Rabu, 30 Disember 2009

LoGo SeKoLaH Li


SMK Telok Kerang

Bismillah.

Inilah dia logo sekolah li, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor.

Minggu ini, penuh sahaja dengan mesyuarat. Semalam mesyuarat Kurikulum Sekolah, hari ini dan esok mesyuarat Panitia. Jumaat, sudah tentu pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan sabtu, ada LDP 1: SM-TAG.

Sebenarnya, teringin balik ke rumah, kerana jumaat petang ada buat kenduri berkhatan, adik li, Mohamad Amirul Fateh dengan sepupu li, Mohamad Amirullah bin Mohamad. Majlis diadakan di Pondok Polis Parit Bunga. Embah sudah diambil pada hari isnin lepas. Nampak gayanya, li tidak dapat balik ke rumah, atas sebab-sebab kerja.

Walau bagaimanapun, semoga berjalan dengan lancar majlis itu nanti.

Sekian, wassalam.


Isnin, 28 Disember 2009

HaRi PeRTaMa BeRGeLaR GSST

Bermulalah sebuah kisah, bergelar sebagai seorang guru..

28 Disember 2009

4.30 pagi - Bertolak dari rumah

6.00 pagi - Singgah di Masjid Jamek Masai

8.15 pagi - Sampai ke SMK Mohd Khalid dengan 'diiringi' kereta peronda

{8.00 - 9.00 pagi, tidak kelihatan pun sarapan pagi}

9.00 pagi - taklimat penempatan, taklimat perkhidmatan dan motivasi

11.00 pagi - Nyanyian lagu Johor, Guru dan Selangkah Di Hadapan
- Ucapan alu-aluan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
- Ucapan perasmian Pengarah Pelajaran Johor
- Penyampaian surat penempatan kepada PPD daerah

12.30 t.hari - Penyerahan GSST kepada Pejabat Pelajaran Daerah

1.00 ptg - bersurai

{tiada pun jamuan seperti yang terdapat di brochure, lebih elok tak payah tulis!!!}

2.45 ptg - Sampai di SMK Telok Kerang, hampir semua warga sekolah telah sedia maklum tentang kehadiran li, tetapi tiadalah sampai disambut dan diarak

3.30 ptg - Pengetua memberi tanggungjawab memikul jawatan Panatia Perakaunan

4.15 ptg - Sampai ke rumah sewa, bersama abg Samsul

...... aktiviti sendiri.............


Isnin, 21 Disember 2009

SuRaT UNTuK Li (21 DiSeMBeR 2009)


Assalamualaikum.

Pada hari ini, li menerima 2 keping surat, kedua-duanya berkisar mengenai pekerjaan.

Surat pertama menyatakan bahawa pada 28hb nie (Disember), li dikehendaki hadirkan diri ke taklimat GSST (Guru Sadaran Siswazah Terlatih) di SMKMK. Syukurlah, berjaya juga li ditemuduga pada 2hb yang lepas (bulan November).

(Surat Panggilan Taklimat)

(Tentatif Taklimat)

Surat kedua pula mengenai permohonan li di internet, iaitu laman utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Surat ini mengesahkan bahawa nama li telah didaftarkan untuk jawatan/latihan seperti yang li minta. Pusat temuduga/ujian khas yang akan li pergi ialah Johor Bahru, itupun setelah resume li berjaya melepasi tapisan yang ditetapkan.

(Surat SPA)

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, tamatlah sudah sesi mengganggur li untuk tahun 2009 ini. Semoga li menjadi guru yang berdedikasi dan mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Amin.

Sabtu, 19 Disember 2009

SeLaMaT MeNYaMBuT 1431 HiJRaH


Nota: 'Batu Bersurat' ini siap sepenuhnya pada sehari sebelum masuk tahun 1431H. Lokasinya berhadapan dengan Masjid Jamek Parit Bunga. Semakin berseri kawasan Parit Bunga sekarang ini.


Khamis, 17 Disember 2009

Petikan Quran [ IKuTi PeTuNJuKNya - BaLaSaN BeRDuSTa - SeMPuRNaKaN PeRJaNJiaN - BeiMaN KPD QuRaN - BeZaKaN BeNaR DGN SaLaH - SoLaT, ZaKaT & RuKuK ]


Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (38) Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (39) Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (40) Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. (41) Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42) Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (43)




Rabu, 16 Disember 2009

PeRaDuaN SaYa MaHu HaDiaH PTS: BaCa & MeNaNG!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Semasa 'berjalan-jalan' di Google, li terpandang perkataan hadiah. Tanpa bertangguh, li pun buka laman web berkenaan. Wow!! Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut li. Sungguh menarik warna dan perhiasan di laman web PeRaDuaN SaYa MaHu HaDiaH PTS: BaCa & MeNaNG!

Jadi, untuk laman pilihan li kali ini, li pilih laman web PTS, khusus di ruangan PeRaDuaN SaYa MaHu HaDiaH PTS: BaCa & MeNaNG!. Terdapat 11 butang yang boleh dilayari iaitu Laman Utama, Cara (untuk menyertai), Syarat, Hadiah, Kedai (yang mengambil bahagian), Hubungi, FAQ, Download Borang PDF, Borang Online, Buku Percuma dan PTS (laman rasmi).


Pada halaman Laman Utama, diterangkan serba ringkas tentang peraduan ini. Peraduan ini sempena kempen membaca musim cuti sekolah. Peraduan ini berlangsung bermula 21 November 2009 sehingga 3 Januari 2010.

Untuk menyertai peraduan ini, caranya cuma beli buku-buku keluaran PTS dengan harga minimum RM25 dalam satu resit. Ambil borang penyertaan yang disediakan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul beserta slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.

Kemudian, masukkan borang peraduan ke dalam kotak yang disediakan di kedai buku ataupun hantar terus borang peraduan kepada PTS. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal sebagai bukti pembelian. Mudahkan?

Mengenai hadiah pula, setiap pemenang hadiah mingguan akan menerima buku-buku terbitan PTS bernilai RM100 setiap seorang. Selain itu, terdapatnya hadiah utama bagi tempat utama, kedua dan ketiga. Apa yang menariknya, hadiah berupa set perpustakaan mini, yang akan diisi dengan buku-buku keluaran PTS.

Untuk keterangan lanjut, dan sebagainya (sama ada untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan, hadiah-hadiah mingguan yang boleh dimenangi setiap minggu, kedai-kedai yang mengambil bahagian), sila kunjungi laman web PTS.

Jadi, apa tunggu lagi, marilah beramai-ramai menyertai peraduan ini. Selamat membaca.

Wassalam.

Nota: Boleh dapat buku percuma rupanya, tapi tak mengapalah, tiada rezeki.


Isnin, 14 Disember 2009

~We WiLL NoT Go DoWN!~

{This's song that i got from one of my lovely lecturer, name En. Azizi @ Hamizi bin Hashim}

We Will Not Go Down!

By : Micheal Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes
and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight.

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right.

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze.

We will not go down
In the night without a fight
You can burn up our mosques and our homes
and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight.




Jumaat, 11 Disember 2009

FuN WiTH ENGLiSH

Story 1

Son : Mom... When I was on the bus with dad this morning, he told me to give up my seat to a lady.
Mom: Well son, you have done the right thing. How kind of you!
Son : But mom... I was sitting on daddy's lap.

Story 2

Ah Seng, the crazy Singaporean.
Why did Ah Seng go to a movie with his 18 friends?
Because below 18 is not allowed!

Story 3

Ah Seng talks to a long distance telephone operator.

Ah Seng : Could you please tell me the time difference between Taipei and Las Vegas?
Operator : Just a minute...
Ah Seng : Ok, thank you...(Ah Seng puts down the phone)

Story 4

Ah Seng wants to buy a TV set. He goes to a shop.

Ah Seng : Do you have a color TV?
Salesman : Yes!
Ah Seng: Gives me a green one, please.

Story5

A chinese man walked into a bar in America late one night and he saw Steven Spielberg, the world reown film director. As he was a great fan of his movies, he rushed over to him and asked for his autograph.

Instead, Spielberg gave him a tight slap and said, "You chinese people bombed our Pearl Harbour. Get out oh here!"

The astonished chinese man replied, "It was not the chinese who bombed your Pearl Harbour. It was the japanese!."

"CHINESE, JAPANESE, TAIWANESE... You are all the same!!!."

In return, the chinese man gave Spielberg a slap and said "You sank the Titanic. My forefathers were on the ship."

Shocked, Spielberg replied, "It was the iceberg that sank the ship, not me!!!!."

The chinese man replied, "ICEBERG, SPIELBERG, CARLSBERG... You're all the same!!!."

Source: Justwidydib

---

New word for li:

astonished = hairan

Rabu, 9 Disember 2009

AN ARTiCLe OF FLooD


A flood is an overflow of an expanse of water that land, a deluge. Flooding may result from the volume of water within a body of water, such as a river, lake and sea. The rain (flood) will overflows, with the result that some of the water escapes from its border. When there was heavy rainy, it's will inundate to many or certain place.

There are many types of flood, such as:
1) Riverside floods
2) Muddy floods
3) Coastal floods

Of course, floods can give us side effect. It can damage us. The effects of flood:
1) Physical damage - Can range anywhere from bridges, cars, houses or buildings. It can also lead to epidemics and diseases such as cholera and malaria.
2) Economic damage - Can cause of loss in business.
3) Social damage - Our works especially, those who works outside (at the sea), will impeded due to flood. Outside activities were also stopped.

Take care of your self. Drive carefully.


---

News word for li:

deluge = bah, banjir besar
inundate = membanjiri
muddy = berlumpur, becak, keruh
coastal = pantai


Selasa, 8 Disember 2009

BeRKHaTaN + SuNaT + PoToNG...

Bismillahi rahmani rahim..

Terima kasih kepada saudara Armouris. Baiklah, atas nasihat beliau, li telah melakukan sedikit 'penyiasatan' mengenai berkhatan (lebih dikenali dengan istilah sunat, dan baru-baru ini, popular dengan perkataan 'potong'). Berikut adalah antara maklumat yang ingin li kongsikan. Check it out.

Apa Itu Berkhatan :

Khatan atau khitan dalam bahasa Arab bermaksud memotong 'qulfah' iaitu kulit yang menutup kepala zakar. Berkhatan pula ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan. {ustazmelaka}

Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan bagi membuang kulit hujung (muncung) zakar (bagi lelaki). {Info Kesihatan Anda-Utusan-myhealthy}

Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. {wikipedia}

Hukum Berkhatan :

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)

Imam Abu Hanifah, Hasan Al-Basri dan sebahagian ulama mazhab Hambali mengatakan hukumnya sunat sahaja. Namun, kebanyakan ulama termasuk Amir al-Sya'bi, Rabi'ah, al-Auza'i, Yahya bin Said al-Ansari, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad berpegang bahawa hukum berkhatan adalah wajib.

Dalilnya, jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah diharuskan membuka aurat ketika berkhatan dan tidaklah diharuskan tukang khatan melihat aurat orang yang dikhatan, kerana kedua-duanya itu adalah haram. Jadi apabila kedua-dua yang diharamkan itu diharuskan bagi tujuan berkhatan, ini menunjukkan bahawa berkhatan itu hukumnya adalah wajib.

Asy-Syirazi, al-Ghazali dan sebahagian ulama pula berdalil dengan qiyas. Mereka mengatakan bahawa berkhatan itu ialah dengan memotong anggota yang sejahtera. Jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah boleh memotongnya (memotong selaput kulit zakar) sebagaimana tidak boleh memotong jari, kerana tidak harus memotong anggota yang sejahtera melainkan jika kerana dijatuhkan qishash.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja. Bagi wanita pula digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Tujuan Berkhatan :

Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kesucian dan kebersihan. Dr Sobri al-Qubbani dalam bukunya Hayatuna al-Jinsiyyah berkata, antara faedah terpenting berkhatan ialah, seseorang lelaki itu akan dapat menghindari daripada penyakit kulit disebabkan oleh peluh yang berkumpul dalam kulit qulfah itu.

Ia juga bertujuan untuk membersihkan zakar, memperelokkannya, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan semasa hubungan kelamin disamping untuk mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.

Selain melaksanakan tuntutan syarak, amalan sebegini boleh mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat apabila dilakukan secara bersama membabitkan banyak pihak.

Khatan juga mengajar erti kepatuhan Yang Maha Kuasa. Walaupun khatan itu mungkin sedikit menyakitkan bagi anak-anak, namun disitu letaknya simbol ketaatan.

Dr. Sobri Al-Qubbani menyebut bahawa khatan mendatangkan manfaat-manfaat berikut dari sudut kesihatan:
1. Pembuangan kulit berkenaan membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh, daki, kumpulan lemak serta kuman yang terkumpul di situ sekaligus menimbulkan bau yang busuk dan terdedah kepada jangkitan.
2. Dapat mengelakkan risiko termasuk atau tersendat kepala zakar ketika berlunjur.
3. Mengurangkan risiko kanser prostat.
4. Anak-anak yang berkhatan awal kurang risiko sindrom terkencing malam.

Masa Berkhatan :

Tersebut dalam kitab al-Majmu‘, menurut ulama-ulama Syafie masa wajib untuk berkhatan itu ialah selepas baligh dan berakal. Namun begitu adalah sunat dan digalakkan kepada ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak mereka semasa mereka masih kecil lagi kerana ini lebih memberi manfaat kepada mereka, luka berkhatan lebih cepat sembuh dan bentuk zakar akan lebih sempurna.

Sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, melainkan jika dia lemah, tidak berdaya (tidak tahan) menahan kesakitan berkhatan apabila dijalankan ke atasnya. Maka dalam hal ini hendaklah ditangguhkan berkhatan itu sehingga dia berdaya menanggungnya, dan makruh dikhatankan anak sebelum hari ketujuh dari hari kelahirannya. Dalam hal menentukan masa berkhatan ini, anak lelaki dan anak perempuan adalah sama.

Mengapa Perlu Berkhatan :

Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai 'smegma'.

Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.

Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita.

Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, 'kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri.

Perkara itu dibuktikan pakar bedah, Dr Gerald Weiss, yang menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat jangkitan (cesspool of infection).

Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Kata Dr Sobri al-Qubbani lagi, berkhatan juga dapat menghindari daripada penyakit kanser. Hal itu dibuktikan profesor Perubatan Kanak-Kanak Universiti California, San Francisco, Dr Edgar J Schoen.

Bagaimana Untuk Berkhatan :

Cara Berkhatan Bagi Lelaki:
Memotong (membuang) selaput kulit yang menutupi kepala kemaluan (zakar) sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu keseluruhannya. Jika dipotong sebahagian sahaja daripada selaput kulit itu, wajib dipotong bakinya sekali lagi.

Cara Berkhatan Bagi Perempuan:
Memotong daging yang ada di sebelah atas kemaluan (kelentit) yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegur Ummu ‘Athiah Radhiallahu ‘anha dengan bersabda:
Maksudnya: “Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh).”(Hadis riwayat ath-Thabrani)

Mengadakan Kenduri Berkhatan :

Sunat mengadakan walimah (kenduri) bagi pengkhatanan lelaki, termasuk perkara sunat untuk mengadakan kenduri.

Menurut al-Adzra‘ie, bahawa hukum sunat mengadakan kenduri pengkhatanan itu adalah bagi pengkhatanan lelaki dan bukan untuk pengkhatanan perempuan, kerana pengkhatanan bagi perempuan itu sunat disembunyikan dan hal yang memalukan jika berterang-terangan.

Jika mahu juga mengadakannya, kenduri bagi pengkhatanan perempuan itu hanyalah khusus bagi sesama perempuan sahaja tanpa ada jemputan lelaki.

Kesimpulan :

Kesimpulannya, berkhatan adalah sunnah, dan setiap sunnah itu membawa kepada kebaikan (kebajikan). Disamping mempunyai manfaat yang tersendiri kepada empunya diri, dia (umat Islam) juga diberikan ganjaran daripada Allah s.w.t kerana menjaga kebersihan. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Al-Baqarah : 222)

Sumber:


Ahad, 6 Disember 2009

SeLaMaT BeRKHaTaN ATeH

Assalamualaikum dan selamat bergembira bersama keluarga. Syukur kita terhadap ilahi, atas limpah kurnianya, dapatlah kita dipertemukan sekali lagi di laman li ini. Baiklah, tanpa melengahkan masa, li ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai siri animasi kesukaan li masa kecil dahulu iaitu Usop Sontorian.

Li berkongsi cerita mengenai Usop dan kawan-kawannya, yang ingin berkhatan. Kenapa li pilih cerita ini? Jawapannya adalah kerana adik li yang bongsu akan mengalami pengalaman baru dia yang sungguh 'menyeronokkan' ini. Namanya Muhamad Amirul Fateh bin Mohammad Angawam, berusia 10 tahun. Semoga Ateh bergembira dengan pengalaman baru dia ini.

Baiklah, kita saksikan cerita Usop dan rakan-rakannya. Selamat menonton.








MeMBiNa AKHBaR SeNDiRi



Assalamualaikum dan bertemu lagi.

Setiap hari, kita akan membaca, tidak kira bacaan kita itu berupa majalah, surat khabar, buku, komik dan sebagainya. Lagipun, semakin kita membaca, semakin banyak pengetahuan yang kita perolehi.

Sebenarnya, fokus coretan kali ini adalah membina surat khabar sendiri. Membina surat khabar sendiri? Boleh ke? Bagaimana? Baiklah, sebelum itu, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi, salah satunya, tidak boleh menggunakan nama sebenar surat khabar yang ada di pasaran. Ini kerana untuk mengelakkan diri kita daripada menerima tindakan undang-undang kerana menggunakan nama surat khabar (akhbar) tanpa kebenaran.

Sudah bersedia? Ini adalah laman webnya, www.fodey.com. Mudah sahaja cara penggunaannya. Pertama, isikan nama akhbar yang hendak rakan-rakan gunakan, tapi ingat, jangan menggunakan nama sebenar akhbar yang ada di pasaran. Sebagai contoh, nama akhbar li cikgu-li.blogspot.com.

Pada ruangan tarikh (Date), isikan hari dan haribulan beserta tahun. Tidak kisahlah, tahun sebelum masihi mahupun selepas masihi. Dalam tahun hijrah pun tidak mengapa. Pada ruangan tajuk utama (Headline), isikan tajuk yang mahu rakan-rakan paparkan di muka hadapan akhbar berkenaan. Apa-apa sahaja boleh ditulis, asalkan bukan berbentuk hasutan atau khianat (jika mahu menulisnya juga, li tidak campur tangan).

Langkah seterusnya, isikan maklumat rakan-rakan (berita yang hendak ditulis) di ruangan Enter your story. Buatlah cerita mengikut kreativiti rakan-rakan. Akhir sekali, tekan butang generate!. Rakan-rakan boleh memuat turun hasil karya (berita) yang telah disiapkan dengan menekan butang Download your Image.

Selain membina akhbar, rakan-rakan boleh juga membina clapper board, sampul rokok berjenama sendiri, tulisan animasi ninja, tulisan animasi ahli nujum dan sebagainya. Butang-butang ini berada di bahagian atas laman web ini.




Sekian sahaja, bertemu kembali. Assalamualaikum.


Khamis, 3 Disember 2009

BLoG Li - MeLeBaRKaN RuaNG BLoG


Assalamualaikum..

Hari ini, li nak kongsi dengan rakan-rakan, bagaimana hendak mengubahsuai dengan memperbesarkan ruangan blog agar berpadanan dengan ruangan yang telah diberikan. Cakap banyak pun memeningkan, elok rasanya li mulakan penerangan dengan bantuan gambarajah.

(Laman Utama Blogger)

Seperti biasa, daftar pada blogger.

# Klik menu Layout.

# Klik menu Edit HTML.

Cari kod seperti di bawah ini:

#header-wrapper {
width:660px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

gantikan nilai 660px dengan nilai yang lebih besar, sebagai contoh 770px seperti contoh di bawah:

#header-wrapper {
width:770px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

Jika rakan-rakan menggantikan dengan nilai 950px, hasilnya adalah seperti berikut:

(header-wrapper:660px)

(header-wrapper:770px)

(header-wrapper:950px)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cari kod seperti di bawah ini:

#outer-wrapper {
width: 660px;
margin:0 auto;
padding:10px;
text-align:$startSide;
font: $bodyfont;
}

gantikan nilai 660px dengan nilai yang lebih besar, sebagai contoh 770px seperti contoh di bawah:

#outer-wrapper {
width: 770px;
margin:0 auto;
padding:10px;
text-align:$startSide;
font: $bodyfont;
}

(outer-wrapper:770px)

Tujuannya adalah untuk mengimbangkan kelebaran utama tajuk blog (blog title), oleh itu, nilai header-wrapper dengan outer-wrapper hendaklah sama.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cari kod seperti di bawah ini:

#main-wrapper {
width: 410px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}

gantikan nilai 410px dengan nilai yang lebih besar, sebagai contoh 510px seperti contoh di bawah:

#main-wrapper {
width: 520px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}

Tujuannya adalah untuk menyesuaikan kelebaran catatan blog (Configure Blog Posts) agar bersesuaian dengan perubahan yang telah dilakukan seperti bawah.

(main-wrapperr:410px)

(main-wrapperr:520px)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cari kod seperti di bawah ini pula:

#footer {
width:660px;
clear:both;
margin:0 auto;
padding-top:15px;
line-height: 1.6em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
}

gantikan nilai 660px dengan nilai yang sama dengan di atas, sebagai contoh 770px seperti contoh di bawah:

#footer {
width:770px;
clear:both;
margin:0 auto;
padding-top:15px;
line-height: 1.6em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
}

Tujuannya adalah untuk mengimbangkan kedudukan footer di bahagian bawah, agar berada di bahagian yang bersesuaian dengan perubahan yang telah dilakukan.

(footer:660px)

(footer:770px)

Akhir sekali klik pada Save Template.

Begitulah sedikit sebanyak melebarkan blog secara manual. Bagi rakan-rakan yang mahu membuat 3 kolum pada blog, sila layari blog bersama Cikgu Anaiz.

Bertemu lagi. Wassalam.


Rabu, 2 Disember 2009

Petikan Quran [ PoHoN LaRaNGaN - MuSuH MaNuSia - TauBaT NaBi ADaM DiTeRiMa ]


Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (35) Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). (36) Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (37)



DuiT TaMBaHaN Li



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam, li telah pergi ke tempat pembelian barang-baran lama, kotak, tin aluminium, plastik dan sebagainya. Li bawa buku-buku dan kertas-kertas yang dijangkakan tidak diperlukan lagi di masa hadapan, seperti kertas peperiksaan yang lama-lama, nota kuliah yang susah hendak difahami (terutamanya bahasa Inggeris), buku tahun 1, 2, 3 dan 4 (terutamanya buku bahasa Cina Ateh), buku latihan, kertas contengan, botol-botol minyak (5kg), botol syampu yang sudah habis digunakan dan juga tin-tin susu.

Kebiasaannya, li bakar je barang-barang ini, tapi bila difikirkan untuk dikitar semula, kerana bukan sahaja menjaga alam sekitar (daripada asap pembakaran), malah boleh memperolehi wang, walaupun sedikit. Kiranya, baguslahkan, seperti perumpamaan "sambil menyelam minum air".

Baiklah, li ada sedikit infomasi mengenai Kitar Semula ini, mari sama-sama kita baca...


Apa itu Kitar Semula?

Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.

Pemungutan Sampah :

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya

Benda-benda yang dikitar semula :



Manfaat?

Lebih banyak kita kitar semula, lebih banyak jugalah kita menjimatkan pembuangan sampah dan pihak Majlis Bandaran juga dapat mengurangkan perbelanjaan pengurusan sampah. Selain itu, dapat juga wang hasil penjualan barang-barang tersebut.

Kenali Tong kitar semula :


Tong warna BIRU – masukkan kertas.
Tong warna COKLAT – masukkan kaca.
Tong warna JINGGA – masukkan tin aluminium dan plastik.

Keterangan lanjut :


Bertemu lagi di lain coretan. Wassalam.