Alhamdulillah, selesai sudah KiSSM yang telah li sertai sepanjang 26-28 April 2011 yang berlangsung di Hotel Pontian. Seronok ke tidak, kedua-duanya menjadi jawapan li. Yang seronoknya, li duduk di Hotel, makan, minum, bilik air, tv, bilik ceramah dan bilik peperiksaan disediakan. Lagi seronok, tiket parking pun disediakan. Hampir penuh ruangan hadapan kereta dengan tiket parking.
Yang tidak berapa menariknya, li selesema dan demam. Asyik terbatuk-batuk sahaja di dewan dan bilik tidur. Nasib baik berdekatan dengan klinik Permata. Dan yang menariknya, adalah seorang anak murid Syamsul kerja di situ. Katanya sambil tunggu keputusan panggilan kemana-mana, jadi kerja dahulu. Beli ubat, harga RM40. Bolehlah, nasib baik sudah masuk gaji.
Ini dia rupa tugasan kumpulan kami, siap ada gambar kami lagi. Memang bestlah ahli kumpulan li.
Dan pagi tadi, dua Ujian Akhir Kursus (UAK) KiSSM kumpulan 1 bil 3/2011, iaitu kertas objektif dan kertas esei telah selamat li siapkan. Kertas soalan objektif tidak boleh diambil, cuma sempat ambil kertas soalan esei sahaja. Ini dia rupa kulit kertas soalan dia.
Mengikut ramalan li, insyallah, li boleh lulus dengan izinNya. Namun andai tidak lulus, bermakna li belum lagi layak lagi disahkan sebagai seorang guru. Tunggu sahaja keputusannya nanti.
Wassalam.