Isnin, 23 Mei 2011

SuTeRa - BoLeH Ke DiPaKai ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rakan-rakan, pernahkah anda mendengar perkataan "sutera"?


Sutera merupakan benang (kain) mewah yang menjadi pakaian dan perhiasan bagi kaum hawa. Persoalannya, bolehkan kaum adam mengambilnya sebagai perhiasan, ataupun sekurang-kurangnya menjadi pakaian? Sebelum kita pergi jauh kepada hukum, mari kita bersama-sama mengenali apa itu sutera.

Ulat sutera ke nie?

Macam monorail pulak.. :)
Sutera, dihasilkan dari kepompong ulat sutera. Ulat sutera menghasilkan kepompong yang dapat dipintal menjadi serat sutera. Terdapat beratus-ratus jenis ulat sutera, namun sutera yang terbaik dihasilkan oleh kepompong dari ulat sutera pohon murbei yang memiliki nama saintifiknya Bombyx mori.

Induk sutera dapat menghasilkan sehingga 500 butir telur ulat sutera bersaiz kepala jarum peniti berwarna. Dalam masa 20 hari, telur tersebut akan menetas menjadi larva ulat yang sangat kecil. Larva ulat ini akan memakan daun murbei dengan agresif. Kira-kira 18 hari kemudian, ukuran badan larva ulat tersebut akan membesar kira-kira 70 kali ukuran asal serta empat kali menyalin kulit. Kemudian larva ulat tersebut akan terus membesar hingga beratnya mencapai 10.000 kali berat asal. Ketika inilah ulat sutera akan berwarna kekuningan dan lebih padat,menandakan ulat sutera akan mula membungkus dirinya dengan kepompong.

Bagi mengambil benang sutera, kepompong ini perlu direbus agar larva ulat di dalamnya mati kerana ulat yang matang (hidup didalamnya) akan menggigiti kepompongnya sehingga habis (tidak boleh digunakan). Setelah ulat mati, serat di kepompong akan diuraikan menjadi serat sutera yang sangat halus.
Ulat dalam 'sutera'
Sebuah kepompong sutera dapat menghasilkan untaian serat sepanjang 300 meter hingga 900 meter dengan diameter 10 mikrometer (1/1000 milimeter). Terdapat fakta yang mengatakan dalam tempoh satu tahun, penghasilan serat sutera di seluruh dunia jika dihitung-hitung adalah sepanjang 112 700 kilometer (menyamai 300 kali perjalanan pergi-balik ke matahari dari bumi!...wow).

Baiklah, kita masuk kepada hukum pemakaian atau penggunaan sutera kepada manusia. Menurut kata Ustaz Naim, sutera adalah haram untuk kaum lelaki. Didalam sebuah hadith Ali ra telah berkata :

إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ ، ثُمَّ قَالَ : إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
"Sesungguhnya Nabi saw mengambil sekeping kain sutera disebelah tangan kanannya dan emas disebelah tangan kirinya kemudian bersabda : 'sesungguhnya dua benda ini diharamkan keatas kaum lelaki dari umatku" - [Hadith riwayat Abu Daud, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani]

Apa yang dimaksudkan oleh hadith ini ialah sutera asli. Jika istilah kain 'sutera' yang dijual dengan harga yang murah dan bukan merupakan sutera yang dihasilkan dari ulat (silkworm), maka ia bukanlah termasuk sutera yang diharamkan kepada kaum lelaki. Sutera jenis ini dipanggil sebagai 'synthetic silk' atau sutera tiruan.

Hujah ustaz Naim, bekas pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar pernah mengatakan:-

الحرير الذى وردت فيه النصوص هو الحرير الطبيعى المأخوذ من دودة القز، أما الحرير الصناعى فيشبهه فى النعومة ولكن لا يأخذ حكمه
"Sutera yang bahannya datang dari sutera asli diambil dari ulat sutera, maka bagi sutera tiruan yang serupa dengan kelembutan sutera asli, akan tetapi tidak mengambil hukumnya".

Dengan kata lain, pada asalnya sutera tiruan tidak mengikut hukum sebagaimana hukum memakai sutera asli. Walau bagaimanapun, terdapat dikalangan ulama' yang tidak menggalakkan kaum lelaki memakai sutera tiruan atas dasar kainnya lembut menyerupai pakaian perempuan. Menurut ulama Saudi, Syiekh Muhammad Saleh Al-Munajjid :

وبعض هذه الأقمشة المصنوعة من الحرير الصناعي تكون لينة جداًّ تشبه أقمشة النساء، فهذه ينبغي للرجل أن يجتنبها ، لأن المطلوب في الرجل الخشونة والصلابة والرجولة ، أما الليونة والميوعة فهذه لا تليق بالرجال .
"Ada beberapa jenis kain yang dibuat dari sutera tiruan berkemungkinan terlalu lembut, sebagaimana kain yang dipakai oleh kaum wanita, Ini hendaklah dielak oleh kaum lelaki, apa yang perlu bagi kaum lelaki ialah tanah lasak dan keras, kelembutan tidak sesuai dengan kaum lelaki"

Begitu juga dengan pandangan Syiekh Atiyah Saqr :-

وأرى أن لبس الحرير الصناعى الذى يقارب فى مادته أو هيئته الحرير الطبيعى لا يليق بالرجال ، وإذا قصدت به المباهاة كان حراما من أجل ذلك
"Saya berpandangan bahawa memakai sutera tiruan hampir atau menyerupai struktur sutera asli tidaklah sesuai dengan kaum lelaki, dan jika maksud memakai kerana ingin menunjuk-nunjuk maka menjadi haram disebabkan itu"

Ustaz Naim menbuat rumusan seperti berikut:
Sutera tiruan tidaklah haram dari segi hukum, kerana ia bukanlah sutera asli yang dihasilkan dari ulat sutera. Akan tetapi disebabkan sifat sutera tiruan itu lembut, dan lebih sesuai dipakai oleh kaum perempuan, ulama' tidak menggalakkan kaum lelaki memakainya.

Begitulah hujah yang telah diberikan kepada kita oleh ustaz Naim. Oleh itu, kepada rakan-rakan li yang lelaki, tidak perlu khuatir untuk menggunakan atau memakai sutera yang murah, kerana sutera itu sendiri mahal harganya. Yang perempuan, sudah tentu tidak perlu risau kerana memang pakaian anda.

Wassalam.

Rujukan :
1. Blog Ustaz Naim
2. Laman kumpulan info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan