Dengan
nama Allah, pada setiap perbuatan.
Bulan
April berlalu dengan pantas sekali. Hampir setiap minggu li berada di luar
sekolah. Antara programnya seperti Taklimat
Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS) Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, taklimat
Hari Koperasi Sekolah(HKS) 2012, Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba dan
Penyelamat dan Bengkel Penulisan Kajian Tindakan.
Taklimat PBS Pendidikan Sivik
3
hari berlangsung (2-4 April 2012). Selain Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
PBS juga untuk Pendidikan Seni dan Pendidikan Islam yang bertempat di PKG
Benut. Bermula tahun 2014, Penilaian Menengah Rendah(PMR) digantikan dengan PBS
yang menggunakan keputusan band 1 hingga 6, dinilai bermula dari tingkatan
satu.
Taklimat HKS 2012
9-10
April 2012, diadakan di The Zon Lagency Hotel. Dengan tema HKS iaitu Koperasi
Membina Kesejahteraan Sejagat, aktiviti ini akan dilangsungkan selama sebulan,
bermula 11 Jun sehingga 10 Julai 2012. Selain itu, taklimat juga mendedahkan
kepada peserta kaedah untuk membuat Rancangan Perniagaan, konsep ‘Host dan
Tamu’, Busana dan sebagainya.
Pertandingan Kawad Kecekapan
Kadet Bomba dan Penyelamat
No 3... SMKTK Top 5..
Bertempat
di SMK Tan Sri Othman Mohd Saat, pada 17 April 2012 (Selasa), sebanyak 7 acara
dipertandingkan. 5 daripada acara yang dipertandingkan iaitu Brain & Brown
lelaki, Brain & Brown perempuan, ikatan tali, Kawad kering perempuan dan
Asas Pertolongan Cemas lelaki memenangi pingat gangsa dan sijil penyertaan
diberikan kepada semua peserta.
Bengkel Penulisan Kajian
Tindakan
Pada
hari Rabu (25 April 2012), SMK Dato Penggawa Barat mengadakan taklimat Kajian
Tindakan dengan harapan untuk menggilap bakat penulisan yang ada di kalangan
guru-guru baru di daerah Pontian. Dengan itu, secara rasminya setiap peserta
yang hadir dikehendaki menyiapkan Kajian Tindakan mengikut subjek yang diajar
di sekolah masing-masing.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan