Jumaat, 11 Februari 2011

~KeLuaRGa BaHaGia~

Bismillahirrahmanirrahim

Tadi pagi, kelas tingkatan 5S, li mengajar subjek sivik. Topik pada hari ini bertemakan hubungan kekeluargaan. Pada unit 3, iaitu Persiapan Membina Keluarga Ke Arah Pembentukan Masyarakat Mapan, li telah sediakan lirik lagu Keluarga Bahagia daripada kumpulan Hijjaz.

Waktu mengajar, li mendendangkan lagu tersebut dan sambutan sungguh menggalakkan. Para pelajar bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. Berikut adalah lirik lagu dan videonya:


"Keluarga Bahagia"

Sedamai taman firdausi,
Limpahan kasih sayang sejati.
Seharum semerbak kasturi,
Mengharumi hidup insani.

Indahnya damainya,
Keluarga yang bahagia.
Itulah idaman impian setiap insan,
Yang dahagakan belaian,
Serta kasih dan sayang.

Ketika insan lain berbahagia,
Bersama keluarga,
Namun kita masih meniti,
Titian rapuh perhubungan.

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya.
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya.

Ayuhlah bina semula,
Keluarga diredhai Allah.

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan,
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih.
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu.
Marilah kita bina bersama-sama,
Keluarga bahagia.

Dendangan : Hijjaz

Setelah selesai menyanyikan lagu tersebut, soalan-soalan daripada buku teks pun li berikan kepada pelajar, iaitu berkaitan dengan keluarga bahagia. Dengan sambutan yang menggembirakan tersebut, kemungkinan besar, li akan cuba aplikasikannya kepada pelajar tingkatan 5 yang lain, iaitu tingkatan 5K, 5A dan 5L. Semoga pelajar berasa seronok untuk belajar, insyallah.

Wassalam.

Sumber : LirikNasyid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan