Ahad, 6 Disember 2009

MeMBiNa AKHBaR SeNDiRi



Assalamualaikum dan bertemu lagi.

Setiap hari, kita akan membaca, tidak kira bacaan kita itu berupa majalah, surat khabar, buku, komik dan sebagainya. Lagipun, semakin kita membaca, semakin banyak pengetahuan yang kita perolehi.

Sebenarnya, fokus coretan kali ini adalah membina surat khabar sendiri. Membina surat khabar sendiri? Boleh ke? Bagaimana? Baiklah, sebelum itu, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi, salah satunya, tidak boleh menggunakan nama sebenar surat khabar yang ada di pasaran. Ini kerana untuk mengelakkan diri kita daripada menerima tindakan undang-undang kerana menggunakan nama surat khabar (akhbar) tanpa kebenaran.

Sudah bersedia? Ini adalah laman webnya, www.fodey.com. Mudah sahaja cara penggunaannya. Pertama, isikan nama akhbar yang hendak rakan-rakan gunakan, tapi ingat, jangan menggunakan nama sebenar akhbar yang ada di pasaran. Sebagai contoh, nama akhbar li cikgu-li.blogspot.com.

Pada ruangan tarikh (Date), isikan hari dan haribulan beserta tahun. Tidak kisahlah, tahun sebelum masihi mahupun selepas masihi. Dalam tahun hijrah pun tidak mengapa. Pada ruangan tajuk utama (Headline), isikan tajuk yang mahu rakan-rakan paparkan di muka hadapan akhbar berkenaan. Apa-apa sahaja boleh ditulis, asalkan bukan berbentuk hasutan atau khianat (jika mahu menulisnya juga, li tidak campur tangan).

Langkah seterusnya, isikan maklumat rakan-rakan (berita yang hendak ditulis) di ruangan Enter your story. Buatlah cerita mengikut kreativiti rakan-rakan. Akhir sekali, tekan butang generate!. Rakan-rakan boleh memuat turun hasil karya (berita) yang telah disiapkan dengan menekan butang Download your Image.

Selain membina akhbar, rakan-rakan boleh juga membina clapper board, sampul rokok berjenama sendiri, tulisan animasi ninja, tulisan animasi ahli nujum dan sebagainya. Butang-butang ini berada di bahagian atas laman web ini.




Sekian sahaja, bertemu kembali. Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan