Bismillah.
Malam tadi li menonton tv1, selepas tilawah al-quran peringkat kebangsaan 2011, ada dokumentasi berkaitan bunga bakawali. Baru li tahu yang bunga bakawali ini mendapat hanya mengembang pada waktu tengah malam. Bunga ini juga digelar 'the queen of the night flower'.
Waktu lagu Bungaku Bakawali nyanyian Elly Mazlein tengah popular satu masa dahulu, memang li pun ada menyanyikan lagu tersebut. Antara lirik yang li masih ingat berbunyi:
"Dulu sendiri, kini sendiri,
tiada siapa yang peduli,
Dulu menanti, kini menanti,
dia yang ku puja-puja, tiada di sisi"
Bakawali, nama saintifiknya Epiphyllum, menurut kamus dewan edisi ke-3, merupakan sejenis bunga. Puteri bakawali pula ditakrifkan sebagai puteri yang menjelma dari bunga.
Terdapat sebuah dongengan yang berkaitan dengan Bakawali iaitu Gul Bakawali, yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, Latifah Omar, A. Rahim dan lain-lain. Ceritanya mengenai seorang sultan yang telah buta matanya. Kemudian, baginda mengetahui bahawa matanya hanya dapat dipulihkan dengan bunga bakawali. Oleh itu, tajul muluk pun ditugaskan mencari bunga tersebut. Dalam pencarian bunga itu, tajul memasuki kawasan larangan dan bertemu dengan puteri bakawali. Untuk cerita lebih lanjut, saksikan cerita ini di laman youtube.
Bakawali juga dikatakan baik untuk menyembuhkan luka-luka kecil dan melecet, baunya pula harum terutama diwaktu tengah malam.
Kesimpulannya, semua kecantikan, keharuman, kewangian dan keindahan adalah datangnya daripada Allah (bukan dari bapak..he.. diadaptasi cite Ahmad Albab).
Wassalam.
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan