Rabu, 30 November 2011

BoLeH BeRJaLaN BeRBaNTuKaN ToNGKaT

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kami kecil...

Kelmarin (29 November 2011), li menghantar papa li ke klinik. Sebelum ini, adik li yang menghantarkannya untuk mencuci luka kaki papa. Adik li menghantar di Poliklinik Rashidi dan menerima cucian dengan baik sekali. Oleh kerana bayaran RM30, makanya li memilih untuk menghantar ke klinik kerajaan sahaja, iaitu Klinik Sungai Mati.

Cuma dibalut 4 helai kapas je...

Setiba li disana, li terus mengambil kerusi roda yang ada di dalam klinik, dan li perasan yang klinik pada ketika itu mempunyai ramai pesakit. Sesudah menurunkan papa di kerusi roda, sepupu li pergi ke kaunter dan menanya mengenai cucian untuk papa li. Orang yang jaga kaunter kata datang petang nanti. Bila ditanya berapa jam jika menunggu, dijawabnya datang petang sahaja.

Dalam perjalanan pulang semula ke rumah, singgah di Balai Polis Sungai Mati, untuk membuat laporan kemalangan. Kes papa li perlu merujuk ke Ledang. Oleh itu, perjalanan li diteruskan semula ke Ledang. Sampai sahaja di Ibu Pejabat Trafik Ledang, li letak kereta sebentar di hadapan pejabat trafik. Tidak sampai seminit, polis yang jaga pagar menyibuk, suruh li alihkan kereta. Li kata sekejap sahaja, tapi dipaksa suruh alihkan juga. Li kata nak jumpa Inspektor Shulul, dan li pun amik kerusi roda yang ada di balai, turunkan papa li dan menghantar papa untuk melaporkan kes dia.

Sebelum pulang ke rumah, li singgah ke Klinik Paya Mas. Mujur banyak doktor yang bertugas. Waktu mencuci luka, orang yang ditugaskan untuk mencuci luka papa hairan dan menanya mengapa tidak dicuci di Klinik Sungai Mati sahaja. Bila diberitahu kena hadir waktu petang, orang itu kata sepatutnya tidak boleh menolak pesakit. Dalam hati li kata baik juga orang ini. Tapi apabila siap dicuci, kapas yang digunakan cuma menutup kawasan pertemuan besi dan kulit sahaja, dan li rasa, seolah-olah li salah menilai orang. Mungkin hendak menjimatkan penggunaan kapas, tapi...

Kesimpulannya, jadilah warga Malaysia yang baik.

| APaBiLa HaTi RiNDu MeNiKaH |

Bismillah, segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Pada kali ini, li memilih buku APaBiLa HaTi RiNDu MeNiKaH, karya Mas Udik Abdullah, berkaitan dengan bab Munakahat. Dengan muka hadapan berwarna merah jambu, dihiasi bunga mawar dan cincin di jari kelingking, menarik minat li untuk lebih mengetahui isi kandungannya.

Buku pilihan bulan ini...

Buku yang mengandungi 5 bab ini berharga RM15, keluaran PTS Millennia Sdn. Bhd. Antara kekuatan buku ini yang berjaya menarik hati li untuk memilikinya adalah berkaitan bab 4, iaitu 'Apabila Hati Ragu Mahu Menikah dan Cara Mengatasinya' kerana alasan-alasan ini ada dalam diri li.

Kesimpulannya, menuntutlah ilmu walaupun ilmu itu diluar bidang tugas kita, kerana ianya tetap berguna dan dapat digunakan apabila tiba masanya.

li- Buku oh buku, amalan oh amalan...

Rabu, 23 November 2011

Ya Allah Ya TuHaNku, SeLaMaTKaNLaH PaPaKu...

Li sayang papa...

papa...

Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan...


Khamis, 17 November 2011

JaDuaL JG033 - QuRaN iN MaLaY - 1,3,4 & GaNJiLKaN

Bismillah-ArRahman-ArRahim
(Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang)

Alhamdulillah, banyak benda yang ingin li kongsi hari ini. Yang pertama, berikut adalah jadual tugasan li sebagai Pengawas SPM 2011 di JG 033.

JaDuaL JG 033

Kedua, li dapat berita yang adik li telah menerima keputusan UPSR. Dan seperti yang diharap-harapkan, dia mendapat 5A, syukur kepadaNya.

Ketiga, li dalam proses menghafal nama-nama surah Al-Quran, dan dalam pencarian, li telah singgah ke laman Terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu, dan sungguh menarik dan mengujakan.

Sebahagian laman Terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu

Keempat, malam tadi telah menghadiri tazkirah mengenai solat. Sudah siri ke berapa, tidak dihitung kalinya, namun berkisar kepada syarat sah solat, khusus kepada suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Hadas kecil dapat disucikan dengan berwudu' manakala hadas besar disucikan dengan mandi wajib. Penerangan berkaitan rukun wudu', anggota wudu', sunat wudu', dan yang menarik perhatian li berkaitan hukum wajib, sunat, makruh dan harus, terangkum dalam bilangan berapa kalinya ulangan setiap penyucian anggota wudu', iaitu 1, 3, 4 dan mengganjilkannya.

Setiap anggota wudu' wajib disucikan sekali, disunatkan 3 kali, namun apabila terlebih basuh (suci), dihukum makruh dan diharuskan selepas itu untuk mengganjilkan bilangannya. Wallahu'alam.

Wassalam.

Jumaat, 11 November 2011

BuKu PRoGRaM GRaDuaSi 2011

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Graduasi Tingkatan 5 2011 buat kali pertama di SMK Telok Kerang. Li ditugaskan bersama Cikgu Hatta untuk membuat buku Program. Ini dia muka hadapan buku Program tersebut.

Buku Program

Memang menggunakan tema hitam putih, kerana bagi tujuan menjimatkan kos warna. Rupa-rupanya, tindakan kami mengakibatkan mesin rezo meragam, kerana warna hitam terlalu banyak. Akibatnya, kami terpaksa membuatnya di kedai Alat Tulis Yoli di pekan Pontian. Sampai sahaja di sana, seorang aunty (pemilik kedai) mengesyorkan kami mengurangkan warna hitam kertas tersebut. Masa sekarang pada waktu itu jam 4.30 petang.

Selepas dihitung, perjalanan balik dan datang semula ke kedai mengambil masa 30 minit, mengubahsuai dianggarkan 1 jam, dan kami berjaya menyiapkannya dalam waktu yang ada. Jam 6.05 minit, kami sudah berada di kedai, dan aktiviti menyalin buku Program dilakukan oleh pihak kedai. Jam 7.35, kami datang semula ke kedai, dam proses menyalin masih giat dilakukan. Kelihatannya pekerja sedang menyiapkan buku Program kami, manakala seorang uncle (pemilik kedai) menjaga kedainya. Beberapa minit kemudian, aunty datang semula ke kedainya, dan membantu pekerjanya. Dengan menggunakan stapler besar yang baru dikeluarkan dari kotak, kerja menyiapkan buku Program dapat dipercepatkan.

Walaupun bewarna, setelah dicopy hitam putih, warna hitamnya tidak terlalu pekat

Tepat jam 8.00 malam, buku Program siap dihasilkan sebanyak 340 salinan. Harga yang dibayar lebih kurang RM173. Segala puji baginya, siap juga buku Program. Jika hendak diagih-agihkan tugas, tugas li cuma mengisi data di dalam buku Program sahaja, design dibuat oleh cikgu Hatta.

Keesokkan paginya, 11 November 22011, selepas siap melipat menjadi buku Program, cikgu Lee menegur, perasmi yang hadir adalah En. Ab. Rahim bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, bukannya timbalan beliau. Dalam masa yang ada, terpaksalah menukar buku Program yang utama dengan nama perasmi yang hadir. Alhamdulillah, keseluruhan majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada warga SMK Telok Kerang, yang berjaya mewujudkan dan melaksanakan Majlis Graduasi dengan jayanya. Syukur alhamdulillah.

Wassalam.