Assalamualaikum...
Sedih rasanya mendengar lagu ini. Tahniah Tan Sri P. Ramlee, lagu anda masih bergema dan dimainkan ke udara. Li ada ikuti rancangan Akhy Hayy Cafe (kalau tak silap), dia ada beritahu antara sebab lagu-lagu dendangan P. Ramlee masih tetap kukuh bak kata pepatah "Tak lekang dek panas, tak lapok dek hujan" kerana lirik-lirik beliau ditulis dalam tulisan jawi. Dan seperti semua sedia maklum, tulisan jawi menggunakan huruf-huruf Hijaiyah yang sangat sinonim dengan bahasa Al-Quran. Apa kaitannya?
Ayat-ayat Al-Quran mempunyai hukum pembacaan yang sangat indah, mempunyai hukum Mad, Idzhar, Idhram, Iklab, Tanwin dan sebagainya. Dengan adanya hukum-hukum bacaan tersebut, menjadikan Al-Quran sangat unik dan seronok untuk membacanya. Tambahan pula, ayat-ayat Al-Quran merupakan wahyu, yang turun dari Yang Maha Pencipta, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Berbalik kepada lagu-lagu arwah, kebanyakan lagu yang didendangkan mengikuti hukum bacaan Al-Quran, menjadikan lagu beliau sungguh enak didengar. Dan jika dibandingkan dengan lagu-lagu sekarang, bagai langit dengan bumi.
Baiklah, berikut adalah lirik lagunya:
Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Hendakku nangis...
Tiada... berair mata...
Hendakku senyum...
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib...
Sudah tersurat...
Begini hebat...
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu...
Tak sanggupku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi..
Tinggalku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gulita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kanku cari ganti
Mungkinkah di syurga...
Untuk kawan berduka
Menangis bersama selama-lama
Dendangan : P Ramlee
Wassalam.