Assalamualaikum...
Dua buah buku menjadi pilihan li pada bulan ini iaitu Biografi Muhammad Rasulullah s.a.w (dalam bentuk pasport dan berwarna) dan Hadis 40 Imam Nawawi (dihuraikan dengan intisari padat dan ringkas serta bergrafik warna penuh).
Buku bulan April 2011
Kedua-duanya buah buku ini mempunyai tarikan tersendiri sehingga menyebabkan li teringin untuk memilikinya. Buku yang berbentuk pasport ini iaitu buku Biografi Muhammad Rasulullah s.a.w adalah mengenai diri baginda dan mereka yang berada di sekeliling baginda. Apa yang menariknya, buku ini menyenaraikan nama-nama isteri baginda dan juga senjata-senjata yang pernah baginda gunakan ketika hayat baginda.
Bagi buku Hadis 40 Imam Nawawi pula, disenaraikan sebanyak 42 buah hadis yang seharusnya diketahui oleh umat Islam sekurang-kurangnya. Walaupun li sudah memiliki sebuah buku yang juga mengandungi hadis 40 (ketika li berada di sekolah agama darjah enam dan juga digunakan ketika darjah khas), namun memiliki buku hadis ini satu keseronokan kerana mempunyai isi dan kandungan yang berwarna dan menarik untuk dibaca. Disamping itu, buku ini memudahkan li untuk membuat rujukan di masa hadapan berkaitan dengan hadis-hadis utama yang wajar diketahui.
Untuk maklumat lanjut, carilah di kedai-kedai buku yang berhampiran. Selamat membaca.
Wassalam.
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan