that I'd be graduating first in my class and I wanted you to be the first to know. The university hasn't been easy but I liked it. Love, Teddy".

Four years later:

"Dear Miss Thompson, as of today, I am Theodore Stallard, M.D. How about that! I wanted you to be the first to know and I'm getting married next month -- the 22nd to be exact. I want you to come and sit where my mother would have sat if she were still alive. You are the only family I have now -- Dad died last year. Love, Teddy".

Miss Thompson went to that wedding. She sat where Teddy's mother would have sat -- she deserved to sit there. She had done something for Teddy that he would never forget -- and neither would she.

Origin from marlene.org


BeRGaMBaR BeRSaMa KeLuaRGa BeSaR

Assalamualaikum.

Bersyukur kepada Ilahi di atas limpah kurnianya, dapatlah li mencoret pada pagi ini. Ini adalah gambar yang li ambil selepas selesai li berkonvo. Li pergi sekeluarga serta keluarga angah (Aim sorang tidak ikut, sebab membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan tiba tidak beberapa lama lagi).

Li, sudah tentu yang memakai jubah konvokesyen, sebelah kanan li adalah papa, pak angah dan Mira (adik ke-2 li). Sebelah kiri li pula Arif (adik pertama li) dan Dila (adik ke-3 li). Berdiri di hadapan Dila adalah Ateh (adik ke-4 li). Ateh berada di sebelah mama, embah, mak angah dan Amir (adik Aim, anak kepada pak angah dan mak angah).

Gambar ini di ambil di Changlun, kedai gambar sederet dengan bank CIMB. Kami bergambar pada pukul 1.00 tengah hari, dan gambar ini siap diproses pada pukul 4.00 petang. Syukurlah, gambar ini boleh siap lebih kurang 3 jam, bimbang juga jika mengambil masa terlalu lama, terpaksalah bermalam di sana.

Kenapa gambar ini hitam putih?

Kerana, ianya menjadi kenangan manis, dan bagi li, ianya suatu seni, yang sukar digambarkan. Baiklah, sampai di sini sahaja.

Wassalam.


Isnin, 26 Oktober 2009

Perisian CintaNotes


Assalamualaikum dan bertemu kita sekali lagi. Pada coretan kali ini, li ingin berkongsi pula sebuah perisian yang boleh digunakan sebagai pembantu dalam menyiapkan penulisan kita seharian iaitu CintaNotes.

Cinta kepada nota, mungkin inilah yang pembangun perisian ini terfikir sehinggakan terhasilnya perisian ini. Perisian ini seperti Notepad dan wordpad, namun terdapat sedikit kelebihan, iaitu dapat menghimpunkan semua nota-nota yang kita telah buat (salin) kepada satu sahaja tetingkap.

Selain itu, bagi yang suka menyalin artikel, ulasan dan pepatah yang terdapat di laman web, CintaNotes akan mengingati dimana artikel itu diperolehi. Dengan kata lain, setiap penyalinan membolehkan kita untuk merujuk kembali tempat asal (laman web) maklumat itu diperolehi.

Baiklah, bagi memiliki perisian ini, bolehlah diambil di sini. Saiznya kecil sahaja, iaitu 673Kb, dan menyokong Windows 2000/2003/XP/Vista/7. Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari laman utamanya iaitu cintanotes.com.

Sekian, wassalam.


Perisian dexpot



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada saudari 'Intan'. Coretan kali ini, li ingin berkongsi mengenai perisian Dexpot 1.4.

Kegunaan Dexpot ini, dia dapat memberikan kita 4 skrin di dalam satu komputer. Sesuai untuk mereka yang suka melakukan dua kerja dalam satu masa. Tidak faham apa maksud li?

Baiklah, sebagai contoh, apabila berada di tempat kerja, kita akan merasa bosan jika mengadap tugasan sahaja, tetapi untuk bermain game, takut-takut dimarahi bos. Oleh itu, perisian ini dapat menyembunyikan 'tugasan rahsia' daripada diketahui oleh sesiapa. Tetapi awas, jika bos ternampak, li berlepas tangan atas tindakan rakan-rakan itu. Berani buat, berani tanggung.

Baiklah, rakan-rakan boleh mendapatkan perisian ini di sini. Di sini ada penerangan mengenai perisian ini di dalam bahasa inggeris. Perisian ini sebesar 2 MB dan menyokong format Windows 95/98/ME/NT4/2000/XP/2003/Vista.

Setelah mengaktifkan perisian ini, rakan-rakan dapat melihat di penjuru sebelah kanan bawah berdekatan dengan jam (dikenali bahagian taskbar), ada ikon monitor komputer. Klik kanan bagi melihat fungsi-fugsinya pada ikon tersebut.

(taskbar dexpot)

Untuk menggunakannya, rakan-rakan boleh pergi ke ruangan setting, lihat pada bahagian controls, dan lihatlah hotkeys bagi memudahkan rakan-rakan desktop dengan pantas, daripada satu desktop kepada desktop yang lain. Pada ruangan general pula, rakan-rakan boleh menggandakan bilangan desktop yang dikehendaki.

Selain itu, untuk menghidupkan kesemua (keempat-empat) desktop itu, rakan-rakan bolehlah mengklik kanan pada taskbar dan pilih full-screen preview. Configure desktops pula membolehkan rakan-rakan menukar latar belakang setiap desktop agar berlainan.

Untuk keterangan lanjut, rakan-rakan bolehlah menerokainya sendiri, kerana dengan melakukan sedemikian, rakan-rakan akan lebih memahaminya sendiri.

Sekian, berjumpa di lain coretan. Wassalam.


Sabtu, 24 Oktober 2009

DeTiK-DeTiK 2hb NoVeMBeR

Bismillah..

Dengan rasa penuh kesyukuran, li berdoa semoga li dapat menjalankan tugas sebagai guru dengan penuh dedikasi. Surat temuduga untuk penempatan telah pun diterima, kini yang tinggal hanyalah persediaan untuk menghadapi panel-panel yang akan memberi soalan yang sukar bagi li untuk diduga.

Ini merupakan temuduga li yang kedua selepas ditemuduga untuk pengambilan menjadi anggota Kor Suksis Polis di Universiti Utara Malaysia, yang kini li berpangkat Inspektor Sukarelawan Polis. Namun, jawata ini tidak boleh dijalankan selagi li tidak mendaftarkan diri di ibu pejabat polis yang berhampiran. Pernah juga menanya tentang sukarelawan ini, tetapi jawapan yang diterima ialah melihat pengumuman daripada surat khabar ataupun di internet, selain itu, tiada pengambilan terus dari ibu pejabat.

Pada 2 haribulan November nanti, selain ditemuduga, difahamkan akan adanya ujian bertulis yang dikenali sebagai Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Macam mana rupanya, berkemungkinan soalan jenis objektif kerana kami dipohon untuk membawa pensil dan pemadam, bukannya pen, seperti kebiasaannya untuk mengisi sesuatu borang (soalan). Walau bagaimanapun, membawa pen suatu kelaziman dan tidak sah jika pergi ke mana-mana tanpa pen dan secebis kertas. (untuk memcata sesuatu)

Semoga temuduga ini dapat memberi keputusan yang positif kepada diri li. Wassalam.


Khamis, 22 Oktober 2009

MeNGuLaNGKaJi 5 ASaS HuKuM ISLaM

Assalamualaikum...

Merujuk kepada perkara hukum ini, li telah melakukan sedikit ulangkaji mengenai hukum-hukum dalam Islam. Rupanya banyak perkara lagi yang li perlu pelajari, kerana banyak perkara yang li anggap sudah tahu, tetapi sebenarnya hanya sebahagian sahaja.

Baiklah, coretan kali ini, li ingin berkongsi tentang 5 ketetapan hukum (berfokus terhadap Mazhaf Syafie), iaitu hukum wajib, sunat, makruh, haram dan hukum harus.

