Isnin, 27 Jun 2011

|Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad|

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, selesai sudah membuat laporan mingguan di Dataran Nilam, SMK Telok Kerang waktu perhimpunan tadi. Nama pun dah laporan, makanya li membaca sahajalah, tidak perlu dihuraikan.

BuKu PiLiHaN BuLaN JuN 2011
Buku pilihan li kali ini ada berkaitan dengan kerasulan baginda, walaupun ditentang, namun diakui oleh musuh-musuh baginda. Dimulai dengan pengakuan kitab-kitab daripada kepercayaan, bukti al-Quran itu benar dan pengakuan tokoh-tokoh bukan Islam tentang kebenaran Baginda. Buku ini sesuai untuk semua, tiada halangan bagi sesiapa yang ingin menambahkan keimanan dan pengetahuan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman PTS.

Wassalam.

Rujukan:
PTS Publications & Dustributors Sdn Bhd

Jumaat, 24 Jun 2011

BRoSuR KooP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Ini dia hasil brosur yang li buat, sama seperti tahun lepas designnya, namun li telah membuatnya semula kerana hasil tahun lepas entah kemana li simpan.

Li bermula dengan membuka Microsoft Office Publisher, pilih Brochures jenis Classic Designs, dan pilih bentuk Floating Oval. Kemudian, editlah mana-mana yang patut. Kemudian, hasilnya seperti di atas.

Mudah sahaja kan. Selamat mencuba. Wassalam.

Isnin, 20 Jun 2011

JaDuaL Li 2011 (5)

Assalamualaikum.

Jadual berubah lagi. Untuk kali ini, perubahan disebabkan perpindahan 3 orang guru ke sekolah lain atas permintaan mereka, penggantian seorang guru yang baru sahaja melahirkan anak dan kemasukkan seorang guru baru.

JaDuaL MiNi Li 2011 (5)
Li masih dan akan terus insyallah mengajar subjek Prinsip Perakaunan dan Matematik, kerana kedua-dua nie subjek major dan minor li. Li tidak lagi mengajar Pendidikan Moral, tetapi bagi memenuhi jam kredit, ditambah 2 waktu Pendidikan Sivik, dan jumlahnya berkurang menjadi 24 waktu, alhamdulillah.

Kelihatannya, hari isnin dan selasa banyak waktu senggang, namun kebarangkalian untuk mendapat waktu relief sangat besar, sabar sahajalah. Walau bagaimanapun, syukur kepadaNya kerana memberi rezeki kepada li. Wassalam.

Sabtu, 18 Jun 2011

~BuNGaKu BaKaWaLi~

Bismillah.


Malam tadi li menonton tv1, selepas tilawah al-quran peringkat kebangsaan 2011, ada dokumentasi berkaitan bunga bakawali. Baru li tahu yang bunga bakawali ini mendapat hanya mengembang pada waktu tengah malam. Bunga ini juga digelar 'the queen of the night flower'.

Waktu lagu Bungaku Bakawali nyanyian Elly Mazlein tengah popular satu masa dahulu, memang li pun ada menyanyikan lagu tersebut. Antara lirik yang li masih ingat berbunyi:

"Dulu sendiri, kini sendiri,
tiada siapa yang peduli,
Dulu menanti, kini menanti,
dia yang ku puja-puja, tiada di sisi"

Lirik penuh boleh diambil di sini


Bakawali, nama saintifiknya Epiphyllum, menurut kamus dewan edisi ke-3, merupakan sejenis bunga. Puteri bakawali pula ditakrifkan sebagai puteri yang menjelma dari bunga.

Terdapat sebuah dongengan yang berkaitan dengan Bakawali iaitu Gul Bakawali, yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, Latifah Omar, A. Rahim dan lain-lain. Ceritanya mengenai seorang sultan yang telah buta matanya. Kemudian, baginda mengetahui bahawa matanya hanya dapat dipulihkan dengan bunga bakawali. Oleh itu, tajul muluk pun ditugaskan mencari bunga tersebut. Dalam pencarian bunga itu, tajul memasuki kawasan larangan dan bertemu dengan puteri bakawali. Untuk cerita lebih lanjut, saksikan cerita ini di laman youtube

Bakawali juga dikatakan baik untuk menyembuhkan luka-luka kecil dan melecet, baunya pula harum terutama diwaktu tengah malam.

Kesimpulannya, semua kecantikan, keharuman, kewangian dan keindahan adalah datangnya daripada Allah (bukan dari bapak..he.. diadaptasi cite Ahmad Albab).

Wassalam.

Rujukan:

Selasa, 7 Jun 2011

SuaSaNa MaJLiS SaMBuTaN HaRu GuRu 2011[PoNTiaN] - Di TeMPaT JaMuaN

Alhamdulillah, hari ini li ingin berkongsi gambar dengan rakan-rakan suasana di Jamuan VIP sempena Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Pontian 2011. Maaflah, lambat di upload, walaupun kejadian berlaku pada bulan Mei yang lalu. Check it out (teringin nak speaking pulak..he)...

Banyak camera, tak tahu nak tengok mana satu...huhu

Bebudak SMKTK menghidangkan juadah kepada tetamu...

Bebudak SMKTK yang menjayakan MSHG2011 Pontian...

Bergambar seketika dengan bos SMKTK...

Persiapan awal untuk meja katering... 1 meja, ramainya...hehe

Persiapan akhir, check apa lagi yang tak siap...

Wassalam.

Rabu, 1 Jun 2011

~BaHaNa CiNTa~

Bismillah...


Sejak dua menjak ini, buka radio Best104, dan ketika waktu maghrib, li terdengar lagu nasyid. Sedap bunyinya. Li pun cari senikata dan lagu tersebut di internet, namun yang ada cuma lirik lagunya sahaja. Tajuk lagu tersebut Bahana Cinta daripada kumpulan Dzil Afnan, kumpulan nasyid SMKA Bandar Penawar. Berikut adalah liriknya:

Bahana Cinta

Allah...Allah...Allah...Ya Allah...(2x)
Allah...........huu......
Kita sering merasakan cinta
Fitrah kepada adam dan hawa
Namun perhubungan perlu berlandaskan syariah
Kehidupan selamat dunia akhirat

Usah cuba anasir di media
Syurga bayangan nikmat sementara
Bila berdua syaitanlah yang ketiga
Bisikannya menghambat ke neraka

Tewas godaan menghalalkan zina
Hilang maruah diri dan ibu bapa
Benih tersemai bukan dipinta
Bayi tak berdosa dibuang akhirnya

Terbiar ditinggal hilanglah nyawa
Kelak mendakwa kedua ibu bapanya

Ayuhlah teman kembali ke pangkal jalan
Aurat dilindungkan batasi pergaulan
Wahai insan semua mari renungkan bersama
Tempuh kehidupan Al-Quran jadikan pegangan

Marilah teman bersama jaga pandangan
Aurat dilindungkan batasi pergaulan
Wahai insan semua mari renungkan bersama
Tempuh kehidupan Al-Quran jadikan pegangan.......

Dendangan : Dzil Afnan

Sedap lirik lagunya, dan mempunyai masej agar membatasi perhubungan. Kepada rakan-rakan yang ingin mendengar lagu ini, silalah buka radio Best104, sesudah azan Maghrib. Sesudah azan Isyak pun ada juga lagu nasyid, namun li tidak dapat temui lirik lagu tersebut. Walau apapun, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjuang untuk memertabatkan lagu-lagu nasyid.

Wassalam.

Rujukan: