Isnin, 9 Mei 2011

USaHa iTu APa???

Laisalaha min du nillahi kaashifa...

Ketika ini, jam ini, waktu ini, li masih lagi batuk-batuk. Ini disebabkan ubat yang dibeli tidak dimakan. Oleh itu, usaha berterusan perlu dilakukan disamping bertawakal kepadaNya. Namun apa yang li telah lakukan, berusaha setengah jalan sahaja serta bertawakal, menjadikan usaha li tidak berhasil.

USaHa ASaS JaYa

Bercerita mengenai usaha, apa yang dikatakan dengan usaha? Menurut laman artikata.com, usaha (business) adalah kegiatan dengan mengerahkan tenaga, fikiran atau badan untuk mencapai suatu maksud. Usaha juga dikatakan pekerjaan (perbuatan, prakarsa, ikhtiar, daya upaya) untuk mencapai sesuatu. Menurut laman dict.rewaz.org pula, usaha adalah daya upaya (ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain) untuk mencapat (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu.

Menurut perisian Kamus 2.3 yang li miliki, usaha (effort) adalah upaya, manakala perisian TheSaga's English Dictionary and Thesaurus, effort are use of physical or mental energy; hard work, also a series of actions advancing a principle or tending toward a particular end.

Kesimpulannya, usaha merupakan perbuatan yang dilakukan dengan mempunyai tujuan tertentu. Usaha yang berterusan dinamakan amalan, dan amalan yang baik disandarkan keranaNya dinamakan ibadah. Oleh itu, li seharusnya berusaha untuk mensyukuri nikmat sihat dan juga nikmat sakit. Tanpa sakit, tiada istilah sihat. Dan tanpa sakit jugalah Firaun mengaku dirinya sebagai tuhan. Betapa hebatnya kedua-dua nikmat yang Allah ciptakan untuk kita semua.

Wassalam.

Rujukan:
3. Perisian kamus 2.3

PS: Sebenarnya, dah xbatuk lagi dah, cuma lambat di'post' je (kira2 4 hari kot..he). Yang penting, usaha :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan