Jumaat, 21 Oktober 2011

LaNTiKaN PeNGaWaS SPM 2011

PeRLaNTiKaN PeNGaWaS SPM 2011


Maha suci Allah, dan segala pujian hanyalah untukNya. Perlantikan ini adalah kali kedua bagi mengawasi SPM dan kali pertama dilantik sebagai Pengawas SPM.

Harapan li, untuk melakukannya dengan keikhlasan hati. Amin.

Li- Ingat nak cuti di rumah je bulan Disember ni, sambil meraikan adik-adik li yang telah 'merdeka' daripada UPSR dan PMR, tapi, tanggungjawab tetap tanggungjawab...


Khamis, 20 Oktober 2011

| EFFeCTiVe PRaCTiCe : MaTHeMaTiCS F2, MaTeMaTiK T4, PRiNSiP PeRaKauNaN T4 & PRiNSiP PeRaKauNaN T5 |

Alhamdulillah, li telah mendapat naskah contoh buku keluaran Oxford Fajar jenis latihan tropikal. Buku ini diberi oleh Kedai Pontian Book Centre, melalui En Sam.

NaSKaH PeRCuMa... SYuKuR

Keempat-empat buku keluaran Oxford Fajar ini diterbitkan kali pertama untuk tahun 2012, mengandungi nota ringkas, diikuti soalan objektif dan diakhiri soalan subjektif bagi setiap bab. Buku ini juga mengandungi soalan penilaian akhir tahun satu set dan diakhiri dengan skema jawapan.

Secara keseluruhannya, buku ini membantu li 'menyediakan' soalan dan latihan kepada pelajar li untuk tahun hadapan. Wassalam.

Li- Syukur, jimat li bulan ini...:)

Isnin, 3 Oktober 2011

NoTiS TuNTuTaN CeLCoM !!!

Bismillahirrahmanirrahim

AMaRaN


Surat bertarikh 27hb September 2011 yang mengatakan pemotongan penggunaan internet dari Celcom telahpun li terima dengan amaran untuk dibawa ke mahkamah sekiranya li tidak menjelaskan bil yang tertunggak. Entahlah, li pun masih tidak faham, kenapa kita hanya boleh menggunakan selama sebulan sahaja, tetapi bil untuk tiga bulan. Padahal mereka tahu, sekiranya bil tidak dijelaskan selama sebulan, perkhidmatan akan digendalakan, dan ada tempoh masa dua bulan lagi untuk dibayar sebelum dipotong.

Makanya, bil dua bulan itu untuk apa? Kiranya bil dua bulan lagi itu caj 'tak halal'lah kan. Kita tidak menggunakannya, tetapi tetap dipaksa bayar. Jika hendak dibetah, perlu ke mahkamah dimana kos urusan peguaman mereka pengguna juga yang kena tanggung. Duit lagi.

Jadi, bayar dan reda sahajalah, sekurang-kurangnya, sabar itu separuh daripada iman dan doa orang yang teraniaya itu terangkat terus ke langit tanpa diijab. Wassalam.

li- Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya, dan ingatlah, sesungguhnya Allah Mengetahui akan apa yang telah anda lakukan.


Wassalam.


Ahad, 2 Oktober 2011

KeM 1 MuRiD 1 SuKaN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perjalanan ke Tanjung Piai Resort (TPR) mengambil masa lebih kurang 30 minit dari SMK Telok Kerang. Dua orang guru (pengiring) bersama 8 orang murid diminta pergi ke sana bagi menghadiri Kem 1 Murid 1 Sukan daerah Pontian selama 3 hari 2 malam.

Setiba kami di sana, kami melakukan pendaftaran. Namun, 7 orang murid sahaja yang dapat menghadiri kem tersebut kerana seorang murid menarik diri pada saat-saat akhir. kira-kira jam 3 petang, taklimat diberikan kepada peserta termasuk guru, namun peserta ditaklimatkan oleh jurulatih utama sukan daerah Pontian manakala guru ditaklimatkan oleh wakil JPNJ dan wakil PPD Pontian (nama-nama mereka dirahsiakan).

Seterusnya, aktiviti-aktiviti berjalan seperti di dalam jadual berikut:

Jadual KeM 1 MuRiD 1 SuKaN

Kami pulang pada jam 2 petang, 28 September 2011. Murid-murid dihantar ke rumah masing-masing.

li- 2 pengalaman yang menarik, yang jarang-jarang dan baru li perolehi ialah 'paintball' dan 'hujan ribut'.

Bergaya tak li dengan baju tentera?


Dibahagi kepada 2 kumpulan, hitam dan merah. 4 orang untuk kumpulan hitam (4-4 kali pertama main) dan 3 orang untuk kumpulan merah (3-3 rasanya pernah main kot). Jadi keputusannya, kumpulan li 3 kali permainan, 3-3 kalah, walaupun lebih sorang ahli. Permainan pertama kalahkan kumpulan lawan, kedua mengambil bendera dan permainan ketiga mempertahankan ketua. Syukur, takde yang tercedera, cuma yang lebam kena tembak tu adalah.

Bumbung dari asrama bersebelahan menimpa ke atas bumbung bilik tempat li menginap.

Akibatnya, mentol lampu jatuh kat sebelah li waktu li baring. Syukur tak kena kepala. Waktu itu, li tengah tengok tv dengan rakan. Rakan pula ngadap li, dan dia beritau nyaris-nyaris petir menyambar kat li, tapi li xperasan pun. Alhamdulillah, li masih bernyawa sehingga ke hari ini. Rakan li kata mujur dah solat Isyak. Murid-murid pula dipindahkan sementara di dewan sehingga hujan ribut reda. Risau jugak kat budak-budak li, yelah, dah jadi guru pengiring mereka, jadi apa-apa hal, li jugak kena jawab kat ibu bapa mereka. Bila reda, li dipindahkan ke bilik lain, kerana bilik asal bocor dan bergenang air.

Wassalam.