Rabu, 23 Februari 2011

JaDuaL Li 2011 (3)

السلام عليكم

Jadual guru-guru SMK Telok Kerang bertukar lagi. Dengarnya terdapat sedikit kesilapan dalam pembahagian waktu pengajaran. Untung rasanya tidak terlibat dengan pengurusan jadual. Sebabnya, banyak benda yang kena difikirkan, walaupun terdapatnya perisian yang membantu, namun, susah sebenarnya (memangla tak ada benda mudah, kenalah belajar kan).

Berikut jadual terkini li, kelas dan jumlah waktu tidak berubah, yang berubah hanyalah hari dan waktunya sahaja.

JaDuaL MiNi Li 2011 (3)

Sekian, wassalam.

Isnin, 21 Februari 2011

E-JaWi.NeT

Bismillahirrahmanirrahim

Belajar tulisan jawi semakin mudah dengan kewujudan laman sesawang Ejawi Online. Li berkata sedemikian kerana li telah mengujinya dan keputusannya sangat memberangsangkan. Oleh itu, li dengan gembiranya ingin berkongsi laman pilihan li kali ini iaitu Ejawi Online.

laman ejawi


Laman ini dapat menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi dengan hanya menulis di ruangan yang disediakan dan tekan butang Convert. Jika mahu memadamnya, tekan sahaja butang Clear. Mudah bukan.

Panduan disediakan dalam bahasa inggeris dan juga bahasa malaysia. Memang mudah. Oleh itu, tanpa berlengah lagi, silalah rakan-rakan mengunjungi laman ejawi. Selamat belajar.

Wassalam.

Ps: Tulisan di atas telah li tukarkan dalam tulisan jawi seperti berikut :)


بسم الله الرحمن الرحيم



بلاجر توليسن جاوي سماكين موده دڠن كوجودن لامن سسواڠ ايجاوي اونلاين. لي بركات سدميكيان كران لي تله مڠوجيڽ دان كڤوتوسنڽ ساڠت ممبرڠسڠكن. اوليه ايت،. لي دڠن ڬمبيراڽ ايڠين بركوڠسي لامن ڤيليهن لي كالي اين ايايت ايجاوي اونلاين

لامن اين داڤت منوكركن توليسن رومي كڤد توليسن جاوي دڠن هاڽ منوليس د رواڠن يڠ دسدياكن دان تكان بوتڠ چونۏرت. جك ماهو ممادمڽ، تكان سهاج بوتڠ چليار. موده بوكن.

ikon menukar bahasa atau tulisan

ڤندوان دسدياكن دالم بهاس ايڠڬريس دان جوڬ بهاس مليسيا. ميمڠ موده. اوليه ايت، تنڤا برلڠاه لاڬي، سيلاله راكن-راكن مڠونجوڠي لامن ايجاوي. سلامت بلاجر.

.والسلام

Ahad, 20 Februari 2011

SaLaM ke As-SaLaM???

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Li suka membuat kunjungan ke blog-blog, dan berikut adalah info mengenai perkataan "salam" yang terdapat dalam Al-Quran, Surah Az-Zukhruf ayat yang ke 87-89 iaitu

(Az-Zukhruf : 87-89)

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah!. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (87) Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)! (88) (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka dan katakanlah: Selamat tinggal! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! / (89)

Perkataan salam lebih merujuk kepada selamat tinggal. Disyorkan menggunakan ucapan penuh seperti yang tercatat di bawah:




 

Wassalam.

Ps: Wassalam boleh digunakan tak? Kalau ikut ejaan jawi, waw berbaris atas, alif lam bertanda mati, sin bertanda sabdu berbaris atas, lam berbaris atas, alif bertanda mati dan mim berbaris hadapan [والسلام]. Ini bermaksud ianya seperti juga perkataan As salam dengan tambahan huruf waw, menyebabkan bunyi alif lam ditenggelamkan, dengan bahasa tajwidnya di 'Idgham Shamsiah'kan (jika li salah, tolong diperbetulkan). Oleh itu, li berkeyakinan boleh digunakan, insyallah.

Sumber : Nama Islam Nama Indah dan Maksud Nama

PRiSoN Vs WoRK

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

The facts between Prison and Work :)

cell
IN PRISON you spend the majority of your time in an 8X10 cell.
AT WORK you spend the majority of your time in a 6X8 cubicle.

IN PRISON you get three meals a day.
AT WORK you only get a break for one meal and you pay for it.

IN PRISON you get time off for good behavior.
AT WORK you get more work for good behavior.

IN PRISON the guard locks and unlocks all the doors for you.
AT WORK you must carry around a security card and open all the doors for yourself.

IN PRISON you can watch TV and play games.
AT WORK you get fired for watching TV and playing games.

IN PRISON you get your own toilet.
AT WORK you have to share with some idiot who pees on the toilet.

Working hour
IN PRISON they allow your family and friends to visit.
AT WORK you can't speak to your family.

IN PRISON all expenses are paid by the taxpayers with no work required.
AT WORK you get to pay all the expenses to go to work and then they deduct taxesfrom your salary to pay for prisoners.

IN PRISON you spend most of your life inside bars wanting to get out.
AT WORK you spend most of your time wanting to get out and go inside bars.

IN PRISON you must deal with sadistic wardens.
AT WORK they are called managers.
Dont like your job???
It's better live in prison than work?
BIG NO TO PRISON!! Stay away from prison and stay happy in the working life even its too stressful to be live in. 

Source: Cutiesifa

Khamis, 17 Februari 2011

JaBaTaN AKauNTaN NeGaRa

Assalamualaikum...

Sewaktu mencari bahan berkaitan Perakaunan Untuk Pengajian, li pun menaip di ruang carian Google dengan kata kunci 'slip gaji'. Laman sesawang pertama yang li jumpa ialah Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Oleh itu, li pun memilih laman ini sebagai laman pilihan li untuk kali ini.

LaMaN UTaMa ANM

Kenapa li memilihnya? Sebenarnya, di laman sesawang ini, li dapat mengambil slip gaji li secara terus, atau dikenali sebagai e-Penyata gaji. Mulai bulan Oktober tahun 2010, sudah tiada lagi slip gaji yang perlu di ambil di pejabat, semuanya perlu dicetak sendiri. Memang benar ada pro dan kontranya, tetapi bagi li, e-Penyata gaji ini sangat bagus, lagi-lagi pada li yang suka meletak barang bersepah-sepah (mengaku jelah, buat apa menipukan...hehe), boleh buat salinan lain.

LoGiN e-PeNYaTa
Bagi yang mahu tahu cara menggunakan e-Penyata gaji ini, boleh belajar di blog anita_hanapiah, Dahlia's Journal, blog axelida dan di blog Jalifah binti Muhamin. Andai rakan-rakan masih tidak dapat memahaminya juga, bolehlah emailkan kepada empunya blog.

Selain itu, rakan-rakan juga boleh melihat tarikh pembayaran gaji bagi setiap bulan pada tahun 2011 ini di laman tersebut, sila klik di sini bagi memuat turun. Namun begitu, li telah mengubahnya dalam bentuk gambar seperti berikut:

TaRiKH DaPaT GaJi (KeRaJaaN)
Disamping itu, rakan-rakan juga boleh memuat turun aplikasi seperti flash player, acrobat reader, internet explore 7.0, firefox, wallpaper JANM dan screen saver di ruangan Muat Turun Aplikasi. Sebarang masalah, ruangan Hubungi Kami boleh membantu.

APLiKaSi BoLeH DiaMBiL
Baiklah, berjumpa lagi di lain ketika. Wassalam.


Isnin, 14 Februari 2011

KeKaSiHKu Ya RaSuLuLLaH

Sewaktu di sekolah pagi tadi, ada pelajar cina menanya kepada li, hadiah apa yang cikgu beri pada si dia sempena 14 Februari ini, pelajar melayu yang mendengar pertanyaan itu menjawabkan bagi pihak li, mereka mengatakan cikgu jangan sambut, berdosa.


Sememangnya sebagai umat Islam, kita ditegah untuk melakukan maksiat, termasuk menyambut perayaan kepercayaan bagi kepercayaan lain. Li lebih suka menggunakan kepercayaan lain daripada agama lain, kerana tiada agama selain Islam, dan istilah agama hanya merujuk kepada Islam. Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya adalah kepercayaan, bukan agama!

Berbalik kepada tajuk kita pada hari ini, Kekasihku ya Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang dikasihi oleh semua makhluk termasuk malaikat, pokok, binatang, tanah, gunung dan sebagainya, juga merupakan makhluk yang dikasihi oleh Penciptanya dan Pencipta kita semua, iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, sering kali kita mendengar ketika khatib berkhutbah, menyeru umat Islam berselawat ke atas Baginda dengan semudah-mudah selawat, disamping Allah s.wt. beserta malaikat juga berselawat ke atas Baginda. Makanya, janganlah kita kedekut untuk berselawat.


Berbicara mengenai kekasih, kasih itu perlu diberikan dan diletakkan pada tempatnya. Pertama, kasih kepada Allah s.w.t. Kasih kita kepada pencipta adalah dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Kedua, kasih kepada Rasulullah s.a.w. Kasih kita kepada baginda adalah dengan mengikuti sunnahnya, menjadikannya sebagai idola (bukannya artis, mentor, orang kenamaan dan sebagainya), dan mempertahankan kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh musuh-musuh Islam.

Ketiga, kasih kepada ibu. "Kasihnya ibu, membawa ke syurga" adalah ungkapan yang acap kali kedengaran, memberi gambaran jelas bahawa ibu merupakan insan yang wajib dikasihi dan disayangi, kerana apa? Li yakin, rakan-rakan tahu sebabnya (kalau tak tahu, dengarlah lagu My Mother). Keempat, kasih kepada ayah. Insan yang juga perlu kita kasihi kerana tanpa ayah dan ibu, tiadalah kita didunia. Kelima, kasih kepada isteri dan anak-anak dan keenam, kasih sesama insan, khususnya kepada saudara seislam di merata dunia.

Itulah dia, kasih, kekasih, dikasihi dan mengasihi. Jumpa lagi di lain coretan. Wassalam.

Ahad, 13 Februari 2011

~BiLa DiRi DiSaYaNGi~

Bismillahirrahmanirrahim

Bila melakukan lawatan ke blog-blog, li singgah sebentar di blog Kalam Hati. Yang menarik minat li adalah lirik lagu yang diminta untuk sama-sama difahami dan dihayati. Lirik lagu itu daripada kumpulan UKAYS, dan mempunyai maksud tersirat, menurut penulisnya, TuLaNg RuSuK KiRi Yg BeNGkOk. Berikut adalah lirik lagu berkenaan:

"Bila Diri Disayangi"

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba,
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu
terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Dendangan : kumpulan UKAYS

Li pun mencari bunyi lagu berkenaan di youtube, dan yang menghairankan li, seolah-olah lagu ini untuk golongan pakwe dan makwe yang sedang bercinta. Macam ada yang tidak kena sahaja. Walau bagaimanapun, lagu ini memang menyentuh hati, dan seharusnya dikategorikan sebagai sebahagian daripada lagu nasyid, kerana mengandungi unsur-unsur ketuhanan. Oleh itu, seharusnya tidak dikelirukan dengan video dan muzik yang boleh diistilahkan melekakan.

Wassalam.

Ps: bukan tujuan nak mengutuk dan mengkritik, namun memberi cadangan. Selamat beramal.

Sumber : Kalam Hati

LaRiaN PeRDaNa & SeKKoP123

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, li telah berjaya menyempurnakan 'Larian Perdana Mahkota Johor' yang diadakan di sekolah li. Sungguh penat rasanya, mana tidaknya, lama sudah tidak berjogging, apatah lagi berlari. Namun, li berjaya memenangi tempat pertama di kalangan guru-guru (yelah, semua yang masuk bertanding senior-senior li dan ada yang dari kategeri warga emas..hehe..jangan marah).
sijil li

Kemudian, li terlibat dengan bengkel SEKKOP123, iaitu bengkel bagi memudahkan guru-guru koperasi dan juga Ahli Lembaga Koperasi (ALK) sekolah menyediakan Penyata Kewangan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. ANGKASA pula adalah singkatan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, sebuah badan yang mengumpulkan koperasi-koperasi yang ada di Malaysia di bawahnya bagi perkongsian ilmu (maklumat lanjut, cari di internet).

li telah mengikuti 'Kursus Wajib Koperasi' yang telah diadakan di hotel paling popular di Batu Pahat (kerana kes skandal) pada 28 - 30 Julai 2010, iaitu selama 3 hari. Untung sungguh dapat mengikuti kursus di bawah ANGKASA ini, serba serbinya mewah (mewahlah, sebab li dapat bilik hotel yang ada tub, tapi bimbang jugak, mana tau ada kamera, malas fikir, buat tak tahu je).

SEKKOP123

Berbalik kepada SEKKOP123, perisian ini memudahkan koperasi sekolah (li rasa SEK untuk sekolah dan KOP untuk koperasi kot) menyediakan Penyata Kewangan dengan memasukkan data-data urus niaga yang telah berlaku sahaja. Mudah kata, pengguna perisian ini hanya perlu memasukkan maklumat mengenai urus niaga yang berlaku sahaja dan selebihnya, perisian yang akan menganalisa, memberi kesimpulan dan laporan.

SEKKOP123

SEKKOP123 Perakaunan merujuk kepada kemasukan data urusniaga manakala SEKKOP123 Anggota pula merujuk kepada syer-syer ahli di dalam koperasi. Secara keseluruhannya, perisian ini mudah dan mesra pengguna. Terima kasih kepada saudara Faizal kerana mengajar kami cara menggunakan SEKKOP123 ini. Dan terima kasih juga kepada cikgu Zaiton, kerana telah menyediakan Penyata Kewangan secara manual dengan lengkapnya (jadi li cuma pindahkan data yang dah disediakan oleh cikgu Zaiton ke dalam perisian je, tak perlu kira-kira lagi..he).

Baiklah, itu sahaja laporan merangkap pengalaman li untuk hari kelmarin (Sabtu, 12 Februari 2010, 9 RabiulAwal 1432H). Jumpa lagi, wassalam.

Jumaat, 11 Februari 2011

~KeLuaRGa BaHaGia~

Bismillahirrahmanirrahim

Tadi pagi, kelas tingkatan 5S, li mengajar subjek sivik. Topik pada hari ini bertemakan hubungan kekeluargaan. Pada unit 3, iaitu Persiapan Membina Keluarga Ke Arah Pembentukan Masyarakat Mapan, li telah sediakan lirik lagu Keluarga Bahagia daripada kumpulan Hijjaz.

Waktu mengajar, li mendendangkan lagu tersebut dan sambutan sungguh menggalakkan. Para pelajar bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. Berikut adalah lirik lagu dan videonya:


"Keluarga Bahagia"

Sedamai taman firdausi,
Limpahan kasih sayang sejati.
Seharum semerbak kasturi,
Mengharumi hidup insani.

Indahnya damainya,
Keluarga yang bahagia.
Itulah idaman impian setiap insan,
Yang dahagakan belaian,
Serta kasih dan sayang.

Ketika insan lain berbahagia,
Bersama keluarga,
Namun kita masih meniti,
Titian rapuh perhubungan.

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya.
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya.

Ayuhlah bina semula,
Keluarga diredhai Allah.

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan,
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih.
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu.
Marilah kita bina bersama-sama,
Keluarga bahagia.

Dendangan : Hijjaz

Setelah selesai menyanyikan lagu tersebut, soalan-soalan daripada buku teks pun li berikan kepada pelajar, iaitu berkaitan dengan keluarga bahagia. Dengan sambutan yang menggembirakan tersebut, kemungkinan besar, li akan cuba aplikasikannya kepada pelajar tingkatan 5 yang lain, iaitu tingkatan 5K, 5A dan 5L. Semoga pelajar berasa seronok untuk belajar, insyallah.

Wassalam.

Sumber : LirikNasyid

Khamis, 10 Februari 2011

JaDuaL Li 2011 (2)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, jadual baru telah keluar. Namun, waktu kelas ke-5 (antara 10.30am hingga 11.10am) kurang li minati. Ini kerana waktu rehat li biasanya berada di koperasi sekolah, makanya sering kali terlajak berada di koperasi. Oleh itu, hendak tidak hendak, perlu segera pergi ke kelas apabila habis sudah waktu rehat. Nampaknya, perlu lebih pantas bergerak.

JaDuaL MiNi Li 2011 (2)

Jadual kelas sama seperti dahulu waktunya, namun subjek Matematik tingkatan 5A telah digugurkan, dan diganti oleh subjek Modul tingkatan 5TM dan Sivik tingkatan 5K. Syukur, apabila dihitung, waktu mengajar berkurangan daripada 27 waktu kepada 25 waktu.

Secara keseluruhannya, li bersyukur kerana masih lagi diperlukan untuk berkhidmat di SMK Telok Kerang. Alhamdulillahi rabbil 'alamin.

Wassalam.

Selasa, 8 Februari 2011

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu SHaM!!

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat Pengantin Baru kepada saudara Noor Hisham dan pasangannya, serta kembarnya bersama pasangannya, semoga perkahwinan mereka berkekalan dan dibarkati hendaknya.

Ps: Maaf lambat dipaparkan. Walau bagaimanapun, tahniah.

Jumaat, 4 Februari 2011

IMPiaN Li - PeRPuSTaKaaN MiNi

Bismillah.

Bermula bulan ini, li ingin berkongsi buku-buku yang li beli untuk di kongsi bersama. Tujuan li bukanlah untuk menunjukkan li banyak duit, tetapi matlamat jangka panjangnya, li teringin membina sebuah perpustakaan mini di dalam mahligai yang insyallah, akan li bina sebelum li pencen nanti.

Oleh itu, perpustakaan itu nanti akan li penuhi dengan buku-buku yang li telah beli dan yang sedia ada, untuk bekalan hari tua. Walaupun ada yang kata membazir membeli buku, bukankah elok jika meminjamnya, tidak perlu keluar duit, dan tidak perlu jaga buku itu dengan sebaiknya, namun, berapa ramai warga emas yang masih pergi ke perpustakaan ataupun yang meminjam buku dari rakan-rakan mereka?

beli 3 percuma 1
Li telah membeli 3 buah buku iaitu buku 'Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik', 'Petua Menjadi Manusia Pintar-Cergas' dan buku 'Supaya Poket Tidak Kosong Lagi' serta menerima sebuah buku percuma iaitu buku '101 Jenis Doa Serta Terjemahannya'.

Li beli buku-buku tersebut di Tesco, keseluruhan harganya RM50.50. Setakat ini, li sudah habis membaca buku 'Supaya Poket Tidak Kosong Lagi', yang pengarangnya lebih menekankan konsep berjimat dan Menabung. Baiklah, berjumpa lagi di lain hari.

Wassalam.

 Sumber:
1. Mustread Sdn. Bhd
2. Syarikat Jaffar Rawas Sdn. Bhd.
3. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Mrs Ahmad

Khamis, 3 Februari 2011

ADa APa DeNGaN CeRMiN

Assalamualaikum dan selamat malam.

Li menulis pada waktu malam? Apa yang hendak li sampaikan?

Cermini diri anda sebelum anda dicermini

Baiklah, waktu li buat 'lawatan' ke blog-blog rakan-rakan, li terbaca mengenai cermin. Ada apa dengan cermin? Sebenarnya, bahaya sungguh si cermin ini. Tanpa kita sedari, cermin yang boleh beri si penggunanya tersenyum lebar, juga boleh menjadi mimpi ngeri padanya. Apa yang li nak beritahu sebenarnya ini?

Baiklah, untuk memudahkan cerita, berikut adalah panduan bagi pengguna cermin di tempat umum seperti di bilik persalinan, di tandas awam, dalam hotel dan sebagainya.

1. Bagi memastikan cermin itu benar-benar cermin, lakukan 'Ujian Jari' berikut:

Terdapat sedikit ruang antara jari dengan imej jari. Makanya, rakan-rakan bolehlah mempercayai cermin tersebut.
Cermin sebenar

Cermin 2 Muka
Tiada ruang antara jari dan imej jari. Cermin ini adalah 'cermin dua muka', juga dikenali sebagai kaca dua hala. Makanya, jangan gunakannya.

2. Jika rakan-rakan mahu juga menggunakan cermin tersebut, matikan lampu dan buatlah apa yang mahu dibuat, samada mahu menyalin pakaian, buang hajat dan sebagainya. Insyallah selamat.

Gelapnya...
Kesimpulannya, berhati-hati dan bersiaga. Wassalam.

Sumber:
1. Almy
2. Tod-Tod

Rabu, 2 Februari 2011

KaLeNDaR 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Coretan kali ini berhubung dengan laman pilihan dan laman yang li pilih berfokus kepada kalendar. Ini kerana li sedang mencari kalendar yang mempunyai tahun semasa 2011 beserta cuti-cuti umum di Malaysia. Dan akhirnya li pilih laman Portal Seven.

PortalSeven

Kelebihan laman ini bukan sahaja memenuhi ciri yang li kehendaki seperti di atas, malahan memaparkan jadual bagi waktu persekolahan di dua zon berbeza. Ianya juga memaparkan penerangan mengenai cuti-cuti yang terdapat di Malaysia, daripada cuti Tahun Baru Cina hingga ke cuti Natal.


Kalendar Li Di Fail

Cuti Am


Selain itu, rakan-rakan juga boleh melihat kalendar bagi tahun 2009 dan 2010 serta 2012 dan 2013. Cubalah.

Wassalam.