Jumaat, 4 Februari 2011

IMPiaN Li - PeRPuSTaKaaN MiNi

Bismillah.

Bermula bulan ini, li ingin berkongsi buku-buku yang li beli untuk di kongsi bersama. Tujuan li bukanlah untuk menunjukkan li banyak duit, tetapi matlamat jangka panjangnya, li teringin membina sebuah perpustakaan mini di dalam mahligai yang insyallah, akan li bina sebelum li pencen nanti.

Oleh itu, perpustakaan itu nanti akan li penuhi dengan buku-buku yang li telah beli dan yang sedia ada, untuk bekalan hari tua. Walaupun ada yang kata membazir membeli buku, bukankah elok jika meminjamnya, tidak perlu keluar duit, dan tidak perlu jaga buku itu dengan sebaiknya, namun, berapa ramai warga emas yang masih pergi ke perpustakaan ataupun yang meminjam buku dari rakan-rakan mereka?

beli 3 percuma 1
Li telah membeli 3 buah buku iaitu buku 'Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik', 'Petua Menjadi Manusia Pintar-Cergas' dan buku 'Supaya Poket Tidak Kosong Lagi' serta menerima sebuah buku percuma iaitu buku '101 Jenis Doa Serta Terjemahannya'.

Li beli buku-buku tersebut di Tesco, keseluruhan harganya RM50.50. Setakat ini, li sudah habis membaca buku 'Supaya Poket Tidak Kosong Lagi', yang pengarangnya lebih menekankan konsep berjimat dan Menabung. Baiklah, berjumpa lagi di lain hari.

Wassalam.

 Sumber:
1. Mustread Sdn. Bhd
2. Syarikat Jaffar Rawas Sdn. Bhd.
3. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Mrs Ahmad

2 ulasan:

  1. erm.. leh ke nak pinjam?? hihihi... i also have lots of books... n i am hepi if u want tos share.. =) but.. novel bnyak la.. bukan novel cintan sgt, but novel yang kretif pada pndangan sy.. n also novel pembangun diri.. =)

    BalasPadam