Secara umumnya, hukum-hukum tersebut difahami seperti berikut:

1. Wajib: Mendapat pahala jika dilakukan dan mendapat dosa jika tidak dilakukan. Terbahagi 2 iaitu Wajib fardu ain (mesti dilaksanakan oleh setiap muslim) dan wajib fardu kifayah. (sekurang-kurangnya dilaksanakan oleh sebahagian muslim di sesuatu kariah/jemaah)
2. Sunat: Mendapat pahala jika dibuat tetapi tidak mengapa jika tidak dibuat.
3. Makruh: Ditinggalkan mendapat pahala tetapi tidak mengapa jika dibuat, namun mendapat kemurkaan Allah.
4. Haram: Mendapat dosa jika dibuat dan mendapat pahala jika ditinggalkan.
5. Harus: Buat atau tidak buat, tidak dapat apa-apa.

Begitulah yang kita ketahui dan diberitahu tentang hukum-hukum tersebut. Namun, apabila li mencari maklumat di internet, terdapat persoalan mengenai hukum tersebut, iaitu mempersoalkan mengenai dosa dan pahala, sejauh mana kita yakin apa yang kita buat itu mendapat berpahala dan sejauh mana perkara itu dikira berdosa.

Selidik punya selidik, definisi harus pula dipertikaikan berdasarkan definisi " buat atau tidak buat, tidak dapat apa-apa". Ini dipertikaikan kerana dalam surah Zalzalah ayat 7 dan 8, Allah berfirman yang bermaksud:

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

Oleh itu, terdapat definisi yang lebih khusus, yang diambil dari laman web bicara muslim bersumberkan kitab Usul Fiqh yang mendefinisikan seperti berikut:

1. Wajib: Perintah syarak dalam bentuk mesti.
2. Mandub (sunat): Perintah syara' dalam btk tidak mesti.
3. Muharram: Larangan syarak dalam bentuk kemestian.
4. Makruh: Larangan syarak yang tidak dalam bentuk mesti.
5. Mubah: Apa yang tidak berkaitan dengan larangan maupun perintah.

Selain itu, dalam laman web andi-puisi, telah menerangkan secara lebih terperinci mengenai hukum-hukum ini (yang dikenali sebagai hukum taklifi). Berikut diambil sebahagian daripada definisi yang ditulis oleh beliau:

1. Wajib: Suatu perkara yang diperintahkan oleh syarak secara keras kepada mukallaf untuk melaksanakannya. Juga suatu perbuatan kalau dikerjakan mendapat pahala dan kalau ditinggalkan akan mendapat siksa.
2. Sunnah (Mandub): Suatu perkara yang perintahkan oleh syarak kepada mukallaf untuk mengerjakannya dengan perintah yang tidak begitu keras. Juga perkara yang diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan tidak disiksa bagi yang meninggalkannya .
3. Haram: Perkara yang dituntut oleh syarak untuk tidak mengerjakannya secara keras. Juga kalau dikerjakan mendapat siksa tetapi ditinggalkan mendapat pahala.
4. Makruh: Perkara yang dituntut syarak untuk meninggalkannya namun tidak begitu keras. Juga perkara yang dilarang melakukan tapi tidak disiksa bagi yang mengerjakan.
5. Mubah: Perkara yang dibebaskan syarak untuk memilih atau meninggalkannya.

Mengenai persoalan tentang surah Zalzalah tersebut, tidak ada apa yang perlu dimuskilkan. Persoalan ini timbul kerana pemahaman kita menjurus kepada soal pahala dan dosa, iaitu dapat pahala, dapat dosa ataupun tidak dapat apa-apa.

Merujuk kepada definisi, hukum adalah tertumpu kepada suruhan, larangan dan pilihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. terhadap hamba-hambanya. Dengan kata lain, hukum adalah untuk perbuatan (amalan),dan dosa serta pahala diberikan sesudah sesuatu perbuatan itu dibuat.

Sekian sahaja coretan li pada kali ini. Hingga berjumpa lagi. Ilal liqa'.

Selasa, 20 Oktober 2009

SeLaMaT uLaNGTaHuN KeLaHiRaN NiSa


Assalamualaikum...

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 22, ditujukan khas kepada insan yang bernama Siti Nor Khairunisa bte Abu Bakar, semoga diberkati umurnya dan sentiasa dalam kereda'anNya.

Li dah bagi hadiah special kepadanya, diharapkan nisa sudi dan gembira menerima pemberian li yang tidak seberapa itu.

Sebenarnya, li pening kepala untuk mencari hadiah yang bersesuaian dan yang mungkin memenuhi citarasa si dia ini. Terlintas untuk memberikan minyak wangi, bunga rose, cincin, tudung, baju kurung, teddy bear dan sebagainya. Tapi akhirnya, benda lain pulak yang dibeli.

Apapun, selamat bergembira menyambutnya.


Ahad, 18 Oktober 2009

FuN WiTH ENGLiSH

Reasons why I never visit my rich friend! Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and.....

Question : What would you like to have...? Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Capuccino, Frapuccino, or Coffee?
Answer : Tea please.
Question : Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, iced tea or green tea?
Answer : Ceylon tea.
Question : How would you like it? Black or white?
Answer : White.
Question : Milk, or fresh cream?
Answer : With milk.
Question : Goat's milk, or cow's milk
Answer : With cow's milk please.
Question : Freezeland cow or Afrikaner cow?
Answer : Um, I'll just take it black.
Question : Would you like it with sweetener, sugar or honey?
Answer : With sugar.
Question : Beet sugar or cane sugar?
Answer : Cane sugar.
Question : White, brown or yellow sugar?
Answer : Forget about the tea, just give me a glass of water instead.
Question : Mineral water, tap water or distilled water?
Answer : Mineral water.
Question : Flavored or non-flavored?
Answer : I think I'll just die of thirst.

Source



Persoalan berkisar Deepavali

Assalamualaikum..

Pelbagai persoalan bermain di minda li, mengenai hukum menyambut Deepavali. Perbagai pendapat dan jawapan yang diberikan. Ada yang bersetuju dan ada pula yang tidak bersetuju. Dalam coretan li kali ini, li ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang dapatan li yang berkisar mengenai Deepavali dan hukum yang berkaitan dengannya.

Dimulakan dengan apa itu Deepavali.

Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bermaksud cahaya dan perkataan "Gavali" yang bermaksud barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya (Festival Cahaya).

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Menurut buku panduan wisata, Deepavali menandai kemenangan sifat baik atas sifat jahat. Seperti yang boleh disaksikan di filem-filem Bollywood, pada perayaan Deepavali, kebanyakan rumah menyalakan lampu minyak kecil untuk menyambut cahaya dan keberuntungan. Kerana itu, perayaan ini disebut juga Festival of Light.

Mengenai hukum, terdapat dua pendapat ulama’ mengenainya iaitu ulama’ yang mengharamkan langsung kita menyambut/meraikannya, manakala pendapat kedua pula mengharuskan kita meraikannya.

Sebagai contoh untuk membezakan menyambut dengan meraikan ;

menyambut : kita menyertai acara penyembahan yang dijalankan oleh penganut hindu yang mempercayai dewa-dewa mereka.

meraikan : seperti kita meraikan jemputan daripada kawan/saudara kita yang membuat kenduri.

Dengan alasan ziarah maka para ulama’ membolehkan perkara ini dilakukan kerana Islam tidak melarang sesuatu kaum yang bukan beragama Islam yang taat dengan pemerintah Islam untuk mengamalkan adat resam mereka. Yang salah adalah kita beragama Islam turut sama menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan turut serta menghayati apa yang berlaku disebalik peristiwa itu.

[http://muhammadhanif.wordpress.com/2008/10/25/hukum-menyambut-depavali/]

Menurut laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), kita diharus mengucapkan selamat menyambut hari perayaan kepada kaum bukan Islam.

Dalam laman islam-0nline yang memuatkan salah satu kenyataan AL-QARADHAWI yang berbunyi :

Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian: “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama.

Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut.

Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya.

Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa”. (an-Nisa’ : 86)

Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam)”.

Tetapi, berbeza pula pendapat yang dilontarkan oleh NASRUDIN TANTAWI, beliau memberi hujahnya berdasarkan ayat berikut:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”. (al-Isra’ : 36)

Hujah beliau dikuatkan lagi dengan pendapat Imam AS-SUYUTI yang menyatakan bahawa:

“Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya?

Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka”.

[As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba’ wa an.Nahy ‘an al-Ibtida’, hlm. 150.]

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) pula yang diketuai oleh SYAIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH ALI SYAIKH menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka”.

[Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa- Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`]

Menurut MUHAMMAD FUAD AL-BARRAZY pula, beliau berkata:

“Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.

Manakala MUHAMMAD SALEH AL-MUNAJJID, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.

Alasan beliau ialah:

1. Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka”. (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093)

2. Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak sekeras-kerasnya sikap itu.

3. Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satu judul Sahih al-Bukhari iaitu al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman:

“Antara ciri iman ialah cinta dan benci kepada Allah”.

Inilah juga sikap yang wajib diteladani pada nabi Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama mukmin. (surah al-Fatah : 29)

Di dalam laman [http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/292-sn094-hidup-harmoni-hanya-di-bawah-naungan-islam], penulis dengan jelas menyatakan bahawa meraikan perayaan keagamaan kaum bukan Islam tidak kira samada perayaan tersebut disambut oleh golongan Nasrani, Yahudi atau golongan Musyrikin (seperti Hindu, Buddha, Sikh) adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Meraikan di sini termasuklah mengucapkan selamat atau pun menghadiri majlis-majlis perayaan keagamaan mereka. Perbuatan ini termasuk sebagai mengiktiraf atau redha kepada agama mereka atau dengan kata lain, redha agar mereka kekal dalam agama mereka dan redha Allah disyirikkan (dijadikan gandingan) oleh mereka.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya deen (yang diredhai) di sisi Allah adalah Islam” (Ali-Imran : 19)

dan di dalam firmanNya yang lain,

“Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Ali-Imran : 85)

Penulis mengaitkan sejarah Deepavali itu sendiri yang menjadikannya dihukumkan haram iaitu bagi memperingati peristiwa Dewa (Tuhan) Krishna yang telah membunuh syaitan (demon) bernama Narakasura dan sempena perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu.

Selain itu, ada yang menyatakan hari restu di mana Dewa (Tuhan) Rama kembali ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana dan terdapat beberapa kisah lain lagi. [http://www.abcmalaysia.com/tour_malaysia/deepavali.htm]

Penulis mengakhiri hujahnya dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Daud, Al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ad-Daruquthni yang bermaksud:

“Barangsiapa di kalangan kaum Muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan orang kafir, maka dia itu adalah di kalangan mereka (orang-orang kafir)”.

Namun demikian, MUHAMMAD ABU FARIS di dalam Fatawa Syariahnya menyebutkan:

Menziarahi orang Kristian hukumnya mengikut niat, tujuan dan matlamat.

1. Jika bertujuan untuk melakukan amar makruf dan nahi munkar, maka ianya adalah Sunnah Nabi.

2. Sekiranya menziarahi dengan tujuan untuk mengagungkan perayaan ini, maka ia adalah dilarang sekiranya perayaan ini ada unsur-unsur syirik dan perkara yg menyalahi syariat.

3. Adapun menziarahi perayaan kerana kemanusiaan ataupun atas dasar berbuat baik kepada jiran atau rakan maka ianya diharuskan.

Dan terakhirnya, ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akedemi Pengajian Islam) menyebut bahawa;

“Mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu’ (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini.

Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.

Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.

Beliau memilih jalan yang lebih sederhana, iaitu individu kafir yang dengan terang-terang memusuhi Islam dan umatnya, tidak harus diwujudkan sebarang hubungan pada hari-hari perayaan mereka, sekalipun mereka terdiri daripada ahli kitab.

Sebaliknya kafir yang setia kepada kerajaan Islam, seperti kaum-kaum bukan Islam yang tinggal di Malaysia, jika mereka telah menunjukkan kesetiaan yang baik kepada negara, memberi sumbangan ke arah keharmonian antara kaum serta hormat-menghormati antara kaum, terutamanya dengan masyarakat Islam, maka tiada salahnya kita berkongsi raya dengan mereka dalam hal-hal yang tidak berkaitan akidah dan tidak menyentuh kesucian Islam.

Bagaimanapun, kita tidak harus memandang kecil isu penerapan budaya dan syiar bukan Islam yang begitu mudah menyerap ke dalam masyarakat kita, terutama melalui media elektronik yang sangat digemari oleh anak-anak kita.

Begitulah hujah-hujah yang diberikan oleh saudara-saudara sesama Islam dengan kita. Dengan adanya pelbagai hujah-hujah tersebut, dapatlah saya dan rakan-rakan mengambil pelajaran dan pengetahuan yang berguna. Kepelbagaian hujah tersebut bukan bermaksud kita tidak bersatu dan mahu bermusuh-musuhan, namun itulah uniknya makhluk ciptaan Allah s.w.t, menjadikan manusia dalam pelbagai warna kulit, keturunan dan bangsa.

Hakikatnya, sebagai pedoman kita bersama, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepadaKu”. ( az-Zariyat : 56 )



Ahad, 11 Oktober 2009

Cuti-cuti Malaysia

Bismillah...

Seperti yang dijanjikan, li akan bercerita mengenai lawatan li hampir ke 6 buah negeri dalam 5 hari (catat rekod tau)...hehe

li pergi 2 keluarga, satu keluarga li dan satu lagi keluarga adik mama li. Kami pergi 2 kereta, avanza dan exora.


Hari pertama (3hb Oktober 2009)


Bertolak dari rumah li ke UPM, untuk mengambil Arif. Mengambil masa 3 jam kerana tersilap jalan.

Kemudian, dari UPM ke Penang, mengambil masa 8 jam. Berhenti seketika di Restoran Jejantas Sungai Buluh pada waktu senja. Berehat dan tidur di rumah atuk sedara, di kuartes Marin Penang. Mempunyai 16 tingkat dan rumahnya di tingkat 16. Nasib baik ada kemudahan lif, kalau tidak, mesti lagi letih.


Hari kedua (4hb Oktober 2009)


Atuk Herman membawa jalan-jalan sekitar Penang dan singgah sebentar di Kebun Bunga. Cuba menakutkan monyet, tetapi sebaliknya pula yang berlaku, monyet cuba tunjuk garang dan li dikejarnya.

Pergi ke Sungai Petani, rumah bakal isteri. Dia tidak menjangkakan kedatangan kami, namun kedatangan kami pun sempena hari raya dan memeriahkan hari terbuka.

Bertolak ke Arau, rumah Nadzrul. Singgah sebentar dan mengabmil baju jubah dan segala peralatan yang ditumpangkan iaitu mesin pencetak dan seterika.

Sampai di Kuala Perlis, terus mendaftar di Hotel Seaview, sebilik 3 katil. Selesalah jugak. Tidur di sana sebelum bertolak keesokan harinya.


Hari ketiga (5hb Oktober 2009)


Bergerak ke UUM untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian. Berkumpul di Dewan TSO untuk raptai. Menerima ijazah di Dewan MAS dari Pro-cencelor.

Pergi ke Changlon walaupun hujan, untuk mengambil gambar keluarga. Nasib baik datang awal, dapat tempat kedua untuk bergambar. Sementara menunggu gambar siap dicuci, pergi pulangkan jubah di Dewan TSO manakala yang lain pergi makan di Changlon. Li dan papa makan di Marrybrown, mee kari.

Bertolak ke Rumah Pak Long di Teluk Intan. Singgah sebentar di perhentian (tak ingat namanya, macam ada perkataan 'awan'). Bermalam di rumah Pak Long.


Hari keempat (6hb Oktober 2009)


Beraya di rumah Pak Junit dan Mak Siti. Bertolak ke UPM pada waktu lepas zuhur. Singgah di restoran sebelum meneruskan perjalan balik ke Parit Bunga setelah menghantar Arif.


Hari Kelima (7hb Oktober 2009)


Pergi ke Melaka, berbelanja di Mydin di MITC. Makan di restoran berdekatan dengan masjid. Berakhir di Parit Bunga.


Kesimpulannya, walaupun tidak semua tempat dapat dilawati, namun dapatlah juga berada seketika di keenam-enam negeri yang berada di Malaysia. Seronok tetap seronok, namun keletihan memang tidak dapat dinafikan.

Sekian, bertemu lagi di lain coretan.

Assalamualaikum.


Khamis, 8 Oktober 2009

DuKa n SuKa

Alhamdulillah, dapat kiranya li mencoret lagi untuk kali ini. Tapi di sini, li ingin berkongsi pengalaman li dengan rakan-rakan, agar dapat diambil pelajaran dan pengajaran untuk untuk kemudian hari.

Mula-mula, li telah ditahan polis tidak berpangkat (kiranya konstabellah). Terdapat beberapa perkara yang li tidak bersetuju dengan tindakan segelintir anggota yang seperti "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".


1. Bekerja tidak serius. Li kata begitu kerana ada segelintir yang tengok sahaja rakan mereka merekod butir pemandu, sambil berbual-bual. Ada juga yang menggunakan talifon bimbit ketika bertugas. Setahu li, semasa menjalankan tugas, anggota tidak dibenarkan membawa talifon bimbit, terutamanya ketika meronda. Li tahu pun sebab li ada dengar walkie talkie dari ibu pejabat yang melarang penggunaannya.

2. Tidak ada kerjasama antara anggota. Bukan nak besarkan perkara kecil, cuma teguran sahaja. tiba-tiba angin bertiup dan menerbangkan beberapa helai kertas di atas jalanraya. Seorang anggota bernama Wan, boleh saja tengokkan kertas itu berterbangan. Agaknya malu kot nak ambil kertas yang berterbangan itu, iyelah, sedang 'segak' beruniform, takut jatuh standard kot.

3. Ambil masa yang lama untuk merekod butir-butir dalam IC (kad pengenalan = mykad). Bukan nak mengata, tapi buatlah kerja cepat sikit. Penat orang menunggu.

Li sebenarnya hendak pergi ke kedai beli dakwat printer. Cari punya cari, jumpalah akhirnya di kedai komputer. Li suka layanan yang diberikan oleh pekedai itu. Walaupun pekerja kedai itu nampak macam kelam-kabut, tetapi ada ciri kesungguhan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Kalau li berpeluang membuat penilaian untuk sesebuah kedai, li bagi markah penuh kat kedai itu.

Ini alamat kedainya (bukan nak promote, tapi berpuas hati sangat):

Turbology Enterprise
S-2, Ground Flour,
Jalan Haji Taib,
84000 Muar, johor.

Inilah yang li beli di kedai berkenaan. Dia bagi diskaun lagi. Li sebenarnya dalam proses hendak mencetak surat untuk cuti adik li selama 3 hari, 15hb, 16hb dan 17hb Oktober 2009, kerana teman li pergi ke kedah, ada majlis konvokesyen di sana. Coretan yang akan datang, li nak berkongsi pengalaman bercuti di utara.

Okey, bertemu lagi. Assalamualaikum.




Jumaat, 2 Oktober 2009

SeLaMaT uLaNGTaHuN KeLaHiRaN ARiF



Bismillah.. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam.

Hari ini, genap 21 tahun adik li, Mohd Arif bin Mohammad Angawam berada di muka bumi. Ini juga bermakna, sudah hampir 23 tahun 2 bulan li juga menemani dunia yang entah berapa lama usianya, hanya Dia sahaja yang mengetahui secara terperinci.

Tiada apa yang hendak li katakan untuk hari ini. Yang penting, Selamat Hari Lahir untuk adik li dan semoga mendapat kita diberkatinya selalu. Amin..

Assalamualaikum.